Dragon Fruit & Strawberry Smoothie
10:03 PTGTak terasa masa berlalu dengan begitu pantas. Hari ini sudah masuk hari ke 19 kita berpuasa. Anak-anak pun tidak cerewet memilih juadah sama ada waktu berbuka atau bersahur. Apa yang Amie masak itulah yang mereka makan tanpa banyak soal. Cuma suami sahajalah yang sering mengingatkan Amie supaya masakkan mee untuknya! Setiap petang memang tugas suami menyediakan minuman, biasanya 2 jenis... satu jus buah dan satu lagi air teh panas. Petang tadi Amie sempat sediakan Dragon Fruit & Strawberry Smoothie untuk hidangan berbuka seisi keluarga.
Bahan-bahan:
1 biji buah naga -500 gram
200 ml Bliss Minuman Yogurt Rendah Lemak - Strawberry
6 biji buah strawberry
1 sudu gula pasir
20ml air
Cara:
1. Kisar strawberry dengan 1 sudu gula pasir bersama 20ml air. Ketepikan.
2. Kisar buah naga (dragon fruit) bersama Bliss Minuman Yogurt Rendah Lemak - Amie pilih perisa strawberry.
3. Tuangkan buah naga yang dikisar tadi ke dalam gelas sehingga paras 3/4.
4. Tuangkan sedikit strawberry kisar ke atas buah naga kisar tadi.
5. Hiaskan dengan hirisan strawberry.
Boleh pilih yang atas atau yang di bawah. Dua-dua sedap, tapi kalau tak suka rasa jus strawberry ambillah yang di bawah....
8 comments
Sedapnyer akak terang sungguh rona air itew
BalasPadamKenapa rasa n3 ni lmbt di publish ek
Sbb baca akak Nak msk asam pedas ikan pari buat berbuka itew yg agak pelik ngeee
Tapy asam pedas tu mmg fav cheq la hahaha
Amie ummi datang membasahkan tekak, nyamannya air ni
BalasPadammasam masam manis...sure sedap di tekak kan amie.
BalasPadamAnak2 akak suka sgt dengan segala macam smoothie, lassi dan ais blanded :)
salam kak sedapnya kak air tu... lama tak makan dragon fruit .. yum yum
BalasPadamLady Ayu,
BalasPadammemang sedap dik, lain kali nak buat lagi.
Ummiross,
sila... silakan Ummi, ambillah yang disukai..
Kasih,
dragon fruit itu memang sedap, segar & manis...
Juwita,
jom minum Ita...
sungguh sejuk dipandang apatah lagi bila dihirup nanti kak
BalasPadamIda,
BalasPadambetul Ida... mehlah minum seteguk...
minum time sejuk2 tu memang syiok!
BalasPadam