Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung

9:37 PTG

Assalamualaikum semua, semoga sihat hendaknya. Nampaknya buat sementara waktu dapur Amie tidak berasap, apa pun 'bekalan' masakan tetap ada... buka sajalah 'tudung periuk' dan pilihlah mana-mana yang berkenan ikut selera masing2... he he he... Sebenarnya, lusa Amie nak terbang dah, transit KL tengahmalam Sabtu, dan pagi2 lagi sambung terbang ke Jakarta. Esok, lusa dan sepanjang minggu depan tak dapatlah nak update blog, maklum nak mula berkemas2 buat persiapan untuk bercuti. Harap2 sampai Jakarta nanti, banyaklah resepi yang boleh Amie pelajari.... eh..ehhh, macam nak menuntut ilmu masak memasak pulak dah. Tak adalah.... tapi orang kata di negara jiran kita tu banyak makanan yang enak2. Nanti Amie'tapau' sikit untuk rakan2 setia yang sudi berkunjung ke dapur Amie. Apa pun, petang tadi Amie sempat masak untuk hidangan malam, ikan jenahak masak lemak cili padi dan Amie tambah dengan rebung. Selalunya rupa rebung bulat-bulat tapi rebung Amie dicincang saja, lebihan rebung betung yang kawan Amie bagi hari tu...



Bahan-bahan:
2 keping ikan jenahak
1 cawan rebung
200ml santan
2 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur
1 sudu teh serbuk kunyit
minyak
garam & gula

Bahan tumbuk: (jangan terlalu lumat)
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
15 biji cili padi
1.5cm belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan rebung dan serbuk kunyit. Masak seketika.
3. Masukkan santan dan ikan jenahak serta asam gelugur.
4. Masak jangan terlalu lama kerana isi ikan jenahak sangat lembut.
5. Masukkan garam dan gula.
6. Bila sudah elok masaknya, angkat dan hidangkan.

8 comments

  1. sedapnya.. lagi2 sbb ada rebung. dah lama x balik kampung. kalau balik kg, mak slalu masakkn rebung..

    BalasPadam
  2. rebung mmg sedap lbh2 lg yg manis... kalah umbut kelapa dik

    BalasPadam
  3. mau belajar masak ni.salam kenal n folllowback yah!

    BalasPadam
  4. kak amie..ajarkan nora masak asam pedas ikan pari yang best punya..

    selama ni masak biasa je..tak pekat mana pun..

    dan..nora tak pernah makan ikan pari..tapi hubby minta asam pedas ikan pari...waaaaa...tolong ek..

    BalasPadam
  5. wanida suka sangat rebung tapi tak pernah masak sebab hubby tak suka....

    BalasPadam
  6. wage, thanks follow me, nanti i follow u back

    BalasPadam
  7. hai nora, asam pedas ikan pari yg pernah amie makan paling sedap... asam pedas melaka, berlinang2 kuahnya...

    BalasPadam
  8. wahida, amie ada sorg kawan, suaminya tak suka sotong, bila dia teringin makan sotong, amie tolong masak utk dia dan bawa ke sekolah makan sama2, he he

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe