Ulang Tahun Pernikahan

8:11 PG

"Rasanya baru semalam melafazkan qabul......"
Itu kata Encik Suami malam tadi (ketika kami berbual-bual sambil melepas lelah setelah seharian mengharung perjalanan udara bersama anak-anak untuk bercuti beberapa hari di Kampung Bukit Hijau, tanah kelahiran Amie). Sudah tentu debaran di dadanya  19 tahun lalu masih terasa dan paling tidak dapat dilupakannya, hanya sekali lafaz, sudah diterima & sah pernikahan kami.


Pernikahan kami diadakan serba ringkas dan sederhana. Itu permintaan Amie walaupun Bonda & Ayahanda ingin mengadakan secara besar-besaran & meriah seperti anak-anak mereka yang lain. Bukan apa, 18 November kami bernikah, 19 November keesokan harinya Amie terpaksa melapor diri untuk kursus induksi selama 5 minggu di Kota Kinabalu. 25 Disember barulah kami bersanding dengan penuh meriah di tempatnya.



Ketika itu Amie baru seminggu pulang ke kampung halaman kerana bercuti. Tiba-tiba si dia memberitahu dalam telefon, hasratnya untuk melangsungkan pernikahan segera! Dan seminggu kemudian, pada hari ulang tahun Amie, 16 November, .... dia benar-benar mengotakan apa yang dikatakannya, dia nekad menyeberang Laut China Selatan dan tiba bersama ayah & bondanya!



Sesekali bila mengenang kembali malam pernikahan kami, terkeluarlah satu-satu alasan dari Encik Suami mengapa dia ingin cepat-cepat (macam kelam-kabut sampai tak sempat Amie & family nak buat persiapan) melangsungkan pernikahan kami. Katanya (dengan suara perlahan & satu demi satu menyusun ayat):

1. Sebaik sahaja Amie  menaiki kapal terbang dan hilang dari pandangan matanya, dia rasa kehilangan yang teramat.... (tu pasal... Amie tidak suka ditinggalkan, lebih baik meninggalkan sebab rasa kehilangan tu kurang sikit... betul ke?)
2. Walaupun baru seminggu Amie meninggalkan Negeri di Bawah Bayu, rindunya tidak tertanggung lagi.... (orang kata rindu itu suatu seksa.... dia terseksa kot).
3. Takut Amie berubah hati bila kembali ke kampung halaman sendiri.... (dia sangka Amie ni pasang dua tiga kot).

4. Takut Amie dikebas orang..... oh! Macam-macam kerisauan & kebimbangannya! Kita rileeeeeksss je di kampung! Ayahanda kita ada perisai... tak berani orang nak kebas anaknya!

Hohoooo... tak akan lari gunung dikejar kannn.... orang kata asam di darat, garam di seberang Laut China Selatan, dalam kuali bertemu jua... tapi tak semestinya asam & garam bertemu kaaaaan! Sesungguhnya jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Atas kesungguhan dan niat untuk mendirikan rumahtangga, walau dalam keadaan apa sekali pun, akhirnya hasratnya dipermudahkan. 


Inilah 4 permata hati kami selama 19 tahun  mengharung hidup bersama dalam suka dan duka.



Dia mahu hanya dia di hatiku sepanjang waktu! Di hatinya.... selain diriku.... ada ke? Hanya dia saja yang tahu he he hehe.



Antara kenangan lama , bunga mawar merah.... bunga kenangan sewaktu dia cuba mendekati Amie. Kali pertama dia menghantar jambangan mawar merah, si penghantar tersalah hantar, orang lain yang menerimanya ....  ia satu peristiwa lucu tapi mencuit hati dan tak mungkin kami lupakan. Kali kedua, barulah jambangan bunga mawar sampai ke tangan Amie diikuti dengan bungkusan coklat.... 
Dan kemudian, dia tanam sepohon bunga mawar  desa di halaman rumah sewa Amie. Sewaktu kami bertemu kembali setelah berpisah selepas pernikahan kami, benda pertama dia tunjukkan kepada Amie.... apa dia? Sudah tentunya .....



Pokok mawar desa yang ditanamnya telah mengeluarkan kuntuman yang pertama. Dari semasa  ke semasa kuntuman mawar merah terus berkembang mekar, subur dan harum! Sehingga ke hari ini, jika ada bunga mawar desa mekar di tangkai (dia tanam lagi berhampiran pintu dapur rumah kami), dia akan memetik dan hulurkan untuk Amie. Baunya.... harumnya tetap sama seperti dulu.

Allahu Akbar

SubahanAllah

26 comments

  1. Selamat ulangtahun kak.amie...moga kekal bahagia hingga ke syurga....:-)

    BalasPadam
  2. Selamat ulang tahun kak amie. Semoga bahagia hingga ke Jannah!

    Tapi memang betul, andai niat kita baik untuk berkahwin, memang Allah mudahkan urusan.

    BalasPadam
  3. salam kak amie..

    happy anniversary..semoga kekal bahagia bersama hingga ke akhirnya.amin.

    BalasPadam
  4. Selamat ulang tahun perkahwinan kak amie... dh 19 tahun ya... mesti pelbagai pahit manis dah di rasa. Doa saya moga berkekalan selamanya..

