Mee Kari Kerang

9:41 PTG

Petang tadi lewat sampai rumah. Rasanya macam tak sempat nak sediakan juadah puasa buat hari yang ke 21 ini. Sampai depan pintu pagar, suami telefon... tanya nak masak apa untuk buka puasa petang ini. Amie jawab... entahlah...(dengan nada letih... memang letih pun). Goreng mee sajalah.... kata suami. Ya Allah.... hari-hari dia nak makan mee. Mee goreng lagi! Mummy buat mee kari ya..... tiba-tiba Amie menyahut tanpa memikirkan apa keperluan untuk mee kari. Amie tahu, mee kari merupakan menu kedua kegemarannya selepas mee goreng. Ada bahan yang nak dibeli? Tanyanya di hujung telefon. Amie pun sebutlah satu persatu bahan yang perlu ada ..... Selepas Amie solat Asar, jam menunjukkan angka 5 petang. Hari ini buka puasa pukul 6.19 petang. Nampaknya di atas meja di dapur sudah tersedia pelbagai bahan segar yang baru dibeli suami. Apalagi.... operasi pun bermula.... dan yang paling seronok, sebab ada kerang! Lama sangat tak makan kerang! Bukan senang nak jumpa kerang di Lahad Datu....


Jom jemput makan sepinggan/ semangkuk  seorang. Yang di bawah ni belum bubuh kuah lagi.



Kali ini Amie rebus-rebus saja semua bahan aksesori termasuk udang, ayam, dan kerang serta fish cake. Ini disebabkan kesuntukan masa dan capai mana yang ada di depan mata. Sepanjang Ramadhan ini Amie sudah buat 2 kali mee kari termasuk yang ini. Seperti biasa, Amie tidak gunakan santan sebaliknya gantikan dengan tomato dalam kuah kari.



Oleh kerana ramai yang belum biasa makan dengan kuah kari tanpa santan, di bawah ni Amie sediakan mee kosong tanpa kuah... he he heee... boleh buat pilihan, nak kuah kari Amie atau kuah kari bersantan.  Kalau nak yang bersantan, boleh bawa sepinggan/semangkuk seorang mee di bawah ni ye.... hehehhhhhhheeee


Oleh sebab tuan dapur sekarang ni tersangat letih, minta diri dulu untuk beradu seketika. Ada masa nanti Amie tuliskan resepinya ye....Selamat berpuasa untuk hari yang seterusnya.....

Wokey.... nampaknya pagi ini selepas bangkit dari beradu, Amie sempat tuliskan resepi Mee Kari Kerang tanpa santan ini.

Bahan-bahan:
1 kg gram  mee kuning - celur, cuci dan toskan
400 gram daging ayam - rebus dan potong-potong
15 ekor udang kertas - celur
2 keping fish cake - celur dan hiris-hiris
1 cawan isi kerang kerang  yang telah dikupas
5 keping tauhu kering - potong nipis
1 cawan taugeh
5 biji telur - rebus dan belah 2
5 biji limau kasturi
daun sup
bawang goreng
hirisan lada merah

Bahan untuk kuah:
7 sudu serbuk kari daging
2 sudu lada kisar
2 pelepah daun kari
5 biji tomato - belah 4
5 biji bawang merah - tumbuk
3 keping asam gelugur
5 biji bawang putih - tumbuk
3cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
serbuk pati ayam / garam dan gula secukup rasa
minyak
1.5 liter air (Amie guna air rebusan ayam dan udang)

Bahan untuk sambal kicap:
10 biji cili padi
3 biji bawang putih
4 biji limau kasturi - ambil jusnya
4 sudu kicap manis Cap Kipas Udang
~tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga lumat, kemudian campurkan dengan kicap dan perahkan limau kasturi~

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk, lada kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
2. Masukkan tomato, dan daun kari serta asam gelugur. Biarkan tomato layu seketika.
3. Masukkan serbuk kari dan gaul rata.
4. Masukkan air dan biarkan merenih sehingga tomato hancur.
5. Perasakan dengan serbuk  pati ayam atau garam dan gula.
6. Letakkan mee kuning  di atas pinggan / mangkuk. Susun kepingan ayam, kerang, udangtelur rebus, tauhu kering dan lain-lain.
7. Tuangkan kuah ke atasnya dan hiaskan dengan daun sup serta bawang goreng.
8. Jika suka pedas, tambahkan sambal kicap sewaktu menikmatinya.
 

24 comments

  1. wah terlihat enak Amie..;) jadi lapar mendadak :D

    BalasPadam
  2. Elsye,
    silakan mbak... jangan malu-malu ah....

    BalasPadam
  3. hehe selamat beradu, ummi nak bawa lari mee kari ni semangkuk..

    BalasPadam
  4. nnt boley try boh santan rasa mcm mana plak....kerang OMG bertahun tak makan sebab sini mmg x dak kerang...terjah sini mmg kena sediakan tisu sbb selalu buat ayaq lioq meleleh jer ngeee :-p

    BalasPadam
  5. waduhhh kerang feberet sy kak amie wuwuwu....

    BalasPadam
  6. salam kak..seronoknya duk sana...boleh berbuka awal...hehhehe...fav saya jugak nih mee kari...tapi tak berkesempatan lagi nak cuba mee kari style akak nih..tak letak santan....raya nanti kot...heheheh

    BalasPadam
  7. kak amie...baru hari tu makan moreh mee kari di surau sekolah...hilang sikit kempunan tu. sy kurang pasti pasal ni. org sabah ni memang suke berbuka dengan mee goreng ye? students kat sini pon ada cakap, di rumah diorg, setiap hari berbuka mesti ada mee goreng.

    BalasPadam
  8. uish.. meriahnya mee kari akak!! sini xde kerang. cedih..

    BalasPadam
  9. Cekap akak masak.:) sekejap dah siap tentu sedap sebab guna kerang..

    Biskut akak bwah tu pun menarik... Kita mesti Kreatif betul tu kak

    BalasPadam
  10. Fuh..dalam masa yg pendek pun kak amie sempat buat semua nih ? tabik spring lahh..kalau saya..mau berselerak satu dapur..

    BalasPadam
  11. terus rasa nak buat mee kari petang ni.. he..he.. klu kat rumah saya pun makan mee kari mesti nak ada sambal kicap tu.. sedap.. lepas ni boleh cuba buat kari tanpa santan macam akak ni.. tentu lagi sihat..

    BalasPadam
  12. kak amie cayangggggg...zalimnyer tunjukkan mee kari kerang kegemaran mieza yg sangat sedap ni kak...nak kak semangkuk alahaiiii sukanya mee kari! yg tak tahan tu sebab ada kerang...isk isk sib bek tak pegnant..kalo tak mahu meleleh air liur anak dalam perut..huhuhu terus diri ini kelaparan kak amie

    BalasPadam
  13. Ummi,
    nak bawa lari ke mana mee kari semangku tu... baik-baik jatuh ye... he hehehh

    BalasPadam
  14. Lady Ayu,
    Kak Amie tak sabar nak balik kampung nak makan kerang, di sini pun susah nak jumpa kerang tapi kelmarin ada pulak kerang... apa lagi, pulun habis!

    Hanis,
    sama-samalah kita ni peminat kerang ye...

    BalasPadam
  15. Quinnie,
    resepi ini kakak dapat dari saudara angkat (pengusaha 2 buah restoran makan di Pelabuhan Kelang), tu yang buat kakak berani publish tu....

    BalasPadam
  16. Nani,
    kalau boleh hari-hari dia nak mee goreng, tu pasal kakak kena fikir menu lain berasaskan mee, mee hoon dan yang sewaktu dengannya, dia tak jemu makan.... kakak yang tak ada selera...kalau hari-hari mengadap mee goreng!

    BalasPadam
  17. Asmara,
    siannya dia... tak ada kerang ye, kakak pun sekali-sekala je jumpa kerang di sini, balik kampung nanti nak makan kerang puas-puas!

    BalasPadam
  18. Juwita,
    memang kena jadi lipas kudunglah Ita, bantai saja mana yang dapat, hi hi hiii..

    snow almond tu sedap tau Ita, cubalah... tangan Ita tak keras kejung macam tangan kakak, mesti cantik molek kejadiannya nanti... he hehehh

    BalasPadam
  19. sama lagi menu kita yer....tpi kerang nye je yang sama...
    ada balance lagi tak...? nak minta kuah ...

    BalasPadam
  20. Mela,
    he he he... inilah hidup kak Amie, berlari setiap hari mengejar waktu, tak dapat yang lain tak pe, yang penting dapat masak...


    Hanis,
    bubuh tomato lebih sikit ye supaya lebih pekat dik... selamat mencuba!

    BalasPadam
  21. Hai Mieza cayangggggg...,
    petang kelmarin kita sembang nak masak apa ye, dah ...kak Amie dah siap masak mee kari, ada tu semangkuk untuk Mieza... lap liur tuuuu... hi hi hiii

    BalasPadam
  22. Ucu,
    boleh sangat.... ambillah berapa banyak kuah yang Ucu suka, cuma bezanya kuah kakak tak lemak bersantan ye dik Ucu cayanggg...

    BalasPadam
  23. erghhh.. apa pulak menu hari ni? tengok lauk camni rasa lapa gile

    BalasPadam
  24. mykhalis,
    jemput makan... jangan segan malu... buat macam dapur sendiri...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe