Sambal Sosej & Tauhu, Telur Dadar Berkeju & Sayur Bening

2:27 PTG

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua rakan pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Cuaca di Lahad Datu masih panas seperti beberapa hari sebelum ini. Jalan raya utama kelihatan lengang. Stesyen-stesyen minyak ditutup lebih awal dari kebiasaan, begitu juga dengan pasaraya dan premis-premis perniagaan. Lori-lori tentera, siren kereta polis dan segala yang berkaitan dengan kawalan keselamatan ada di mana-mana. Memang tak ada selera sebenarnya bila mendengar pelbagai berita yang menyedihkan dan memilukan sejak beberapa hari kebelakangan ini terutama berita anggota keselamatan yang terkorban. Dan terkini, di daerah Semporna pula disahkan kematian 5 orang anggota polis dalam kejadian tembak menembak yang dipercayai rentetan dan berkaitan dengan penceroboh di Lahad Datu... sebenarnya banyak! Banyak sangat manusia berani mati  dari selatan negara jiran ada di kekeliling kami... di sekitar perairan pantai timur.


Oleh kerana Encik Suami enggan keluar ke pasar, jadi hari ini lauk ini sahajalah jadi hidangan tengahari kami. Memang Amie dapat bayangkan keadaan di pasar ikan yang terletak di tebing laut, yang dikelilingi oleh kapal-kapal dan anggota polis marin. Beberapa hari lepas Amie saksikan sendiri orang ramai mencapai apa sahaja yang boleh dibeli dan diambil termasuk sosej, ayam beku dan sebagainya di pasaraya manakala tuan punya premis perniagaan ingin segera menutup kedai mereka.



Hari ini memang kami tidak ada ikan atau daging ayam. Yang ada hanyalah sosej. Anak-anak sudah tentulah suka makan sosej goreng, tapi Amie pula tidak menggalakkan hidangan sedemikian menjadi kebiasaan (banyak stok sosej yang dibeli Encik Suami dua hari lepas) Apa boleh buat, hanya sosej sahaja yang ada, kena masak jugalah. Amie masak sambal sosej campur dengan tauhu. 

Resepi : Sambal Sosej & Tauhu
Olahan: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 batang sosej ayam - potong 4 setiap batang
2 keping tauhu - belah 2 dan potong 2
1/2 sudu teh pati asam jawa
garam / gula /perasa pilihan
1/2 cawan air
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit belacan
sedikit halia

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis kesemua bahan kisar sehingga terbit minyak. Jika terlalu kering, tambahkan air.
2. Masukkan pati asam jawa, gula / garam / perasa pilihan.
3. Masukkan sosej bersama tauhu.
4. Gaul sebentar dan biarkan seketika sehingga sambal agak kering.
5. Tutup api.



Syukurlah ada sedikit sayur sawi pahit. Amie masak bening, hanya rebus dengan sedikit halia, lada hitam tumbuk dan satu sudu teh serbuk pati ayam. Amie tak bubuh bawang, sebab nak jimat memandangkan stok bawang hanya tinggal sedikit!


Dan ini.... Alhamdulillah.... masih ada stok telur yang agak banyak. Ada sedikit keju Cheddar dalam peti sejuk jadi Amie buat Telur Dadar Berkeju. Resepi Telur Dadar Berkeju ada DI SINI, tetapi kali ini Amie buat versi baru menggunakan bahan yang ada sahaja.

Resepi : Telur Dadar Berkeju II
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar - potong dadu
3 batang daun sup - hiris halus
7 biji cili padi - hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
mentega

Cara :
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.

4 comments

  1. Sosej pun sedap.. tun kalau dh masak sambal, mmg laju.. sambal + sayur bening, mmg terbaik! hihi

    BalasPadam
  2. Assalam Kak Amie
    Gebunya telur dadar berkeju tu..geram plak rasanya..hurmm dah terasa2 kegebuannya..nanti nak testlah..miss u kak amie...

    BalasPadam
  3. saya doakan moga famili akak selamat di sana..saya pn ada nenek sedara kat sandakan..btw menu tu nampak sedap :)

    BalasPadam
  4. Terus jadi lapar lepas tengok sambal sosej tu. Saya kalau beli nasi lemak, mesti nak letak sambal sosej :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe