Fillet Tuna Panggang

8:38 PTG

Biasanya Amie gunakan ikan tuna sebagai lauk nasi kuning. Nasi kuning di tempat Amie bukan bermaksud 'pulut kuning'....  cara masak sama seperti nasi lemak tetapi ditambah kunyit, jadi warnanya pun kuning. Lauknya pula tidak sama seperti lauk nasi lemak tradisional yang memerlukan telur, kacang tanah, sambal ikan bilis dan timun. Lauk nasi kuning selalunya terdiri daripada sambal telur, sambal ikan terutamanya ikan tuna, ikan kayu, ikan layar atau ikan tenggiri. Ada juga yang menjadikan sambal ikan kembung atau ikan basung sebagai lauk. Sebenarnya, boleh dikatakan seringkali Amie bersarapan nasi kuning kerana di sini jarang ada nasi lemak. Eh... cerita pasal nasi kuning pula, terlupa maksud asal untuk memperkenalkan resepi Amie .... ikan tuna panggang.


Bahan-bahan:
1 keping isi ikan tuna seberat 500 gram
5 kuntum snow jelly fu (rendam)
2 batang lobak merah kecil (potong 4 dan belah 2)
1 kuntum brokoli (potong 10)
2 sudu sos BBQ
1 sudu Perisa Lea & Perrins Worcestershire Sauce
4 biji bawang putih (tumbuk)
3cm halia muda (tumbuk)
1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
1 sudu serbuk pati ikan bilis

Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, lada hitam, dan sos BBQ.
2. Lumurkan bahan tadi ke seluruh fillet ikan tuna.
3. Susun  snow jelly fu di atas dulang pengukus. Letakkan fillet ikan tuna di atasnya.
4. Susun lobak di sekeliling fillet ikan tuna.
5. Taburkan serbuk pati ikan bilis dan renjiskan Perisa Lea & Perrins di atas fillet.
6. Panggang dalam kuali serba guna hingga hampir masak, dan masukkan brokoli.
7. Apabila fillet ikan tuna telah masak, keluarkan dan letakkan di atas pinggan.
8. Lebihan kuah fillet ikan di dalam kuali, bolehlah dicampur dengan sedikit sos kesukaan anda, campurkan dengan sedikit lada, dan bancuhan tepung jagung.
9. Tuangkan di atas ikan tuna panggang.
10. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe