Iftar 7 Ramadan 1447H - Nasi Lauk Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak

8:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Juadah berbuka puasa hari ketujuh ini, Amie hidangkan nasi. Inilah kali pertama berbuka nasi sepanjang bulan puasa ini. Teringin sangat hendak makan nasi lauk asam pedas ikan.

Biasanya kalau Amie masak asam pedas, selalu terdengar jiran sebelah bersin. Petang tadi tidak pula kedengaran bersinnya. Rupanya Amie tidak buka tingkap dapur. Sebaik sahaja Amie selak tingkap, terus terdengar bersin sebanyak tiga kali berturut-turut dari rumah jiran sebelah. Maknanya menjadilah asam pedasnya.... ahaks!

Nasi Lauk Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak

Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak

Amie masak tujuh kepingan bahagian kepala ikan jenahak. Bakinya boleh dipanaskan semula untuk sahur. Kuahnya pula kalau lebih, boleh disimpan dan dijadikan pencecah lempeng atau cucur waktu berbuka esok petang.


Kita suka bahagian kepala ikan sebab nak makan mata dan pipinya!


Kita goreng dua keping ikan sebelah. Ikan ini memang saiz besar dan sudah dipotong-potong sewaktu beli. Oleh kerana Firdaus suka makan ikan goreng berempah, kita pun lumur dengan sedikit rempah dan goreng bersama daun kari.


Bahagian isi ikan goreng sebelah ini habis dimakan oleh Firdaus, Fairuz dan Encik Suami.


Ada baki sekeping, bolehlah dibuat lauk makan sahur esok pagi.


Amie goreng seafood wantan. Sayangnya terpele'ot semua rupa bentuknya apabila dikeluarkan dari bungkusan. Tapi, ini jugalah yang habis licin terlebih dahulu berbanding juadah berbuka puasa lain.


Menu wajib, salad campur.
Seperti biasa Amie hiriskan daun salad lettuce, dan gaul dengan Kewpie Sesama Dressing. Kemudian Amie tambahkan hirisan jagung rebus, buah blueberry, tomato ceri dan kacang gajus. 

Salad ini pun licin juga!

Roti Jala & Kari Ayam


Beberapa minit sebelum berbuka puasa, Fairuz pulang dari kerja membawa roti jala, takoyaki dan air tebu. bertambahlah menu juadah kami hari ini. Alhamdulillah.

Takoyaki

Apa juadah berbuka puasa kawan-kawan hari ini?



13 comments

  1. Meriahnya menu berbuka kak Amie. Semuanya menyelerakan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, nampak sedap2 belaka.
    Selamat berbuka puasa.

    BalasPadam
  3. Meriahnya kak amie! Tergelak saya bila kak amie bagi tahu bila buka tingkap jiran terus bersin hahahaha

    BalasPadam
  4. Waaaah sedap2 dan kliatan ENAAAAK semua kak . Trtama dah pastilah asam pedas dan ikan goreng 😍😍😍😄. Ikan goreng tuh teringat masa kecil, mama sering buat juga. Makan dengan kecap dan nasi. 🤤🤤

    BalasPadam
  5. Subahanallah..sajian yang sempurna..alhandulillah.

    BalasPadam
  6. Geram nengok kari akak tu, mak abah kt kampung pun suka masak ikan jenahak rasanya sebab isi dia yang lembut dan tebal tu kan. Dana dengan maktek kalau balik kampung dapat la merasa bawak bekal ikan jenahak atau ikan merah. Kalau nk beli sendiri alahai mahei bebeno. Geram tengok akak punya salad tu menggoda

    BalasPadam
  7. Dan tengok tajuk asam pedas tapi nampak pekat teringat kari hahahah... maap kak

    BalasPadam
  8. kalau sy yg bersin tu kak sy dtg trs rumah akk sambil bawa mangkuk hahahahahaahhaha

    BalasPadam
  9. sama la suka part kepala & mata ikan tu

    BalasPadam
  10. Sy suka pipi ikan, isi dia best :)
    Seronoklah Kak Amie, Fairuz pun berbuka sekali

    BalasPadam
  11. Aduhhh.. penanda aras adalah jiran bersin.. confirm sedap tu.
    Camne ikan sebelah kat Sabah beso²🤔

    BalasPadam
  12. Uncle lebih terliur tang roti jala tu.... yummy!

    BalasPadam
  13. SA pun dah ada menu berbuka asam pedas ikan tapi guna ikan patin...itupun Dania masak...teringin nak asam pedas tetel...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe