Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

1:17 PTG

Assalamualaikum.
Agak lama juga Amie tidak buat nasi dagang. Kali terakhir Amie masak Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol hampir 2 tahun yang lalu. Selalunya Amie masak gunakan beras pulut dan beras biasa, tetapi setelah berguru dengan rakan sekerja Nor Kamilah Khalil dan Fauziah Deraman dari Terengganu, Amie cuba pula gunakan campuran beras wangi dengan beras perang yang katanya merupakan versi nasi dagang Kelantan. Nor Kamilah berikan Amie panduan untuk menyediakan nasi dagang bersama gulai ikan tongkol mengikut cara tradisi tetapi Amie ringkaskan cara penyediaannya terutamanya gulai ikan tongkol. Kata Nor Kamilah, kena rebus agak lama, tapi Amie rebus ikan hingga mendidih, dan asam keping menjadi kembang. 


Buat Nor Kamilah Kalil yang telah berpindah mengikut suami ke Taiping, Perak serta Fauziah Deraman yang kembali ke kampung halamannya di Terengganu, Amie ucapkan selamat berbahagia di samping keluarga tercinta. Sudah tentu kalian berdua tetap dalam ingatan, apatah lagi kalau Amie masak nasi dagang hasil sembang-sembang kita 2 tahun yang lalu!


Resepi : Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol
Sumber : Nor Kamilah Khalil & Fauziah Deraman



Bahan-bahan untuk nasi dagang:

800 gram beras wangi 
200 gram beras perang
500ml santan pekat
5 biji bawang merah - hiris nipis
5cm halia - hiris halus
1 sudu makan halba
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan gula melaka

Cara:
1. Rendam beras wangi dan beras perang selama 8 jam.
2. Toskan kedua-dua beras dan campurkan.
3. Kukus selama 20 minit.
4. Masukkan halba, bawang merah dan halia. Gaul rata. Tutup kembali periuk pengukus.
5. Campurkan gula melaka dan garam ke dalam santan.
6. Buka kembali tutup pengukus dan renjiskan santan pekat ke atas nasi. Gaul hingga sebati.
7. Kukus semula selama 10 minit.
8. Sedia dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar mentah.




Bahan-bahan untuk gulai ikan tongkol:

Bahan A:
1 kg ikan tongkol - bersihkan dan potong ikut suka
3 keping asam gelugur
1 sudu gula melaka
sedikit garam

Bahan B:
1 liter santan
3 keping asam gelugur
7 biji cili padi - belah 2
3 biji lada hijau
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu  makan gula melaka
1 sudu makan garam
minyak

Bahan kisar:
20 biji lada kering 
7 biji bawang merah
7 biji bawang putih
5cm halia

Cara:
1. Rebus bahan A hingga masak dan toskan airnya.
2. Gunakan air rebusan ikan untuk memerah santan kelapa.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar hingga pecah minyak.
4. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
5. Masukkan cili padi, cli hijau dan asam gelugur.
6. Masukkan ikan tongkol, garam dan gula melaka.
7. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Tutup api.




Bahan-bahan untuk acar mentah:

1/2 batang lobak merah
1 biji timun
1/2 biji nanas masak
1 biji sengkuang
1 labu bawang besar
3 biji lada hijau
garam & gula secukup rasa
1/2 cawan jus limau kasturi / limau nipis

Cara:
1. Potong kesemua lobak, timun, nanas dan sengkuang, bawang dan lada hijau  ikut citarasa masing-masing.
2. Satukan di dalam sebuah bekas.
3. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan jus limau kasturi / nipis.
4. Siap untuk dihidangkan.



Jom makan.... Bismillah.

20 comments

  1. aduh kak amie..
    dalam2 pantang gini terliur sgt2 tengok nasi dagang nih..
    my feveret!

    BalasPadam
  2. faa tak pernah buat n tak pandai nak buat..yg selalu buat ummi n nenek faa n memang sedap nasi dagang ni kan......

    BalasPadam
  3. Atie,
    tak pe... lepas pantang nanti boleh makan.

    Faa,
    he he ehh... Faa mesti pandai buat ni sebab ummi & nenek selalu buatkan...

    BalasPadam
  4. as-salam
    sedap ni..ady mmg suka ikan tongkol tapi tak pernah mkn nasi dagang..

    BalasPadam
  5. Waduh....mengancam banget itew nadi dagang cikgu....kalau ada hidangan begini nda ngam klu berenang...mau naik kapal terbang jugak pi lahad datu..

    BalasPadam
  6. salam kak amie...
    sedapnyer tgk menu kak amie nie.....suka makan tp x pandai nak buat ,huhuhu...

    BalasPadam
  7. adui na kak amie.. sedapnya ikan tongkol tu.. yummy..

    BalasPadam
  8. Salam Amie...bila nk ajak geng Blogger dtg rasa masakan Amie...;)...

    BalasPadam
  9. kalah orang Kelantan ni!! Amie pandai buat nasi dagang..Saya sendiri pun belum pernah buat lagi..

    BalasPadam
  10. Kak amie...sy suka mkn nasi dagangg...urmmmmm terliur2 d buat nya..d kk setahu sy hnya ada 1 rest jual nasi dagang tp cpt abis...lps tu jauh plk dr rmh or opis sy...sedihhh...hihi

    BalasPadam
  11. Amie, ada lagi nasi dagang? ummi datang nak breakfast ni.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kak Ammie.. confirmm. Ani terliur.. aduhai memikat selera betul nasi dagang Kak Amie nih.. tq resepinya!!

    BalasPadam
  13. salam amie...
    ya ampunnn.. pagi2 dah nampak nasi dagang tersaji dengan gulai ikan aye tu mmg bikin air liur ku melelehhh.... tahniah org sabah pun dah berjaya hidang nasi dagang untuk keluarga... sedapnyer amieee...

    BalasPadam
  14. Ady,
    waalaikumussalam... boleh buat nasi dagang Ady...

    Rahel,
    ayoyooo Rahel... mau naik Mas Wing ni.. kena pusing-pusing Tawau-KK - LD ha ha hahh...

    Myda,
    terima kasih Myda, memang sedap...anak-anak pun suka!

    BalasPadam
  15. Cik Chinta,
    haa... kalau balik Terengganu mesti best dapat makan nasi dagang puas-puas ye Cik Chinta.

    May,
    rindu ikan tongkolkah May...

    Hanny,
    he he heh... boleh Hanny...kena berenang ramai2 lintas Laut China Selatan.

    BalasPadam
  16. Suzana,
    sebab dah banyak 'termakan' nasi dagang Suzana... jadi, nak makan kenalah usaha belajar & masak sebab tak ada orang jual nasi dagang di sini.

    Qaseeh,
    he he ehh syukur ada restoran yang jual Qaseeh... kena cepat2 datanglah ye kalau nak makan nasi dagang tu...

    Ummiross,
    alahai.... lewat pula Ummi mendarat.... kena masak nasi dagang yang baru untuk jamu Ummi he he hehh.

    BalasPadam
  17. Choco Ani,
    waalaikumussalam...
    resepi anak Terengganu ni...Kak Amie ikut step by step. Alhamdulillah menjadi, gulainya tu yang sedap...itu komen anak-anaklah.

    Madiha,
    inilah meriahnya dunia masakan ye Madiha... pelbagai & sentiasa bervariasi!

    BalasPadam
  18. Hadoyyy.. ngences ni.. mmg suka sangat nasi dagang ni taww..

    BalasPadam
  19. saya suka nasi dagang ..tapi jarang dapat makan ..nak buat sendiri tak reti ..hihihi makasey kak amie bg resepi ..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe