Malam Pasung

12:53 PTG

Assalamualaikum rakan-rakan pengunjung yang dihargai. Masih ingat tak lagi tentang Malam Ketupat dalam masyarakat Melayu Cocos sempena malam ke 15 umat Islam berpuasa yang pernah Amie paparkan minggu lepas. Selain Malam Ketupat, ada satu lagi malam istimewa dalam masyarakat Melayu Cocos iaitu Malam Pasung. Sambutan  Malam Pasung sama juga seperti Malam Ketupat, dan yang membezakannya ialah Malam Pasung diadakan pada malam ke 21 Ramadhan. Biasanya kita panggil Malam 7 Likur, Malam Selikur, Malam 2 Likur dan seterusnya.


Selepas menunaikan solat terawih, mereka mengeluarkan kuih pasung masing-masing dan  akan bertukar kuih pasung sesama mereka untuk dibawa pulang. Kuih pasung yang warna hijau di atas tu sangat sedap, ada rasa pandan. Ia diperbuat daripada tepung beras dan juga santan kelapa. Kemudian dikukus.



Ada simboliknya Kuih Pasung dengan Malam Pasung ini. Kalau dilihat dari segi bentuk kelongsongnya, menurut sebelah suami.... ia merupakan bentuk bulan penuh (di bahagian atas) dan terus mengecil di bawah menandakan menghilangnya bulan. Malam Pasung dikatakan malam menghilangnya bulan, dan pasung yang mereka maksudkan ialah pelita yang digunakan menerangi malam yang gelap. Apa pun, acara bertukar-tukar kuih pasung selepas solat terawih lebih bertjuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan. Itu sebab kuih ini lain-lain benutknya,ada yang panjang dan ada yang pendek sebab datangnya pun dari rumah yang berlainan. Emmmm... resepinya? He he he...minta maaf sayangggg..... Amie tak pernah buat, tak boleh bayangkan macamanan cara kuih ini dikukus. Semua yang sediakan ipar dan ibu-ibu saudara di kampung. Amie hanya bercerita saja, sebab kuih pasung ini sudah dibawa masuk ke dapur Amie malam tadi.... sekadar satu perkongsian budaya dari The Story of Amie's Little Kitchen.

20 comments

  1. nani mcm pernah makan kuih ni...tp lupa dah dalam majlis apa..yg pastinya, kuih ni sedap...rasa lemak2 santan dan tepung beras tu..orang sungai di sini takdela pulak yang buat kuih2 mcm ni..

    BalasPadam
  2. Nani,
    ini salah satu kuih tradisi orang Cocos, orang Sungai pun ada kuih tradisi mereka sendiri...

    BalasPadam
  3. cheq jakun x pernah tgk pow apatah merasa uwaaaa.....sila la simpati kat cheq ni

    BalasPadam
  4. assalam amie, banyak dapat belajar ya adat istiadat, mkn bila kita di tempat org kan...kalo kat tmpt kita tak ada buat apa kan mlm 7 likur tu, hanya pasang pelita je,

    BalasPadam
  5. ingatkan kena pancung ke atau masuk penjara ke! rupanya kuih..he..he..

    BalasPadam
  6. rasa mcm tepung pelita ke kak?nmpk sedap :)

    BalasPadam
  7. kak amie cayanggggg..bertemu lagi..mieza tak penah makan rasanya kuih pasung ni..pasti sedap kan kak..kuih ni cuma dibuat di bulan puasa je ke kak? ke kalau tak puasa pun masih ada dijual dikedai2..seronok pula baca cerita pasal tradisi org sana..lain cara tapi matlamat tetap sama :)

    kak amie hari ni masa apa? mesti sedap..TQVM pasal blog mieza di ruangan ben ashaari tu..really appreciate it..TQ Mmuuahss :)

    BalasPadam
  8. salam amie
    ehh... kt belah pantai timur pn ada kuih ni amie.. kami pnggil kuih tepong pasung... mmg sdap lmk2 mnis mcm tepong pelita.. tak sangka kat sana pn ada & nama pun dah seakan sama

    BalasPadam
  9. Yang ummi paling suka blog Amie ni, tiap kuih ada kisah disebaliknya, info yg menarik yg dapat dikongsi bersama...

    BalasPadam
  10. Lady Ayu,
    jakun sekarang ni jakun moden tau... hi hi hiii.. kuih tradisional begini memang jarang kita jumpa kecuali dalam kensuri-kendara atau majlis & perayaan tertentu...

    BalasPadam
  11. Kak Rosa,
    betul tu... alhamdulillah adat & istiadat yang tidak bertentangan dengan akidah dikekalkan, yang lain tu ditinggalkan .....

    BalasPadam
  12. Noname,
    he he he...iyolah tu...kena baca 2 kali ye...

    Habshah,
    rasanya lemak manis, memang ada rasa tepung pelita...sesuailah tu, sebab kata suami pasung dalam pengertian masyarakat mereka ialah lampu/lentera

    BalasPadam
  13. Mieza cayanggg,
    kuih ni boleh dibuat & dimakan bila-bila masa, cuma bergantung pada rajin atau tidak, kakak sendiri tak pandai buat... he hehheh tahu makan saja, tidak semestinya dibuat waktu bulan puasa, cuma ia sangat istimewa pada malam pasung untuk dijadikan bahan bertukar-tukar sesama mereka (masyarakat Cocos)

    BalasPadam
  14. Madiha,
    agaknya samalah beradik atau sepupu dengan tepung pelita, sebab rasanya pun seakan sama... lagi satu kata suami pasung tu maknanya dalam bahasa mereka ialah lampu atau lantera yang dipasang di malam yang gelap tiada bulan iaitu malam 21 Ramadhan

    BalasPadam
  15. Ummi,
    alhamdulillah dapat kongsi pengetahuan pelbagai budaya, ehemmmm... agaknya menepati tak dengan kepala blog Amie tu... The Story of Amie's Little Kitchen... dari dapur pun banyak ceritanya ye Ummi.

    BalasPadam
  16. firts time dengar perkataan malam pasung. Kalau tak baca kat sini tak tahu pun apa maksudnya...bagus betul untuk mengeratkan hubungan sesama jiran..

    BalasPadam
  17. Mela,
    ada maksud tersirat di sebalik perkataan yang tersueat...

    Whitecappucino,
    betullah... sama rupanya kan...

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. ssalamualaikum...nak tanya...masyarakat Cocos masyarakat negeri mana ye? kenapa kuih nie warna warni...ada resepi x? kalau x menyusahkan, boleh x rakam cara penyediaan... :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe