Iftar 4 Ramadan 1447H - Bubur Berlauk
9:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Nampaknya sejak hari pertama bulan puasa bermula, slow cooker digunakan setiap hari. Hari ini Amie masak bubur beras bario, untuk dijadikan bubur berlauk buat juadah berbuka puasa. Masak pukul satu tengah hari. Menjelang pukul lima petang, bubur sudah masak dengan cantiknya! Amie masukkan daun pandan, halia, tunggul pokok daun sup dan beberapa batang pangkal pokok bawang. Harum semerbak!
| Bubur Berlauk |
Video Juadah Iftar 4 ramadan 1447H
| Bubur Beras Bario |
| Aksesori 1 |
| Aksesori 2 |
| Meriah betul aksesori Bubur Berlauk! |
| Telur Masin |
Telur masin ini tidak berapa masin. Minggu lepas kakak ipar yang bagi. Mungkin dalam 10 biji. Itu yang datang idea hendak buat Bubur Berlauk sebab telur masin belum terusik.
| Bawang Merah & Bawang Putih Goreng |
Beberapa kali ke kedai dan pasar cari bawang goreng homemade tapi tak jumpa. Ada sedikit dalam balang (beli minggu lepas). Oleh kerana tidak ada bawang merah goreng, beli sajalah bawang putih goreng. Wangi!
Selalunya buat kicap lada tapi kali ini cincang bawang putih dan cili padi, bubuh cuka dan kicap saja.
Jeruk lobak putih wajib ada.
Selain ayam carik, ikan bilis goreng ada tambahan serondeng daging dan kacang gajus.
| Meriah kan? Tenggelam bubunya! |
| Dumpling Inti Udang |
Goreng juga Dumpling Inti Udang. Kena berebut juga nak makannya sebab semua suka dan cepat betul licin pinggan!
| Makan Dumpling Inti Udang cecah Sos Cili Thai. |
| Salad Campur |
Tidak ketinggalan salad campur untuk Encik Suami, tapi semua ikut makan juga. Kali ini daun salad tambah dengan hirisan timun Jepun, limau bali dan anggur. Nak makan nanti bolehlah tuangkan Kewpie Sesame Dressing.
Selamat berpuasa!
13 comments
Uish sedapnya bubur berlauk :)
BalasPadamGeram tengok side dish bubur tu kak oi... pelbagai jenis. Pastu tergoda dengan dumpling tu dan salad menggoda sangat. Dana ahad baru ni dapat la buat bubur lambuk, Itu pun banyak bagi jiran sebab orang dalam rumah tak berapa gemar buka dengan bubur nasi.
BalasPadamsedap tu bubur berlauk..ada dumpling juga...yummyyy
BalasPadamTengok gambar bubur tu pun sedap, apatah lagi rasanya. Food presentation as always, cantik!
BalasPadamDumpling udang tu confirmlah laku kerass
Saya suka bubur ni....banyak juga pilihan lauknya.....
BalasPadamMeriah bubur kak amie hehe.Selamat Berpuasa buat kak amie sekeluarga
BalasPadamwah meriah menu iftar menyelerakan
BalasPadamCantiknya telur masin tu!
BalasPadamMengancam betul bubur berlauk & geng dia ni
Macam kene osommm je nak letak condiment mana dulu. Meriah betul. Ammi ni membayangkan apa agaknya size peti ais kak amie, mcm poket doremon pulak mcm2 ada atas meja
BalasPadamSedapnya kak Amie 😍😍😍😍. Meriiaaaah isi lauk bubur nya yaaa. Terutama telur asinnya saya sukaaa. Teksturnya masir, basah di bagian kuning. Yg begitu yg saya suka 😍😍
BalasPadamMeriah makanan happy berbuka..timbul selera
BalasPadamso msk guna beras bario ni kena banyak air ke kak? ke, kurang air?
BalasPadambetul-betul meriah aksesori bubur berlauk tu.
BalasPadam