Malam Buffet Jordan di Rawa Hotel Suites
1:38 PTGBiasanya hotel menyediakan hidangan gabungan makanan tradisional negara mereka dan juga menu antarabangsa. Kami juga beberapa kali dihidangkan dengan nasi maqluba atau nasi terbalik. Kalau mezze atau hidangan pembuka memang Amie sudah kenal rapat seperti hummus, mutabbal atau baba ghanous, falafel, salad tabbouleh dan roti Arab atau khbuz.
Bagi Amie inilah peluang dan masanya untuk berkenalan dengan hidangan negara lain. Firdaus lebih suka kentang dan ayam panggang. Itulah yang diambil berkali-kali.
Alhamdulillah.
Banyak pilihan makanan yang tersedia. Pilih sahajalah mana yang berkenan ikut selera masing-masing. Nikmat Allah manakah lagi yang kita hendak dustakan.
| Botol berisi kicap, pelbagai jenis sos, madu, cuka dan sebagainya bukan sebagai hiasan, tetapi kami boleh ambil dan bawa botol pilihan ke meja makan masing-masing sebagai penambah rasa. |
| Suka rasan tomato ceri, manis! |
| Salad Jagung & Zaitun |
| Salad Bit & Kubis Ungu |
| Crissini |
| Ambil serba sedikit baked penne, falafel, kentang panggang dan beef stroganoff. |
| Terakhir, Amie ambil ayam panggang, salad bit, yogurt, salad jagung dan zaitun serta warak enab atau dolma |
8 comments
Rambang mata tengok buffet hidangan macam2 ada.
BalasPadamHidangan terakhir paling menarik. Sy pernah tengok vtt warga Filastin masak makanan dibalut dgn daun anggur. Rezeki Kak Amie dapat merasa
BalasPadamUishhh sedap2 ni Amie. Terliur. Orang Jordan pun suka makan cili hijau tu buat ulam ya....orang turki makan tu dengan nasi jugak.
BalasPadamNampak sedap semua yang akak ambil gambar, menu akak tu pun nampak sedap. Kayu manis tu menggoda nasib la akak nampak orang makan kalau tak ingatkan hiasan je hehehe. Ingatkan botol2 sos tu hiasan tapi boleh ambil rupanya untuk buat makan.
BalasPadamBila pergi negara orang, kenalah rasa local food sana kan. Terkejut jugak orang arab ni makan ayam sekor utk dia je. Buah citrus pun 25 biji sehari. Kita yg baca ni rasa nak meletop perut 🤣
BalasPadamSedapnya semua menu yg disediakan..
Inilah kenapa saya paksa anak saya utk makan apapun. Sebab saat traveling belum tentu mereka bisa dpt apa yg Dimau. Anak saya yg sulung lebih suka makanan western. Sementara yg bungsu hrs ada nasi. Tp saat traveling, mereka wajib makan apa yg ada 😄.
BalasPadamSaya kalau kesana pasti sukaaa makanannya, apalagi salad banyaaaak.
Tapi utk salad beetroot memang tak akan sentuh kak Amie. Pernah coba di Azerbaijan, tak tertelan. Saya tak sanggub aroma dan rasa dia yg langu .
Memanglah orang2 arab dan eropa ini besar2 sebab mereka banyak makan protein dan susu. Itu yg buat besar. Beda dengan asia yg masih mengutamakan Karbohidrat 😅😅.
Firtly nak ambil buah2an..lepas tu nak ambil menu lain..wah..kenyang sarapan ni ..alhamdulillah.
BalasPadambanyak betul pilihan makanan yg disediakan
BalasPadamcrissini tu sy pernah jumpa masa gi mesir tp saiznya pendek sikit...