Ikan Gelek Masak Sambal

2:34 PTG

Tengahari ini Amie sempat sediakan lauk Ikan Gelek Masak Sambal. Bila Encik Suami kata beli ikan gelek, Amie pun dah faham apa yang dikehendakinya. Tak lain tak bukan lauk istimewa orang kampungnya... masak sambal. Ikan gelek ini  mengikut sebutan masyarakat Melayu Cocos - merujuk kepada ikan kerapu yang agak kecil dan biasanya berwarna merah. Tapi kalau tak ada ikan kerapu @ gelek merah, yang warna kelabu pun boleh. Ada pun yang Encik Suami beli ini rasanya bukan saiz kecil sebab 4 ekor seberat 1kg dan cuma seekor bersaiz agak kecil seperti gambar di bawah ini - Amie tidak potong. Seperti kebiasaannya, dalam resepi masakan Melayu Cocos khususnya masakan sambal, penggunaan jus limau nipis tetap menjadi keutamaan. Tanpanya, seakan-akan ada kekurangan pula - itu menurut MIL & FIL. Sewaktu hayat MIL & FIL masih ada, kalau Amie masakkan ikan ini untuk mereka di kampung memang mereka sentiasa berpesan .... jangan masukkan gula! Tapi untuk hidangan sendiri Amie bubuh je... bubuh sikit je.


Resepi : Ikan Gelek Masak Sambal
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 ekor ikan gelek @ kerapu seberat 1 kg - bersihkan dan potong 2
2 biji limau nipis - perah jusnya
1/2 sudu pati asam jawa - bancuh dengan 100ml air (kalau tak bubuh pun ok - yang ini Amie selalu nampak kalau ibu-ibu masak semasa kenduri)
minyak
garam & perasa pilihan
gula
serbuk kunyit
sedikit air

Bahan kisar:
20 biji lada kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng setengah masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak - Amie gunakan sedikit tapi biasanya MIL gunakan lebih.
3. Masukkan ikan.
4. Masukkan bancuhan air asam jawa. Biarkan masak selama 4-5 minit.
5. Masukkan garam / perasa pilihan.
6. Akhir sekali masukkan perahan air limau - 1 biji limau nipis pun cukuplah...sebab Amie tak suka sangat yang masam-masam ni, tapi MIL & FIL suka yang masamnya terasa)
7. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

5 comments

  1. Mcm2 nma ikn kat blog k.amie ni... :-)

    BalasPadam
  2. 1st time dgr nama ikan gelek.. hihi.. lucu la pulak.. tun peminat tegar sambal.. masak la sambal apa pun, sure lajuuuu makan.

    BalasPadam
  3. Ikan Gelek ni tak pernah tengok la kak amie camana rupa parasnya tu..
    Apa pun menunya tetap sedap..kalau lauk camni xleh ada yg kuah..potong jer..makan lauk ni ngan ulam pun dah cukup

    BalasPadam
  4. Ingatkan ikan golek tadi Amie, rupanya nama ikan gelek, sambal tu nampak pekat dan mengancam, mesti sedap!!!

    BalasPadam
  5. salam kak amie... tak pernah dengar wani ikan gelek... sedapnya masakan bersambal..sekarang ni wani kurang sikit masakan ada lada ..sebab perut tak berapa sihat ...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe