Ikan Percik
7:27 PTG
Assalamualaikum.
Malam ini Amie hidangkan menu ringkas tapi tetap menyelerakan. Amie bakar ikan sebelah, dan siram dengan sambal percik. Harum wangi satu dapur dengan bau sambal percik dengan aroma serai dan daun lengkuas sebagai alas membakar, hasil resepi yang Amie kongsi dari dapur Wana : POTRET KASIH, yang rajin mencuba pelbagai resepi yang enak-enak!
Terima kasih Wana kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ini. Sebenarnya warna kuah percik Amie bertukar menjadi kemerah-merahan apabila kering di atas ikan bakar, yang dalam gambar ini kuahnya berwerna oren kerana Amie lumurkan lebihan kuah percik dalam periuk yang masih berbaki. Sedap makan dengan lumuran kuah percik yang agak basah begini.
Resepi : Ikan Percik
Sumber : Wana : Potret Kasih
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung (atau ikan termenung) yang besar - Amie gunakan seekor ikan sebelah seberat 1.2 kg
1 mangkuk penuh santan
5 - 10 biji cili kering atau 10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah atau 1 labu bawang besar
sedikit halia
sebatang serai
sedikit belacan - jika suka
1 camca besar gula - Amie gunakan gula melaka
1 kepng asam gelugur
sedikit kunyit - ditumbuk
garam secukup rasa
Cara:
1. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, belacan, kunyit berdama santan.
2. Masak atas api dan masukkan asam gelugur. Kacau hingga pekat.
3. Sementara menunggu kuah pekat, lumurkan ikan dengan garam dan bakar hingga separuh masak.
4. Bila kuah agak pekat, sesuaikan dengan rasanya, dan angkat.
5. Lumurkan atau percikkan kuah pada badan ikan bakar. Ulang di bahagian sebelah lagi.
6. Buat beberapa kali hingga kuah melekat pada ikan.
7. Bila masak, bolehlah dihidangkan.
6 comments
salam kenal kak.. :)
BalasPadammmg sedap kalau pekena ikan percik mcm nii
wah2 kak...nmpk sgt sedap la ikn percik tu..kecur n jd lapo tgk..kena buat gak la ni jwbnya..
BalasPadamBole dicuba ni time idea x de nak msak nnti....:-)
BalasPadamJogging pagi2, singgah dapur Amie jap,harumnya aroma ikan percik Amie ni..
BalasPadamSedapnye..lm tak bakar ikan mcm ni..bila masa nk buat..asik masak campak2 je..
BalasPadamsedapnyer tengok ikan 2 bulan puasa ini..nk cubalah,
BalasPadamTerima kasih atas info tersebut.silalah singgah diblog saya http://dirawanhartawan.blogspot.my/