Assalamualaikum rakan-rakan pengunjung yang dihargai. Masih ingat tak lagi tentang Malam Ketupat dalam masyarakat Melayu Cocos sempena malam ke 15 umat Islam berpuasa yang pernah Amie paparkan minggu lepas. Selain Malam Ketupat, ada satu lagi malam istimewa dalam masyarakat Melayu Cocos iaitu Malam Pasung. Sambutan Malam Pasung sama juga seperti Malam Ketupat, dan yang membezakannya ialah Malam Pasung diadakan pada malam ke 21 Ramadhan. Biasanya kita panggil Malam 7 Likur, Malam Selikur, Malam 2 Likur dan seterusnya.
Selepas menunaikan solat terawih, mereka mengeluarkan kuih pasung masing-masing dan akan bertukar kuih pasung sesama mereka untuk dibawa pulang. Kuih pasung yang warna hijau di atas tu sangat sedap, ada rasa pandan. Ia diperbuat daripada tepung beras dan juga santan kelapa. Kemudian dikukus.
Ada simboliknya Kuih Pasung dengan Malam Pasung ini. Kalau dilihat dari segi bentuk kelongsongnya, menurut sebelah suami.... ia merupakan bentuk bulan penuh (di bahagian atas) dan terus mengecil di bawah menandakan menghilangnya bulan. Malam Pasung dikatakan malam menghilangnya bulan, dan pasung yang mereka maksudkan ialah pelita yang digunakan menerangi malam yang gelap. Apa pun, acara bertukar-tukar kuih pasung selepas solat terawih lebih bertjuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan. Itu sebab kuih ini lain-lain benutknya,ada yang panjang dan ada yang pendek sebab datangnya pun dari rumah yang berlainan. Emmmm... resepinya? He he he...minta maaf sayangggg..... Amie tak pernah buat, tak boleh bayangkan macamanan cara kuih ini dikukus. Semua yang sediakan ipar dan ibu-ibu saudara di kampung. Amie hanya bercerita saja, sebab kuih pasung ini sudah dibawa masuk ke dapur Amie malam tadi.... sekadar satu perkongsian budaya dari The Story of Amie's Little Kitchen.
nani mcm pernah makan kuih ni...tp lupa dah dalam majlis apa..yg pastinya, kuih ni sedap...rasa lemak2 santan dan tepung beras tu..orang sungai di sini takdela pulak yang buat kuih2 mcm ni..
BalasPadamNani,
BalasPadamini salah satu kuih tradisi orang Cocos, orang Sungai pun ada kuih tradisi mereka sendiri...
cheq jakun x pernah tgk pow apatah merasa uwaaaa.....sila la simpati kat cheq ni
BalasPadamassalam amie, banyak dapat belajar ya adat istiadat, mkn bila kita di tempat org kan...kalo kat tmpt kita tak ada buat apa kan mlm 7 likur tu, hanya pasang pelita je,
BalasPadamingatkan kena pancung ke atau masuk penjara ke! rupanya kuih..he..he..
BalasPadamrasa mcm tepung pelita ke kak?nmpk sedap :)
BalasPadamkak amie cayanggggg..bertemu lagi..mieza tak penah makan rasanya kuih pasung ni..pasti sedap kan kak..kuih ni cuma dibuat di bulan puasa je ke kak? ke kalau tak puasa pun masih ada dijual dikedai2..seronok pula baca cerita pasal tradisi org sana..lain cara tapi matlamat tetap sama :)
BalasPadamkak amie hari ni masa apa? mesti sedap..TQVM pasal blog mieza di ruangan ben ashaari tu..really appreciate it..TQ Mmuuahss :)
salam amie
BalasPadamehh... kt belah pantai timur pn ada kuih ni amie.. kami pnggil kuih tepong pasung... mmg sdap lmk2 mnis mcm tepong pelita.. tak sangka kat sana pn ada & nama pun dah seakan sama
Yang ummi paling suka blog Amie ni, tiap kuih ada kisah disebaliknya, info yg menarik yg dapat dikongsi bersama...
BalasPadamLady Ayu,
BalasPadamjakun sekarang ni jakun moden tau... hi hi hiii.. kuih tradisional begini memang jarang kita jumpa kecuali dalam kensuri-kendara atau majlis & perayaan tertentu...
Kak Rosa,
BalasPadambetul tu... alhamdulillah adat & istiadat yang tidak bertentangan dengan akidah dikekalkan, yang lain tu ditinggalkan .....
Noname,
BalasPadamhe he he...iyolah tu...kena baca 2 kali ye...
Habshah,
rasanya lemak manis, memang ada rasa tepung pelita...sesuailah tu, sebab kata suami pasung dalam pengertian masyarakat mereka ialah lampu/lentera
Mieza cayanggg,
BalasPadamkuih ni boleh dibuat & dimakan bila-bila masa, cuma bergantung pada rajin atau tidak, kakak sendiri tak pandai buat... he hehheh tahu makan saja, tidak semestinya dibuat waktu bulan puasa, cuma ia sangat istimewa pada malam pasung untuk dijadikan bahan bertukar-tukar sesama mereka (masyarakat Cocos)
Madiha,
BalasPadamagaknya samalah beradik atau sepupu dengan tepung pelita, sebab rasanya pun seakan sama... lagi satu kata suami pasung tu maknanya dalam bahasa mereka ialah lampu atau lantera yang dipasang di malam yang gelap tiada bulan iaitu malam 21 Ramadhan
Ummi,
BalasPadamalhamdulillah dapat kongsi pengetahuan pelbagai budaya, ehemmmm... agaknya menepati tak dengan kepala blog Amie tu... The Story of Amie's Little Kitchen... dari dapur pun banyak ceritanya ye Ummi.
firts time dengar perkataan malam pasung. Kalau tak baca kat sini tak tahu pun apa maksudnya...bagus betul untuk mengeratkan hubungan sesama jiran..
BalasPadammacam kuih serunai la
BalasPadamMela,
BalasPadamada maksud tersirat di sebalik perkataan yang tersueat...
Whitecappucino,
betullah... sama rupanya kan...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamssalamualaikum...nak tanya...masyarakat Cocos masyarakat negeri mana ye? kenapa kuih nie warna warni...ada resepi x? kalau x menyusahkan, boleh x rakam cara penyediaan... :)
BalasPadam