Aroma Timur Tengah di Meja Sarapan

10:20 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Peringatan mesra daripada Tour Leader Prof. Dr. Azmil:
Assalamualaikum tuan/puan
6: 00 am Breakfast di Hotel
6: 08 am Masuk Subuh
7: 00 Bawa turun luggage dan asingkan untuk tinggal di Hotel Amman dan bawa ke Palestin
7:15 Check out dan Masukkan luggage dalam bas
7:30 Bas bergerak ke Palestine

Sama-sama berdoa semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Ustaz Azmil juga meminta kami solat hajat pada malam itu sebelum bertolak ke Palestin pada keesokan paginya.

Kami hanya perlu membawa barang keperluan diri untuk penginapan selama tiga malam di Palestin. Beg kami akan disimpan di Hotel Rawa. Selepas pulang dari Palestin kami akan kembali semula ke sini. Jadinya, untuk kami bertiga selain membawa beg sandang masing-masing, kami bawa satu beg besar kongsi bertiga.

Selesai solat subuh, kami segera turun ke lobi menghantar dua buah beg untuk disimpan, dan sebuah beg untuk dimasukkan ke dalam perut bas. Kemudian kami masuk ke dewan makan untuk sarapan.

Seronok sangatlah nampak timbunan telur rebus. Amie ambil dua biji. Menu lain termasuklah hashbrown, sosej, kentang goreng, roti dan sebagainya. Memandangkan belum ramai peserta rombongan yang masuk, jadi Amie ada masa untuk berbual-bual dengan petugas hotel. Kebetulan pula, pada pagi tersebut banyaklah rempah ratus dan makanan Timur Tengah yang Amie baru nampak. 


Hidangan di atas menunjukkan pilihan yogurt dan pencuci mulut yang dihidangkan dalam gaya bufet Mediterranean atau Timur Tengah.

Gambar dari kiri ke kanan, potongan buah-buahan epal atau pir yang direndam dalam sirap. Seterusnya yogurt asli atau plain yogurt. Kelihatan teksturnya yang pekat dan berwarna putih bersih. Di sebelahnya ada yogurt cair atau laban iaitu versi yang lebih ringan. Sebelahnya lagi ada hummus. Jiran hummus sudah tentu yogurt beri iaitu yogurt yang dicampur dengan buah beri dan kelihatan kesan warna ungu padanya. Hujung sekali ialah bubur gandum.

Labneh dalam minyak zaitun.


Labneh atau labaneh ialah yogurt yang ditapis hingga pekat menjadi seperti krim keju lembut, kemudian direndam dalam minyak zaitun. Labneh biasanya dimakan dengan roti Arab  atau khubz  atau pita bread. Rasanya masam lembut dan berkrim.


Jom kita lihat condiment station atau tempat sos dan pelengkap sarapan. Dalam mangkuk tanah liat itu  ada:
  • Sos cili  atau sambal Arab - warna merah
  • Tahini iaitu pes bijan warna krim cair
  • Yogurt
  • Minyak zaitun
  • Sumac 
Di sebelahnya pula ada campuran acar zaitun dan sayur jeruk
Cara makan gaya Jordan ialah ambil roti Arab atau roti pita, celup dalam minyak zaitun, celup pula dalam zaatar atau sumac dan makan bersama labneh atau acar.

Sumac



Sempat cerita panjang dengan pelayan hotel tentang rempah sumac. Rempah ini berwarna merah gelap keunguan merupakan serbuk daripada buah beri kering pokok sumac. Rasanya masam segar seperti macam lemon tapi lebih lembut. Pelayan hotel ambil sesudu sumac dan minta Amie hidu untuk bau aromanya.

Katanya lagi sumac warna merah maroon pekat biasanya ditabur atas salad, hummus, labneh
atau dicampur dalam zaatar.


Cereal Coklat

Conflakes


Zaatar ialah campuran herba kering samada thyme atau oregano Timur Tengah, bijan dan sumac serta garam. Biasanya zaatar dicampur dengan minyak zaitun dan disapu pada roti Arab.

Gambar di bawah ini tak sempat hendak tanya apa namanya.


 
Ketulan berwarna kuning cerah itu adalah mentega yang telah dipotong untuk memudahkan pengambilan. Di sebelahnya ada hirisan daging atau Turkey Ham. Ada keju putih: Keju yang dipotong dadu dan ditabur dengan bijan hitam 
Di sebelah kiri juga terdapat breadsticks atau grissini yang diletakkan di dalam gelas.


Di sini jupa salami pulak! Aduhai nampaknya pagi ini Salami makan salami! Selain salami ada beef mortadella.


Memandangkan masa sarapan agak singkat, tidaklah boleg berlama-lama di sini. Jom sarapan.


Firdaus ambil hashbrown .

Kali kedua Firdaus tambah hashbrown dia mbil juga daun salad.

Salami makan salami!

Selepas sarapan kami terus naik bas dan pada pagi ini kami menuju ke sempadan Jordan untuk ke pintu masuk Palestin. Ketika ini masing-masing mula berdebar-debar!

14 comments

  1. Ibu dia pun... sengaja pilih gambar Daus tengah "Aaaaaaaaa..." Hahaha

    BalasPadam
  2. Uwaaah memang banyak macam rempah mereka yaa kak. Menarik nih. Harus ada guide yg menjelaskan, supaya tak salah meracik rempahnya.

    Teringin pula coba labneh. Makan dengan roti pasti sedap.

    Kalau saya kesana akan puas2 menikmati dan mencoba rempah mereka 😍😍😄

    BalasPadam
  3. sedapnyer aroma timur tengah ittuuu., hehe

    BalasPadam
  4. Lumayan makanan ni..boleh pilih mana satu nak sarapan pagi...

    BalasPadam
  5. Dapat kesempatan berborak dengan pelayan hotel bagus juga ya, kak Amie. Boleh tanya hidangan yang kita tak kenal. Kalau kak Amie tak cerita, saya memang tak tahu langsung nama hidangan atau cara makan. Budak-budak feveret, hashbrown, sama macam anak-anak saya juga.

    BalasPadam
  6. Waduh kalau amie tak cerita emm tak tahu le itu apa ini apa. Tak pernah jumpa dan rasa. Saya pun turut berdebar-debar camne bila di palestin nanti

    BalasPadam
  7. Firdaus dan kentang berpisah tiada :)
    Sweet la ayat Salami makan salami tu hehe

    BalasPadam
  8. hahahah tergelak sy salami mkn salami hahahaha

    BalasPadam
  9. Dapat tanya memacam kat petugas hotel ye kak... baik mereka melayan pertanyaan kita. Sumac tu kita biasa dengar tapi tak pernah tahu dr buah beri rupanya... yang rendam dalam minyak tu teringat lak kalau nak buat kuih koci bulat-bulat letak dlm minyak sebelum di bungkus hhehehhe

    BalasPadam
  10. salami makan salami...hahahaha... Banyaknya hidangan yang tak terdapat di Malaysia gayanya, Kalau saya yang jenis tekak picky ni camne lah nak makan kat luar negara agaknya. Mau hari hari makan telur agaknya.

    BalasPadam
  11. wah salami makan salami apa rasanya

    BalasPadam
  12. Budak-budak memang suka hashbrown.
    Kat pinggan terakhir tu biskut eh yang panjang-panjang.

    BalasPadam
  13. Suka sangat aroma remoah ratus timur tengah...
    Oh,subuhnya lewat yer di sana..
    Biasa kita subuh dulu baru sarapan...sana sebaliknya...masyaa Allah

    BalasPadam
  14. Hehe Kak Amie ni salami makan salami. Thanks for sharing semuanya, seronok baca.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe