Minum Petang Dengan Kuih Berongko
9:00 PTGSekadar berkongsi menu petang....
Petang tadi Amie ikut Encik Suami ambil Firdaus di kampung, dan dalam perjalanan pulang kami singgah di gerai kuih muih berhampiran Taman Pertama. Macam-macam kuih yang diborong termasuk karipap, popia, onde-onde dan berongko. Berongko inilah yang Amie nak kongsi paparan... entah berapa kali berhasrat untuk membuatnya tapi asyik tertangguh-tangguh padahal resepi sudah ada dalam tangan, hasil perkongsian dengan seorang rakan berketurunan Bugis. Berongko yang kadang-kadang pada pendengaran Amie disebut baronggo dalam kalangan teman-teman keturunan Bugis merupakan salah satu kuih tradisi yang popular. Lama jugalah Amie berguru dengan kawan-kawan Bugis untuk memahami resepi ini sebelum Amie benar-benar faham. Selama ini kalau nak makan berongko Amie beli saja di pasar terutama pada bulan Ramadhan memang sedap sangat dimakan sejuk (simpan dalam peti ais).
In shaa Allah, ada masa terluang Amie akan buat tutorial mengenai resepi barongko ini. Sayang pula rasaya kalau hanya simpan resepi tapi tak dikongsi.
Kuih barongko rasanya manis, diperbuat daripada pisang sanggar atau pisang nipah. Dikisar halus bersama telur, gula dan santan kelapa dan kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. Barongko bertambah sedap jika dimakan sebaik saja keluar dari peti sejuk. Kuih ini dijual dengan harga 50 sen sebungkus, dan pernah Amie beli di bulan puasa dengan harga 70 sen sebungkus. Menurut rakan Bugis Amie, kalau tak mahu bungkus dengan daun pisang, boleh juga dikukus dengan menggunakan loyang.
7 comments
Apa jenis kuih buat dari pisang memang kegemaran saya. Mesti sedap kuih berongko ni, teringinlah pula, hehe..
BalasPadamAssalam amie, menarik nama kuih ni, ala ala lepat la agaknya, tapi guna telur
BalasPadamassalam
BalasPadampertama kali dengar nama kuih ni k amie
nmpk sedapp dan menarik
zila pernh mkan ..sbb jiran emak orh bugis..mmg sedap..
BalasPadamkuih faveret kami sekeluarga ini kak amie...mak kalau tau saya nak balik kmpung akan buat banyak sampai penuh peti ais tu..yummy3x..yang bungkus daun lebih sedap dari yg dalam loyang..
BalasPadamZanita,
BalasPadammemang sedap, tu yang tak berani buat... takut tak sedap he heheh
Rosa,
waalaikumussalam.... lembut isinya.
Mama Sara Nur,
waalaikumussalam.... saya susah nak sebut nama kuih ni...
Zila,
BalasPadamkalau boleh buat sendiri... tentu puas makan kan Zila.
Nasa,
sedap betul tu kalau masukkan dalam peti sejuk rasanya sedap berganda!