Iftar 7 Ramadan 1447H - Nasi Lauk Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak
8:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Juadah berbuka puasa hari ketujuh ini, Amie hidangkan nasi. Inilah kali pertama berbuka nasi sepanjang bulan puasa ini. Teringin sangat hendak makan nasi lauk asam pedas ikan.
Biasanya kalau Amie masak asam pedas, selalu terdengar jiran sebelah bersin. Petang tadi tidak pula kedengaran bersinnya. Rupanya Amie tidak buka tingkap dapur. Sebaik sahaja Amie selak tingkap, terus terdengar bersin sebanyak tiga kali berturut-turut dari rumah jiran sebelah. Maknanya menjadilah asam pedasnya.... ahaks!
| Nasi Lauk Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak |
| Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak |
Amie masak tujuh kepingan bahagian kepala ikan jenahak. Bakinya boleh dipanaskan semula untuk sahur. Kuahnya pula kalau lebih, boleh disimpan dan dijadikan pencecah lempeng atau cucur waktu berbuka esok petang.
Kita suka bahagian kepala ikan sebab nak makan mata dan pipinya!
Kita goreng dua keping ikan sebelah. Ikan ini memang saiz besar dan sudah dipotong-potong sewaktu beli. Oleh kerana Firdaus suka makan ikan goreng berempah, kita pun lumur dengan sedikit rempah dan goreng bersama daun kari.
Bahagian isi ikan goreng sebelah ini habis dimakan oleh Firdaus, Fairuz dan Encik Suami.
Ada baki sekeping, bolehlah dibuat lauk makan sahur esok pagi.
Amie goreng seafood wantan. Sayangnya terpele'ot semua rupa bentuknya apabila dikeluarkan dari bungkusan. Tapi, ini jugalah yang habis licin terlebih dahulu berbanding juadah berbuka puasa lain.
Menu wajib, salad campur.
Seperti biasa Amie hiriskan daun salad lettuce, dan gaul dengan Kewpie Sesama Dressing. Kemudian Amie tambahkan hirisan jagung rebus, buah blueberry, tomato ceri dan kacang gajus.
| Salad ini pun licin juga! |
| Roti Jala & Kari Ayam |
Beberapa minit sebelum berbuka puasa, Fairuz pulang dari kerja membawa roti jala, takoyaki dan air tebu. bertambahlah menu juadah kami hari ini. Alhamdulillah.
| Takoyaki |
Apa juadah berbuka puasa kawan-kawan hari ini?
13 comments
Meriahnya menu berbuka kak Amie. Semuanya menyelerakan.
BalasPadamAlhamdulillah, nampak sedap2 belaka.
BalasPadamSelamat berbuka puasa.
Meriahnya kak amie! Tergelak saya bila kak amie bagi tahu bila buka tingkap jiran terus bersin hahahaha
BalasPadamWaaaah sedap2 dan kliatan ENAAAAK semua kak . Trtama dah pastilah asam pedas dan ikan goreng 😍😍😍😄. Ikan goreng tuh teringat masa kecil, mama sering buat juga. Makan dengan kecap dan nasi. 🤤🤤
BalasPadamSubahanallah..sajian yang sempurna..alhandulillah.
BalasPadamGeram nengok kari akak tu, mak abah kt kampung pun suka masak ikan jenahak rasanya sebab isi dia yang lembut dan tebal tu kan. Dana dengan maktek kalau balik kampung dapat la merasa bawak bekal ikan jenahak atau ikan merah. Kalau nk beli sendiri alahai mahei bebeno. Geram tengok akak punya salad tu menggoda
BalasPadamDan tengok tajuk asam pedas tapi nampak pekat teringat kari hahahah... maap kak
BalasPadamkalau sy yg bersin tu kak sy dtg trs rumah akk sambil bawa mangkuk hahahahahaahhaha
BalasPadamsama la suka part kepala & mata ikan tu
BalasPadamSy suka pipi ikan, isi dia best :)
BalasPadamSeronoklah Kak Amie, Fairuz pun berbuka sekali
Aduhhh.. penanda aras adalah jiran bersin.. confirm sedap tu.
BalasPadamCamne ikan sebelah kat Sabah beso²🤔
Uncle lebih terliur tang roti jala tu.... yummy!
BalasPadamSA pun dah ada menu berbuka asam pedas ikan tapi guna ikan patin...itupun Dania masak...teringin nak asam pedas tetel...
BalasPadam