Ulang Tahun Pernikahan
8:11 PG
"Rasanya baru semalam melafazkan qabul......"
Itu kata Encik Suami malam tadi (ketika kami berbual-bual sambil melepas lelah setelah seharian mengharung perjalanan udara bersama anak-anak untuk bercuti beberapa hari di Kampung Bukit Hijau, tanah kelahiran Amie). Sudah tentu debaran di dadanya 19 tahun lalu masih terasa dan paling tidak dapat dilupakannya, hanya sekali lafaz, sudah diterima & sah pernikahan kami.
Pernikahan kami diadakan serba ringkas dan sederhana. Itu permintaan Amie walaupun Bonda & Ayahanda ingin mengadakan secara besar-besaran & meriah seperti anak-anak mereka yang lain. Bukan apa, 18 November kami bernikah, 19 November keesokan harinya Amie terpaksa melapor diri untuk kursus induksi selama 5 minggu di Kota Kinabalu. 25 Disember barulah kami bersanding dengan penuh meriah di tempatnya.
Ketika itu Amie baru seminggu pulang ke kampung halaman kerana bercuti. Tiba-tiba si dia memberitahu dalam telefon, hasratnya untuk melangsungkan pernikahan segera! Dan seminggu kemudian, pada hari ulang tahun Amie, 16 November, .... dia benar-benar mengotakan apa yang dikatakannya, dia nekad menyeberang Laut China Selatan dan tiba bersama ayah & bondanya!
Sesekali bila mengenang kembali malam pernikahan kami, terkeluarlah satu-satu alasan dari Encik Suami mengapa dia ingin cepat-cepat (macam kelam-kabut sampai tak sempat Amie & family nak buat persiapan) melangsungkan pernikahan kami. Katanya (dengan suara perlahan & satu demi satu menyusun ayat):
1. Sebaik sahaja Amie menaiki kapal terbang dan hilang dari pandangan matanya, dia rasa kehilangan yang teramat.... (tu pasal... Amie tidak suka ditinggalkan, lebih baik meninggalkan sebab rasa kehilangan tu kurang sikit... betul ke?)
2. Walaupun baru seminggu Amie meninggalkan Negeri di Bawah Bayu, rindunya tidak tertanggung lagi.... (orang kata rindu itu suatu seksa.... dia terseksa kot).
3. Takut Amie berubah hati bila kembali ke kampung halaman sendiri.... (dia sangka Amie ni pasang dua tiga kot).
4. Takut Amie dikebas orang..... oh! Macam-macam kerisauan & kebimbangannya! Kita rileeeeeksss je di kampung! Ayahanda kita ada perisai... tak berani orang nak kebas anaknya!
Hohoooo... tak akan lari gunung dikejar kannn.... orang kata asam di darat, garam di seberang Laut China Selatan, dalam kuali bertemu jua... tapi tak semestinya asam & garam bertemu kaaaaan! Sesungguhnya jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Atas kesungguhan dan niat untuk mendirikan rumahtangga, walau dalam keadaan apa sekali pun, akhirnya hasratnya dipermudahkan.
Inilah 4 permata hati kami selama 19 tahun mengharung hidup bersama dalam suka dan duka.
Dia mahu hanya dia di hatiku sepanjang waktu! Di hatinya.... selain diriku.... ada ke? Hanya dia saja yang tahu he he hehe.
Antara kenangan lama , bunga mawar merah.... bunga kenangan sewaktu dia cuba mendekati Amie. Kali pertama dia menghantar jambangan mawar merah, si penghantar tersalah hantar, orang lain yang menerimanya .... ia satu peristiwa lucu tapi mencuit hati dan tak mungkin kami lupakan. Kali kedua, barulah jambangan bunga mawar sampai ke tangan Amie diikuti dengan bungkusan coklat....
Dan kemudian, dia tanam sepohon bunga mawar desa di halaman rumah sewa Amie. Sewaktu kami bertemu kembali setelah berpisah selepas pernikahan kami, benda pertama dia tunjukkan kepada Amie.... apa dia? Sudah tentunya .....
Pokok mawar desa yang ditanamnya telah mengeluarkan kuntuman yang pertama. Dari semasa ke semasa kuntuman mawar merah terus berkembang mekar, subur dan harum! Sehingga ke hari ini, jika ada bunga mawar desa mekar di tangkai (dia tanam lagi berhampiran pintu dapur rumah kami), dia akan memetik dan hulurkan untuk Amie. Baunya.... harumnya tetap sama seperti dulu.
Allahu Akbar
SubahanAllah
26 comments
Selamat ulangtahun kak.amie...moga kekal bahagia hingga ke syurga....:-)
BalasPadamSelamat ulang tahun kak amie. Semoga bahagia hingga ke Jannah!
BalasPadamTapi memang betul, andai niat kita baik untuk berkahwin, memang Allah mudahkan urusan.
salam kak amie..
BalasPadamhappy anniversary..semoga kekal bahagia bersama hingga ke akhirnya.amin.
Selamat ulang tahun perkahwinan kak amie... dh 19 tahun ya... mesti pelbagai pahit manis dah di rasa. Doa saya moga berkekalan selamanya..
BalasPadamHappy anniversary Amie, semoga kekal bahagia ke Jannah... ^__^
BalasPadamHappy anniversary k.amie... semoga kekal hingga ke syurga..amin
BalasPadamRomantiknya cik Abang akak ye...:)
happy anniversary Amie..moga terus menyulam bahagia hingga ke syurga.
BalasPadamromantiknya suami Amie, cerita pasal bunga ros tu sangat menarik.
happy anniversary Amie..moga terus menyulam bahagia hingga ke syurga.
BalasPadamromantiknya suami Amie, cerita pasal bunga ros tu sangat menarik.
Selamat Ulang Tahun Amie,semoga bahagia hingga hijung nyawa!
BalasPadamSelamat Ulangtahun Amie cayang.. Moga berbahagia hingga ke Jannah..
BalasPadamsemoga diberkati Allah ,happy anniversary kak Amie...
BalasPadamindahnya kenangan bila diimbas kembali ye kak...hi2
tahniah..hepi anniversary ye amie..moga cinta kasih kalian kekal mekar selama2nye..amin!
BalasPadamhppy anniversary kak Amie cayang...kalo la sy seromantik kak Amie...heheheh...suka sy tgk kak Amie n asben..very the loving kapel!
BalasPadamTahniah kak amie..
BalasPadamSelamat Ulang tahun perkahwinan..Semoga kebahagiaan yg dikecapi berkekalan....
happy anniversary amie. So sweet! so romantic!...
BalasPadamHappy anniversary Amie
BalasPadamhepi anniversary
BalasPadamsemoga bahagia ke akhir hayat
alhamdulillah 19 thn menempuh hidup bersama insan2 tersayang cukup lama tu kan k.amie
semoga kebahagian kekal selamanya
Asyifa,
BalasPadamterima kasih.... mudah-mudahan kita sama-sama bahagia hingga ke syurga.
Mel,
terima ksih Mel... mudah-mudahan kita semua bahagia hingga ke Jannah,
betullah tu Mel... kesungguhan & niat baiknya untuk berkahwin itu dipermudahkan Allah walaupun jarak tempat antara kami jauh terpisah Laut China Selatan.
Bbwana,
terima kasih Bbwana... in shaa Allah, mudah-mudahan.
Cheq Sue,
BalasPadamterima kasih Cheq Sue... sudah semestinya pahit & manis diharungi dalam alam rumahtangga. Mudah-mudahan DIA mendengar doamu itu Cheq Sue....amiiin.
Kak Ummi,
terima kasih Kak Ummi...mudah-mudahan sama-sama kita kekal bahagia hingga ke Jannah.
Puan Hazel,
terima kasih Puan Hazel...in shaa Allah kekal hingga ke syurga.
He heheh... saya tak romantik Puan Hazel.
Ummiross,
BalasPadamterima kasih... mudah-mudahan sama-sama kita bahagia hingga ke syurga.
Memang dari mula dia cuba ngorat dulu... sampai sekarang bunga ros merah sentiasa adaaaa...
Suzana,
terima kasih Suzana... sama-samaah kebahagian itu milik kita bersama hingga ke hujung nyawa.
Sheila,
terima kasih darling... moga-moga Sheila bersama Cik Aseri dia jua sentiasa bahagia hingga ke Jannah.
Rohah,
BalasPadamterima kasih Rohah... mudah-mudahan sentiasa diberkati oleh-Nya. Memang perlu dikenang saat-saat indah itu untuk semarakkan rasa kasih sayang dalam rumahtangga.
Inahar,
terima kasih Inahar... yaaa in shaa Allah terus mekar harum bak mawar merah itu...
Ummiaisyah,
terima kasih Ummiaisyah.... saya tak berapa romantik hihiiii... nampak macam loving couple ye, haaa mesti dia suka sangat tu kalau dengar.
MP,
BalasPadamterima kasih MP... sama-samalah kita berbahagia di alam rumahtangga.
Ita Rossi,
terima kasih Ita... terima kasih... mudah-mudahan sentoasa sweet ...
Acik,
terima kasih Acik...
Mama Sara Nur,
rasanya baru saja bersanding atas pelamin ... he he ehh, rupanya dah 19 tahun!
Semoga kekal bahagia kak amie..hingga akhir hayat..aminn
BalasPadamtahniah kak amie & hb...19 yrs already...bukan sekejap tu. semoga bahagia hingga ke syurga.
BalasPadamSo sweet cerita ni...
Tahniah kak...semoga kekal bahagia hingga ke Jannah...
BalasPadamZila,
BalasPadamterima kasih Zila... amin ya Allah.
Fazian,
terima kasih... memanag macam2 suka duka ditempuh bersama!
Adilah,
terim kasih... mudah-mudahan... amiiin.