Assalamualaikum.
Agak lama juga Amie tidak buat nasi dagang. Kali terakhir Amie masak Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol hampir 2 tahun yang lalu. Selalunya Amie masak gunakan beras pulut dan beras biasa, tetapi setelah berguru dengan rakan sekerja Nor Kamilah Khalil dan Fauziah Deraman dari Terengganu, Amie cuba pula gunakan campuran beras wangi dengan beras perang yang katanya merupakan versi nasi dagang Kelantan. Nor Kamilah berikan Amie panduan untuk menyediakan nasi dagang bersama gulai ikan tongkol mengikut cara tradisi tetapi Amie ringkaskan cara penyediaannya terutamanya gulai ikan tongkol. Kata Nor Kamilah, kena rebus agak lama, tapi Amie rebus ikan hingga mendidih, dan asam keping menjadi kembang.
Buat Nor Kamilah Kalil yang telah berpindah mengikut suami ke Taiping, Perak serta Fauziah Deraman yang kembali ke kampung halamannya di Terengganu, Amie ucapkan selamat berbahagia di samping keluarga tercinta. Sudah tentu kalian berdua tetap dalam ingatan, apatah lagi kalau Amie masak nasi dagang hasil sembang-sembang kita 2 tahun yang lalu!
Resepi : Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol
Sumber : Nor Kamilah Khalil & Fauziah Deraman
Bahan-bahan untuk nasi dagang:
800 gram beras wangi
200 gram beras perang
500ml santan pekat
5 biji bawang merah - hiris nipis
5cm halia - hiris halus
1 sudu makan halba
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan gula melaka
Cara:
1. Rendam beras wangi dan beras perang selama 8 jam.
2. Toskan kedua-dua beras dan campurkan.
3. Kukus selama 20 minit.
4. Masukkan halba, bawang merah dan halia. Gaul rata. Tutup kembali periuk pengukus.
5. Campurkan gula melaka dan garam ke dalam santan.
6. Buka kembali tutup pengukus dan renjiskan santan pekat ke atas nasi. Gaul hingga sebati.
7. Kukus semula selama 10 minit.
8. Sedia dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar mentah.
Bahan-bahan untuk gulai ikan tongkol:
Bahan A:
1 kg ikan tongkol - bersihkan dan potong ikut suka
3 keping asam gelugur
1 sudu gula melaka
sedikit garam
Bahan B:
1 liter santan
3 keping asam gelugur
7 biji cili padi - belah 2
3 biji lada hijau
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu makan gula melaka
1 sudu makan garam
minyak
Bahan kisar:
20 biji lada kering
7 biji bawang merah
7 biji bawang putih
5cm halia
Cara:
1. Rebus bahan A hingga masak dan toskan airnya.
2. Gunakan air rebusan ikan untuk memerah santan kelapa.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar hingga pecah minyak.
4. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
5. Masukkan cili padi, cli hijau dan asam gelugur.
6. Masukkan ikan tongkol, garam dan gula melaka.
7. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Tutup api.
Bahan-bahan untuk acar mentah:
1/2 batang lobak merah
1 biji timun
1/2 biji nanas masak
1 biji sengkuang
1 labu bawang besar
3 biji lada hijau
garam & gula secukup rasa
1/2 cawan jus limau kasturi / limau nipis
Cara:
1. Potong kesemua lobak, timun, nanas dan sengkuang, bawang dan lada hijau ikut citarasa masing-masing.
2. Satukan di dalam sebuah bekas.
3. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan jus limau kasturi / nipis.
4. Siap untuk dihidangkan.
Jom makan.... Bismillah.
aduh kak amie..
BalasPadamdalam2 pantang gini terliur sgt2 tengok nasi dagang nih..
my feveret!
faa tak pernah buat n tak pandai nak buat..yg selalu buat ummi n nenek faa n memang sedap nasi dagang ni kan......
BalasPadamAtie,
BalasPadamtak pe... lepas pantang nanti boleh makan.
Faa,
he he ehh... Faa mesti pandai buat ni sebab ummi & nenek selalu buatkan...
as-salam
BalasPadamsedap ni..ady mmg suka ikan tongkol tapi tak pernah mkn nasi dagang..
Waduh....mengancam banget itew nadi dagang cikgu....kalau ada hidangan begini nda ngam klu berenang...mau naik kapal terbang jugak pi lahad datu..
BalasPadamsalam kak amie...
BalasPadamsedapnyer tgk menu kak amie nie.....suka makan tp x pandai nak buat ,huhuhu...
sdp. nk mkn kn blik trgn. huhu
BalasPadamadui na kak amie.. sedapnya ikan tongkol tu.. yummy..
BalasPadamSalam Amie...bila nk ajak geng Blogger dtg rasa masakan Amie...;)...
BalasPadamkalah orang Kelantan ni!! Amie pandai buat nasi dagang..Saya sendiri pun belum pernah buat lagi..
BalasPadamKak amie...sy suka mkn nasi dagangg...urmmmmm terliur2 d buat nya..d kk setahu sy hnya ada 1 rest jual nasi dagang tp cpt abis...lps tu jauh plk dr rmh or opis sy...sedihhh...hihi
BalasPadamAmie, ada lagi nasi dagang? ummi datang nak breakfast ni.
BalasPadamAssalamualaikum kak Ammie.. confirmm. Ani terliur.. aduhai memikat selera betul nasi dagang Kak Amie nih.. tq resepinya!!
BalasPadamsalam amie...
BalasPadamya ampunnn.. pagi2 dah nampak nasi dagang tersaji dengan gulai ikan aye tu mmg bikin air liur ku melelehhh.... tahniah org sabah pun dah berjaya hidang nasi dagang untuk keluarga... sedapnyer amieee...
Ady,
BalasPadamwaalaikumussalam... boleh buat nasi dagang Ady...
Rahel,
ayoyooo Rahel... mau naik Mas Wing ni.. kena pusing-pusing Tawau-KK - LD ha ha hahh...
Myda,
terima kasih Myda, memang sedap...anak-anak pun suka!
Cik Chinta,
BalasPadamhaa... kalau balik Terengganu mesti best dapat makan nasi dagang puas-puas ye Cik Chinta.
May,
rindu ikan tongkolkah May...
Hanny,
he he heh... boleh Hanny...kena berenang ramai2 lintas Laut China Selatan.
Suzana,
BalasPadamsebab dah banyak 'termakan' nasi dagang Suzana... jadi, nak makan kenalah usaha belajar & masak sebab tak ada orang jual nasi dagang di sini.
Qaseeh,
he he ehh syukur ada restoran yang jual Qaseeh... kena cepat2 datanglah ye kalau nak makan nasi dagang tu...
Ummiross,
alahai.... lewat pula Ummi mendarat.... kena masak nasi dagang yang baru untuk jamu Ummi he he hehh.
Choco Ani,
BalasPadamwaalaikumussalam...
resepi anak Terengganu ni...Kak Amie ikut step by step. Alhamdulillah menjadi, gulainya tu yang sedap...itu komen anak-anaklah.
Madiha,
inilah meriahnya dunia masakan ye Madiha... pelbagai & sentiasa bervariasi!
Hadoyyy.. ngences ni.. mmg suka sangat nasi dagang ni taww..
BalasPadamsaya suka nasi dagang ..tapi jarang dapat makan ..nak buat sendiri tak reti ..hihihi makasey kak amie bg resepi ..
BalasPadam