Jenahak Hitam Masak Asam Pedas
2:02 PTG
Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua. Apa agaknya hidangan tengahari rakan-rakan pengunjung pada hari ini. Amie sediakan Jenahak Hitam Masak Asam Pedas buat keluarga. Resepinya biasa sahaja, resepi dari dahulu tetapi Amie tidak gunakan daun kesum atau bunga kantan sebaliknya hanya menggunakan daun limau puurut untuk mendapatkan aromanya. Masakan asam pedas sebenarnya masakan evergreen, disukai ramai, dari dulu, kini dan harap untuk selamanya. Ada yang menggemari kuahnya yang cair, tidak kurang juga yang pekat dan sudah tentu sangat enak jika kuahnya nampak berlinang-linang seperti asam pedas Melaka!
Resepi : Jenahak Hitam Masak Asam Pedas
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan- bahan:
3 keping ikan jenahak hitam
3 biji terung bulat - belah 2
5 helai daun limau purut
1 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugur
garam / gula / perasa pilihan
minyak
2 cawan air
Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan
2cm kunyit hidup
2cm halia
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air dan asam gelugur dan serai.
3. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan dan terung.
4. Masak lebih kurang 5-7 minit dan kuah mula pekat.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Masukkan daun limau purut.
7. Tutup api dapur setelah daun limau purut berubah warna.
4 comments
Asam pedas mmg peberet kak...best plak nmpknya....
BalasPadamsedapnya kak Amie...hari2 akak msk spesel
BalasPadamadui.. tiap kali masuk dapur kak amie mesti lapar jadinya.. hehe.. sedap ni ikan.. masak asam pedas, lagi lah sedap..
BalasPadamwow...sedapnya..lagi2 nampak terung bulat tu..Ya Allah...meleleh..
BalasPadam