ADSENSE

Khamis, 22 Mac 2012

Shared Joy Is Double Joy, Shared Sorrow Is Half Sorrow

Assalamualaikum teman-teman tersayang. Kalau dapat, rasanya nak peluk cium satu persatu teman-teman maya yang terus-menerus mengikuti perkembangan kesihatan Amie sebab rasa terharu sangat dengan hubungan tanpa suara dan tanpa bertentang mata ini. Apa yang mampu Amie tuliskan di sini ialah rasa syukur kepada Allah kerana dengan adanya blog sebegini ia bukan hanya untuk berkongsi mata menjamu hidangan yang enak-enak tetapi juga sanggup berkongsi dalam suka dan duka. Itulah, Amie rasa sesuai benarlah tajuk entri Amie kali ini.... shared joy is doube joy, shared sorrow is half sorrow tetapi tidak tahu siapa empunya ungkapan yang cukup bermakna ini. Amie... alhamdulillah, bersama Encik Suami sudah dapat menerima segalanya dengan berlapang dada kerana insaf kebesaran Ilahi. 

Petang tadi Amie menemui doktor sakit puan sebuah klinik swasta di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu. Alhamdulillah, selepas menjalani ujian imbasan katanya rahim Amie hampir bersih sepenuhnya tetapi kesan bengkak masih kelihatan akibat keguguran itu. Katanya lagi, ada sedikit sisa darah beku yang boleh dibersihkan dengan meneruskan pengambilan ubat yang dibekalkan. Sebelum ujian imbasan dilakukan, Amie diberitahu kemungkinan akan menjalani D&C sekiranya terdapat masalah dalam rahim seperti bahagian janin atau kantung janin masih tertinggal. Syukurlah, segalanya baik seperti yang diharapkan. Semasa peristiwa keguguran di Selangor 5 hari lepas, memang bonda dan adik-beradik cadangkan supaya cuci rahim tetapi dalam waktu yang singkat dan kelam-kabut itu Amie tidak dapat membuat keputusan, sebaliknya hanya memakan ubat untuk  memecahkan darah beku. Kepada sesiapa yang sudi (kadang-kadang kita tidak tahu dan panik apabila berhadapan dengan masalah seperti yang Amie hadapi) Amie ingin kongsi info mengenai prosedur D&C di SINI.


 Di bawah ini Amie kongsikan bersama mengenai D&C.

ISTILAH ‘cuci keguguran’ atau lebih dikenali sebagai D&C selalu disalah faham sebagai prosedur membersihkan permukaan dalaman rahim daripada kesan ‘kekotoran’ pendarahan keguguran. 

Prosedur D&C sebenarnya prosedur mengeluarkan, bukannya ‘membersihkan’. Dalam keguguran, D&C hanya perlu sekiranya pemeriksaan mendapati terdapat kemungkinan kandungan tidak habis keluar keseluruhannya. 

Sekiranya kandungan masih ada yang tertinggal, ia boleh mengakibatkan pendarahan berterusan, jangkitan kuman dan seumpamanya. 

Ia bukanlah menggunakan cecair pencuci, tetapi menggunakan batang besi berlainan saiz untuk membesarkan terowong serviks, alat tiub untuk menyedut keluar kandungan menggunakan kuasa vakum, alat pengapit untuk menarik keluar sisa kandungan dan alat curette untuk mengikis lapisan di dalam rahim. 

Semua prosedur D&C ini dilakukan tanpa melihat terlebih dahulu secara langsung apa yang diambil atau dikikis, tetapi menggunakan pengalaman dan deria sentuhan seperti bergerigi ketika mengikis. 

Oleh kerana ia dilakukan secara ‘membuta’, maka terdapat kemungkinan komplikasi seperti: 




  • Sisa kandungan tidak habis keluar juga akhirnya (dan mengakibatkan pendarahan berterusan dan jangkitan kuman). 





  • Pendarahan akibat prosedur itu sendiri. 





  • Alat tertusuk menembusi keseluruhan dinding rahim dan mencederakannya, 
    malah ia juga boleh mencederakan organ lain seperti usus dan mengakibatkan pendarahan dalaman. 





  • Risiko pembiusan. 





  • Risiko jangkitan kuman akibat prosedur. 





  • Penghakisan berlebihan sehingga mengakibatkan lapisan tengah rahim (myometrium) dan pembentukan jaringan lekatan sehingga mengakibatkan gangguan haid dan masalah kesuburan. 

    Terdapat lapisan berbeza dalam dinding rahim. 

    Lapisan terdalam dinamakan lapisan endometrium yang akan menebal seiringan dengan pembesaran kantung folikel telur, matang dan kemudiannya luruh sebagai darah haid sekiranya tidak berlaku kehamilan. 

    Sewaktu kehamilan, lapisan ini dinamakan desidua. Selain itu, ruang rahim yang kosong kini berisi kantung kandungan (janin, air ketuban) dan uri. Ruang tengah pula adalah lapisan berotot (myometrium) dan lapisan permukaan terluar rahim dinakana serosa.

    Amie pun ikut nasihat doktor supaya terus memakan ubat terutama untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman. Tidak lupa juga Doktor Siti yang sentiasa tersenyum manis itu berpesan supaya Amie menjaga pemakanan, memakan makanan panas misalnya sup yang bercampur dengan halia dan jauhi makanan berkacang. 








  • He he he... apa boleh buat, orang tengah berpantang kenalah 'menyelerakan' diri makan makanan begini. Tak lama tu Amie, esok lusa.... tamatlah pantang memantangnya.


    Walaupun tidak lagi sibuk di dapur tapi tetap sibuk dengan buah baru yang masing-masing masih jakun nak beri nama.... he he hehh. Jom kita pilih nama buah mata kucing Brazil seperti yang Wani Dari Dunia Dapurku berikan. Kata Wani, asal-usul benih buah mata kucing ini dari negara Brazil.


    Sesungguhnya buah mata kucing Brazil kami memang tak sempat matang sepenuhnya sebab sudah habis gondol di pokok. Amie ambil kesempatan rakam gambar petang tadi selepas hujan kerana rasanya esok lusa hanya tinggal daun saja sebab Amie lihat Encik Suami teruja memetik sebiji demi sebiji mengajak jiran tetangga merasai sama dan komen mereka.... . memang sedap! Bukan itu sahaja.... pertanyaan beli benih di mana, kami nak tanam juga... agaknya kalau rakan-rakan blogger dekat dengan rumah Amie, bolehlah datang makan seorang sebiji!

    31 ulasan:

    whitecappuccino berkata...

    semoga amie sihat sepenuhnya..cantiknya buah mata kucing ni..pokok mata kucing kami yg subur tiba2 jer mati baru ni..sayang betul.

    ijayuji berkata...

    Salam kak amie! alhamdulillah masih ada harapan kan kak :-) tp bila dgr proses d&c tu aduhhhhh..ngilu terus jdnyer hihihi... semoga akak sembuh n diberi kesihatan yg baik selepas ni dan waktu2 seterusnyer insyaAllah! sedap kan lauk org yg berpantang mmg sihat dan boleh diet :D

    mama sara nur berkata...

    assalam k.Amie
    alhamdulillah .moga bertambah sihat ye
    tp bab ni sy surender he he memang takut , dgr je dah ngilu sesangat,entah nape hu hu
    terliur tgk buah ni, bestnya kan dpt tanam pokok2 pastu dpt rasa hasilnya , selalu berangan je kalu dpt rumah tepi sure sy penuhkan dgn pokok2 buah he he

    Melly Octaviana berkata...

    Malam Kak Amie, semoga kak amie selalu sehat sehat saja yah, dan tidak terjadi hal hal yang tidak di inginkan.meantime enjoy yah kak menu berpantang nya, take care.. ;)

    kasihredha berkata...

    mata kucing brazil first time tengok dan x pernah rasa.

    semoga amie cepat sembuh..
    Alhamdulillah hubby amie dah boleh terima.

    ♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

    Salam Amie..atie dulu pon masa keguguran,mmg buat D&C...bius separuh badan.Merasa la dok kat hospital 2 hari..rindungan ngan umah masa tu...

    Acik Erna berkata...

    Amie..buah kegemaran acik tu..sedap.

    cikmanggis berkata...

    Semoga Amie kembali sihat seperti sedia kala.walaupun Cm tak tinggal jejak tetapi Cm mengikuti perkembangan Amie.Banyakkan rehat ya...Wah bagusnya ada pokok mayta kucing dilaman rumah:)

    Amie berkata...

    Whitecappucino,
    Alhamdulillah...semakin sihat.
    Sayangnya pokok mata kucing mati... tanam lagilah WC.

    Ika,
    Memang kakak pun takut dengar cerita tentang D&C tu, tapi tawakal sajalah... alhamdulillah, doktor kata rahim bersih...syukur kepada Allah!
    Memang sedap lauk morang berpantang ni Ika.... ha hahah

    Mama Sara Nur,
    memang rasa ngilu... mulanya Kak Amie ada dengar juga kalau kandungan bawah 10 minggu, tak perlu buat D&C, tapi kalau ada masalah memang kena buat juga, syukurlah Kak Amie tak perlu buat.
    Tepi rumah kami sudah disemin buat tempat parking kereta, itulah...tanah secoet depan rumah dan belakang dapur... bolehlah tanam-tanam apa yang boleh hidup.

    Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

    Salam.Kak Ros datng nak peluk ni.Take care ya.

    Amie berkata...

    Melly,
    kakak bagus-bagus saja Melly... gembira dengan kehadiran teman2 blogger...

    Kasih,
    Alhamdulillah... bila dia dapat terima, rasa lega dan kurang sakit-sakitan...
    Memang besar buah mata kucing brazil tu...

    Azatie,
    tak dapat Amie bayangkan kena bius, kena duduk hospital... mesti cuti dilanjutkan...syukurlah Amie tidak lalui semua itu.

    Amie berkata...

    Acik Erna,
    kali pertama kami tengok dan makan buah ni... harap buah yang berikutnya lebih lebat!

    Cik Manggis,
    terima kasih CM... insya-Allah Amie akan sihat sepenuhnya. Ya.. itu pokok mata kucing tanam di hujung laman...

    Puan Ros,
    peluk Puan Ros ketat-ketat... terima kasih Puan Ros, Amie mesti jaga kesihatan.

    Wani berkata...

    semoga kak amie cepat sembuh dan sihat sepenuhnya .... jangan lupa pesan doktor tu ya dan menu2 berpantang tu hihi..tapi wani naik remang bulu roma dengar pasal d&C tu ...rata2 orang panggil buah mata kucing brazil... bestnya yg kak amie punya dah boleh petik ...

    ZalinZalina berkata...

    Semoga Amie cepat sembuh..dulu ZZ pun pernah keguguran...memang kena berpantang dan berurut macam org baru lepas bersalin...

    Nieza berkata...

    Alhamdulillah kak, semoga akak akan bertambah sihat..saya pun dulu makan ubat juga bila doc scan tgk semua keluar abis oklah.selamat berpantang ya:)

    MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

    salam amie..

    aduhh.. maaf terlambat dpt berita pasal keguguran yg amie lalui... semoga semuanya kembali normal ye & jaga kesihatan elok2.. bila sebut d&c.. ramai yg kecut perut termasuk sy walaupun sy tak pernah alami keguguran.. tp lepas bersalin anak sulung dulu ada sedikit pendarahan bila cuba untuk berdiri masa nak keluar dari labour room tiba2 tumpah darah.. (abis lantai kat labour room banjir.. hehe).. terus doktor arahkan utk baring & rehat dulu sementara tu.. doktor 'cuci' bahagian dalaman wanita dengan satu alat macam gerudi layaknya.. masa tu hanya Allah yg tahu betapa sakitnya bila alat tu dimasukkan ke rahim kemudian dikembangkan kat bahagian dlm & diputar2 supaya darah/darah beku yg belum betul2 habis keluar dapat dibersihkan.. yang buat sakit sangat tu sebab doktor buat 'mentah2' tanpa dibius.. rasa macam nak tertetas jahitan yang baru 1o minit lepas dijahit.. hehehe.. sabor jelah dugaan kita sebagai ibu memang mcm itulah kan amie.. semoga amie cepat sembuh ye..

    p/s: besor betul buah mata kucing gergasi yg amie tunjukkan tu.. kalau dekat teringin pula nak minta biji benihnya.. hehe.. tp rasanya kalau amie petik sebelum aia betul2 ranum.. kurang sesuai untuk ditanam.. sebaiknya kena tunggu buah betul2 masak baru elok kan.. hehe..

    Amie berkata...

    Wani,
    pantang dah nak ke penghujungnya ni... tak sabar nak habiskan.
    Sebenarnya kami tak trahu bila masaknya buah ni, sekali petik rasa manis, sedap.. jadi terus petik sampai nak habis!

    ZalinZalina,
    terima kasih info bersama tentang keguguran tu... kena berurut ye, memang bonda pesan suruh pergi urut, doktor pun kata otot-otot kita tu kena kuatkan semula.

    Nieza,
    syukur Ahamdulillah... inilah kebaikannya dunia teknologi moden, scanner sekarang pun semakin caggih...lebih jelas dan meyakinkan.

    Amie berkata...

    Salam Madiha,
    Amie pun sebenarnya kecut perut sama mendengar tentang "cuci" tu, kalau di sini... kita ke hospital memang kena D&C dan pengalaman teman-teman sungguh menakutkan bila kita dengar. Syukurlah ubat pecahkan darah beku yang Amie makan sebelum ini sungguh berkesan, dan mungkin perjalanan panjang melalui darat dan udara tempohari menyebabkan proses 'gugur' yang selebihnya itu menjadi lebih cepat. cerita Madiha tu... meremang bulu roma!

    Memang semuanya jakun Madiha... sampai tak tahu apa rupa kulit mata kucing tu bila masak. Agaknya teruja sangat dengan ketebalan isi dan rasanya yang manis tu, jadi habis dipetik tak tinggal lagi!

    MulutPayau berkata...

    assalamualaikum kak amie...

    terima kasih coz sudi brkongsi info pasal D&C tu....(guna btng besi yg berlainan saiz)...aduhhhh mmng menakutkan....

    Semoga kak amie diberi kesihatan yag baik....bnyakkan rehat ya kak....

    LinRosly berkata...

    Assalamualaikum Amie Sayang

    Alhamdulilah Amie dah sihat sepenuhnya...walaupun hanya keguguran tetapi makan tetap kena jaga...

    Kak Lin doakan semoga Amie cepat sihat dan dapat menjalankan tugas seharian seperti biasa...Amin...

    rahel berkata...

    Selamat pagi Kak Amie...syukurlah dah beransur pulih ek..pemakanan terjaga la ni...

    Ucu Faridah berkata...

    ucu pun x buat d&c..serem...

    akak.. kalau rumah kita dekat dah lama ucu bkhemah kt dpn rmh akak tu...nasibaik jauh melaut...hahaha..

    lepas pantang ni blh lah masak sodap2 utk kami....

    Puteri Kasih berkata...

    semoga kak amie kembali sihat..

    wah nampak sedap la buah mata kucing tu kak..

    ummiross berkata...

    Amie.. keguguran ye. Ummi pun pernah D n C ni Amie, tak sedar pun masa buat tu, warded 2-3 hari jugak.
    Ummi doakan Amie cepat sembuh, jaga diri baik2 ye.

    Zaitun berkata...

    Semoga Amie cepat sihat seperti sediakala.
    Kak Zai pernah melaluinya dan faham akan perasaan Amie dan suami.

    Amie berkata...

    MP,
    memang banyak cerita tentang D&C ini, syukurlah doktor kata tak perlu sebab tiada yang tersangkut dalam rahim.

    LinRosly,
    alhamdulillah Kak Lin, insya-Allah akan terus jaga pemakanan.

    Rahel,
    iya... untuk beberapa hari sahaja sehingga rasa sihat kembali.

    Amie berkata...

    Ucu,
    kenapalah pulak nak berkhemah.... masuk ajelah ke dalam rumah he he hehhh...

    Puteri Kasih,
    alhamdulillah, beransur pulih seperti sediakala.

    Ummi,
    takut juga dengar pasal D&C tu Ummi, kalau terpaksa memang seseorang yang keguguran tu kena laluinya.

    Kak Zaitun,
    terima kasih kerana memahami Amie... tapi memang rasa sedih tu ada kan kak Zai...

    qemaishak berkata...

    Semoga akak cepat sihat sepenuhnya..

    qema tunjuk blog akak kat suami katanya nanti minta petua macamana nak tanam epal & anggur tu, nak tanam kat laman rumah baru nanti insyaAllah..

    mama aini berkata...

    assalam amie..semuga amie dah bertambah sihat skrg ni..maaf arini baru mama tahu tentang amie..mama sibuk terlampau minggu2 lepas..hu2x..semuga amie tabah menghadapi ujian dr Allah..

    Nora Ellyna berkata...

    Salam..bru terjumpe blog ni..huhu.sy pon keguguran 19/6/12 baru2 ni..kes kte sm la..ble dctor scan ade sisa drh beku ckit tertinggal..n dctor bg ubt anribiotik n ade 2jns lgi ubt..mayb utk pecahkn drh beku tu.risau gak klu trpksa buat dnc.sy nk tnye,ms keguguran dlu brp lm eh drh tu nk btl2 stop??

    sadeed86 berkata...

    Salam. Saya nk tanya di mnakah klinik sakit puan swasta yg d maksudkan? Sy x perasab mna 1 klinik sakit puan d Bandar Sri Perdana, FYI sy tggal d Taman Aman 3 ja.