    BalasPadam
  5. Happy anniversary Amie, semoga kekal bahagia ke Jannah... ^__^

    BalasPadam
  6. Happy anniversary k.amie... semoga kekal hingga ke syurga..amin
    Romantiknya cik Abang akak ye...:)

    BalasPadam
  7. happy anniversary Amie..moga terus menyulam bahagia hingga ke syurga.

    romantiknya suami Amie, cerita pasal bunga ros tu sangat menarik.

    BalasPadam
  8. happy anniversary Amie..moga terus menyulam bahagia hingga ke syurga.

    romantiknya suami Amie, cerita pasal bunga ros tu sangat menarik.

    BalasPadam
  9. Selamat Ulang Tahun Amie,semoga bahagia hingga hijung nyawa!

    BalasPadam
  10. Selamat Ulangtahun Amie cayang.. Moga berbahagia hingga ke Jannah..

    BalasPadam
  11. semoga diberkati Allah ,happy anniversary kak Amie...
    indahnya kenangan bila diimbas kembali ye kak...hi2

    BalasPadam
  12. tahniah..hepi anniversary ye amie..moga cinta kasih kalian kekal mekar selama2nye..amin!

    BalasPadam
  13. hppy anniversary kak Amie cayang...kalo la sy seromantik kak Amie...heheheh...suka sy tgk kak Amie n asben..very the loving kapel!

    BalasPadam
  14. Tahniah kak amie..
    Selamat Ulang tahun perkahwinan..Semoga kebahagiaan yg dikecapi berkekalan....

    BalasPadam
  15. happy anniversary amie. So sweet! so romantic!...

    BalasPadam
  16. hepi anniversary
    semoga bahagia ke akhir hayat
    alhamdulillah 19 thn menempuh hidup bersama insan2 tersayang cukup lama tu kan k.amie
    semoga kebahagian kekal selamanya

    BalasPadam
  17. Asyifa,
    terima kasih.... mudah-mudahan kita sama-sama bahagia hingga ke syurga.

    Mel,
    terima ksih Mel... mudah-mudahan kita semua bahagia hingga ke Jannah,
    betullah tu Mel... kesungguhan & niat baiknya untuk berkahwin itu dipermudahkan Allah walaupun jarak tempat antara kami jauh terpisah Laut China Selatan.

    Bbwana,
    terima kasih Bbwana... in shaa Allah, mudah-mudahan.

    BalasPadam
  18. Cheq Sue,
    terima kasih Cheq Sue... sudah semestinya pahit & manis diharungi dalam alam rumahtangga. Mudah-mudahan DIA mendengar doamu itu Cheq Sue....amiiin.

    Kak Ummi,
    terima kasih Kak Ummi...mudah-mudahan sama-sama kita kekal bahagia hingga ke Jannah.

    Puan Hazel,
    terima kasih Puan Hazel...in shaa Allah kekal hingga ke syurga.
    He heheh... saya tak romantik Puan Hazel.

    BalasPadam
  19. Ummiross,
    terima kasih... mudah-mudahan sama-sama kita bahagia hingga ke syurga.
    Memang dari mula dia cuba ngorat dulu... sampai sekarang bunga ros merah sentiasa adaaaa...

    Suzana,
    terima kasih Suzana... sama-samaah kebahagian itu milik kita bersama hingga ke hujung nyawa.

    Sheila,
    terima kasih darling... moga-moga Sheila bersama Cik Aseri dia jua sentiasa bahagia hingga ke Jannah.

    BalasPadam
  20. Rohah,
    terima kasih Rohah... mudah-mudahan sentiasa diberkati oleh-Nya. Memang perlu dikenang saat-saat indah itu untuk semarakkan rasa kasih sayang dalam rumahtangga.

    Inahar,
    terima kasih Inahar... yaaa in shaa Allah terus mekar harum bak mawar merah itu...

    Ummiaisyah,
    terima kasih Ummiaisyah.... saya tak berapa romantik hihiiii... nampak macam loving couple ye, haaa mesti dia suka sangat tu kalau dengar.

    BalasPadam
  21. MP,
    terima kasih MP... sama-samalah kita berbahagia di alam rumahtangga.

    Ita Rossi,
    terima kasih Ita... terima kasih... mudah-mudahan sentoasa sweet ...

    Acik,
    terima kasih Acik...

    Mama Sara Nur,
    rasanya baru saja bersanding atas pelamin ... he he ehh, rupanya dah 19 tahun!

    BalasPadam
  22. Semoga kekal bahagia kak amie..hingga akhir hayat..aminn

    BalasPadam
  23. tahniah kak amie & hb...19 yrs already...bukan sekejap tu. semoga bahagia hingga ke syurga.

    So sweet cerita ni...

    BalasPadam
  24. Tahniah kak...semoga kekal bahagia hingga ke Jannah...

    BalasPadam
  25. Zila,
    terima kasih Zila... amin ya Allah.

    Fazian,
    terima kasih... memanag macam2 suka duka ditempuh bersama!

    Adilah,
    terim kasih... mudah-mudahan... amiiin.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe