Serunding Udang

10:11 PTG

Sewaktu Amie kemas-kemas longgokan majalah dalam keadaan pening-pening lalat petang tadi, Amie terbaca resepi Serunding Udang di dalam majalah SAJI keluaran Oktober 2008. Amie rasa tertarik sebab bahan yang digunakan bukan udang kering tetapi ditambah dengan udang basah. Amie ambil idea masakan itu tapi Amie ubahsuai ikut kreativiti sendiri. Amie memang suka makan serunding terutama hasil air tangan bonda. Kali terakhir Amie makan serunding kerang kiriman bonda dari kampung melalui kakak Amie yang berkunjung ke Sabah ialah pada tahun lepas. Itulah salah satu makanan tradisi orang kampung Amie sejak turun temurun.... terkenal bukan sahaja di majlis kenduri selamat dan kenduri kahwin tetapi juga dihidangkan sewaktu menyambut hari raya. Bonda pernah perturunkan resepi serundingnya kepada Amie, dan memang Amie akui, cukup sempurna segala rempah-rempahnya. Bezanya, dalam buku resepi SAJI semua bahan dikisar halus, tapi ada bahagian tertentu Amie kekalkan cara masakan Bonda. Misalnya ketumbar, jintan putih dan jintan manis....pesan bonda, jangan kisar halus, tak ada rasa...katanya. Tumbuk kasar-kasar saja.... iyalah bonda, kalau bonda buat rempeyek kacang dhal atau kacang hijau pun memang rempahnya ditumbuk kasar, merasa di lidah kita semasa memakannya....sedappppp.... baru tadi telefon bonda, tanya dah minum susu ke belum...... bonda pula tanya.... Amie sakit ke...macam lain bunyi suara tu....oh Bonda, di mana aku atau kau berada, kau tetap dihatiku kerana aku juga ada di hatimu...



Sebenarnya serunding udang yang Amie masak di atas bukan betul-betul kering sebagaimana yang bonda buat hingga tahan berminggu-minggu lamanya. Amie singkatkan waktu memasaknya dan jadilah serunding basah....

Bahan-bahan:
400 gram udang basah
1/2 cawan santan pekat
4 sudu serbuk kari
garam & gula
minyak

Bahan kisar:
10 biji lada kering
10 biji bawang putih
10 biji bawang merah
5 batang serai

Bahan ditumbuk kasar:
1 cawan udang kering
1 cawan kelapa parut
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu ketumbar

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis semua bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari dan semua bahan yang ditumbuk kasar.
3. Masukkan santan diikuti dengan udang basah.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Kacau selalu supaya tidak hangus.
6. Serunding tidak perlu dimasak sampai betul-betul garing.
7. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

2 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe