Hias Kek Menggunakan Fresh Cream (Krim Putar) & Buttercream
9:35 PTG
Assalamualaikum.
Alhamdulillah malam ini Amie mempunyai sedikit kelapangan untuk berkongsi sesuatu mengenai dunia kek yang masih 'hijau' dalam dunia masakan di Amie's Little Kitchen. Amie tidaklah begitu mahir tentang selok-belok dunia tepung & the gang apalagi bab deko-mendeko atau menghias kek dengan menggunakan pelbagai jenis bahan untuk frosting & topping.
Bagaimana pun dengan sedikit ilmu yang Amie perolehi hasil mengikuti kelas masakan, Amie harap paparan ini dapat membantu serba sedikit rakan-rakan atau adik-adik yang baru berjinak-jinak dalam dunia ini.
Bagaimana pun dengan sedikit ilmu yang Amie perolehi hasil mengikuti kelas masakan, Amie harap paparan ini dapat membantu serba sedikit rakan-rakan atau adik-adik yang baru berjinak-jinak dalam dunia ini.
Kek di atas disalut dengan fresh cream atau krim putar. Rasa fresh cream memang sedap, tetapi jika kurang mahir menggunakannya, dan dalam keadaan suhu yang panas seperti di dapur, hasilnya kurang memuaskan. Gambar di atas Amie ambil dari kelas masakan yang Amie pernah hadiri.
Kami disarankan menggunakan dua bahan di atas untuk menghasilkan deko yang lebih berkilat. Menurut Chef Eugene, dengan menggunakan jenama Value Pride sahaja sudah memadai tetapi dengan menambah Gold Label di sebelahnya tu, bahan yang dihasilkan akan kelihatan lebih cantik. Tidak perlu tambahan gula di dalam fresh cream di atas kerana kedua-duanya sudah mempunyai rasa manis. Bagaimanapun sekiranya anda menggunakan bahan di bawah ini... yang ada label merah jambu Soft Blend tu kannn...
Nampak macam sama tapi tak serupa ye.... yang Soft Blend tu tawar, tak manis.
Dengan menggunakan krim putar atau fresh cream ini juga kita boleh jadikan sebagai hiasan dalam pelbagai bentuk. Biasanya krim putar akan menjadi cair dalam tempoh 5 atau 6 minit dalam genggaman disebabkan suhu panas dari tangan kita. Disarankan supaya segera menyiapkan hiasan supaya nampak lebih kemas dan cantik. Apabila krim putar menjadi cair, bentuk hiasan tidak akan kelihatan dengan jelas dan hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Kek di atas juga mengunakan krim putar sebagai frosting. Manakala yang berwarna merah jambu yang likat itu ialah piping gel yang dicampur dengan sedikit warna cecair merah jambu.
Hiasan kek di atas menggunakan buttercream. atau krim mentega. Butter cream lebih mudah dan senang untuk dijadikan bahan frosting dan topping memandangkan ketahanannya yang agak lama sedikit dan tidak cepat cair seperti krim putar atau fresh cream. Biasanya bahan campuran yang digunakan termasuklah krimwell, mentega, susu pekat dan esen vanila.
Kalau diberi pilihan untuk yang cantik, Amie pilih penggunaan buttercream macam di atas ni, tapi kalau disuruh memilih yang sedap pula.... pilihlah fresh cream ++++ cream cheese ... he he hehe.
Wokey... lain kali kalau ada masa kita cerita pulak tentang fondant, gumpaste, glaze, royal icing, coklat ganache dan sebagainya.
19 comments
Salam K.Amie...thanks for sharing info. Cantik hiasan keknya...nampak profesional.
BalasPadamSalam Maal Hijrah Amie..
BalasPadamTerima kasih Amie kerana berkongsi tip yang sangat bagus ni. Makin berkat lah ilmu Amie sebab tak kedekut ilmu.
Ummi pun suka fresh cream+++cheese, lemak berkrim dan tak manis kan.
Alhamdullilah dpt jugak info berguna bukan sikit tp banyak bg saya yg masih kuno dlm bab2 fresh cream nie..
BalasPadamassalam Amie...acik memang tak pandai Amie..
BalasPadamterima kasih amie kongsikan ilmu disini
cantik2 kek yg di deco.. baru tau beza fresh cream tu..
BalasPadamwah cantik nya bunga...nak cream yg sedap tu...cantik tak sedap hmmm susah gak kan
BalasPadamhttp://norfaezah-zakaria.blogspot.com/
BalasPadamsy pun mmg suka pakai fresh krim..yg value pride tu mmg pilihan terbaeek sy..kiki..mcm ais krim rs dia..ank2 pun suka sgt.
BalasPadamkak susah betol la nak cari whipping cream nii kat market >_<
BalasPadamMemang cantik hiasan kek. Nampak menarik mesti ramai yang membelinya .. ?
BalasPadamDuk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂
BalasPadamTq 4 sharing...
BalasPadamKalau buat cheese leleh guna jnma value pride tu boleh ke ? Nk guna yg mne satu
BalasPadamDah x perlu campur apa2 ye..
BalasPadamTq ilmu yg dberikn..sy bru nk bljr
BalasPadamTq Kak amie share ilmu
BalasPadammaaf btanya.kalu body cake deko fresh cream dan bunga guna buttercream...blh ke
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamSoftblend tu tidak tawar, manis elok. Manis buah2. Yang tidak suka terlalu manis macam value pride kuning, memang sesuai pilih yang softblend. Sedap je softblend, dalam suhu bilik pun stable.
BalasPadam