Resipi Yong Tau Foo Kuah Sedap dengan Kuah Hitam dan Kuah Merah

10:20 PG

Menu berbuka puasa dengan yong tau foo ini Amie buat minggu lepas, tapi baru sempat dijadikan paparan pada hari ini. Kalau dah hampir sangat waktu berbuka baru siap masak, memang kadang-kadang tak sempat ambil gambar. Untuk hidangan yong tau foo kali ini, Amie tambahkan beberapa bahan hasil air tangan sendiri seperti chee cheong fun (kuey teow gulung), kacang bendi, cili, terung dan sotong sumbat isi ikan.

Resipi Yong Tau Foo Kuah Sedap dengan Kuah Hitam dan Kuah Merah
Pelbagai bahan boleh digunakan untuk dihidangkan, dan yang terpenting sekali sudah tentulah kuah yong tau foo. Gambar di bawah ini merupakan yong tau foo yang Amie sediakan untuk berbuka puasa pada tahun sebelumnya. Boleh klik di sini untuk melihat resipinya : Yong Tau Foo & Kuah Sedap! Amie kongsikan resipi kuah yong tau foo daripada Emy Haznida.

 Resipi Yong Tau Foo Kuah Sedap dengan Kuah Hitam dan Kuah Merah
 Ada dua jenis kuah yang perlu disediakan iaitu Kuah Hitam dan Kuah Merah.
Kali ini Amie ubahsuai sedikit resipi kuah tersebut.

Resipi Yong Tau Foo Kuah Sedap dengan Kuah Hitam dan Kuah Merah
Antara bahan yang menjadi keluarga yong tau foo kami termasuklah salmon fish ball, taro fish ball, udang, sotong ball dan sebagainya.

Resipi Yong Tau Foo Kuah Sedap dengan Kuah Hitam dan Kuah Merah
 Jom kita lihat resipi Kuah Hitam di bawah ini.

Resipi Yong Tau Foo Kuah Sedap dengan Kuah Hitam dan Kuah Merah
Bahan-bahan untuk Kuah Hitam:

2 sudu besar taucu
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar gula kabung
3 cawan air

Cara:
1. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
2. Masak di atas api sehingga mendidih dan hampir pekat.
Resipi Yong Tau Foo Kuah Sedap dengan Kuah Hitam dan Kuah Merah
Bahan-bahan untuk Kuah Merah:

1/2 cawan kacang tanah - goreng - kisar halus
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
3 cawan air
garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan lain :
2 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar cili kisar (jika ingin lebih pedas tambahkan cili padi)
3 sudu besar minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama cili kisar.
2. Setelah terbit minyak, masukkan semua bahan yang lain. 
3. Masak sehingga kuah mendidih dan menjadi sedikit pekat.

Resipi Yong Tau Foo Kuah Sedap dengan Kuah Hitam dan Kuah Merah
Apabila Kuah Hitam dan Kuah Merah sudah siap, bolehlah kita hidangkan bersama bahan-bahan yang lain. Jika ada kacang tanah goreng lebihan, bolehlah tumbuk dan tabur di atasnya bersama bijan yang telah disangai terlebih dahulu.

Resipi Yong Tau Foo Kuah Sedap dengan Kuah Hitam dan Kuah Merah
Yong Tau Foo, menu kegemaran kami sekeluarga. Kalau balik kampung memang tak akan lepaskan peluang membelinya di pasar malam. Jarang Amie jumpa yong tau foo di LD. Pernah sekali terjumpa di pasar tani. Amie beli dan bawa pulang. Sedapnya! Selain kuah hitam dan kuah merah, ada sambal cili padi dengan bawang putih! Siap dengan limau kasturi lagi! Lain kali kalau rajin buat yong tau foo lagi, Amie akan sediakan juga sambal yang sama seperti yang Amie pernah beli di pasar tani LD.

Resipi Yong Tau Foo Kuah Sedap dengan Kuah Hitam dan Kuah Merah
Menyediakan yong tau foo tidaklah rumit sangat, tapi jarang sangat Amie buat walaupun sebenarnya selalu rasa nak makan!

6 comments

  1. fuhhhh mantap sangat kak, kalah kat kedai...
    macam-macam pilihan sangat nih..

    nak save lah resepi kot teringin nk buat sos nya nnti

    BalasPadam
  2. Tq Kak Amie...lama dh cari resipi yong tau foo mcm kat Malaya...nanti nak try resipi akak nie...

    BalasPadam
  3. sedapnya yong tau fu. biasa beli kat pasara malam je. nak membuatnya belum lagi rajin. kalau rajin nanti bolehlah jengah blog akak ni tengok resepi

    BalasPadam
  4. Dana,
    puas hati buat sendiri, cuma kena rajin sediakan kuah jew.

    Ujie,
    terima kasih.

    BalasPadam
  5. Helen,
    silakan.

    Azhafizah,
    silakan cuba ye.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe