Singgah Solat Jamak di Masjid Souq El Had Laghdir
9:30 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selesai makan tengah hari di La Pergola Restaurant, Majorel Voyage meluncur laju membawa kami sekali lagi menikmati pemandangan hijau di kiri kanan jalan. Tiba di Laghdir, kami turun untuk menunaikan solat jamak taqdim di Masjid Souq El Had yang terletak di sebuah pekan kecil. Dari situ kami boleh melihat sempadan negara Sepanyol. Sebut tentang Sepanyol, in syaa Allah kami akan menyeberangi Selat Gibraltar untuk sampai ke negara tersebut pada keesokan pagi.
Di hadapan Masjid Souq El Had Laghdir. |
Sebelum sampai ke masjid ini, Amie paparkan gambar-gambar penuh kehijauan yang sempat dirakam. Rasa tidak puas mengambil gambar dari jauh, dari dalam bas tetapi hanya itu sahaja kesempatan dan rezeki kami ketika ini.
Gambar-gambar yang dipaparkan ini Amie ambil dengan penuh teruja sebab ada kambing-kambing dan ternakan lain sedang meragut rumput di padang.
Di belakang sanun, padang ragut berlatar belakangkan bukit-bukau serta deretan pokok argan.
Ladang kentang dan ubi bit terhampar luas saujana mata memandang.
Selain ladang menghijau dengan tanaman bermusim, terdapat tanah yang sudah digembur dan sedia untuk ditanami.
Tidak dapat dipastikan apakah jenis tanaman di sini tetapi dari cerita Mr. Rachid, ada tanaman bawang dan sayur-sayuran.
Memandangkan banyak tanah persendirian, jadi tanaman tidaklah nampak seragam seperti keadaan di ladang. Maknanya, terpulang kepada tuan tanah untuk menanam jenis tanaman yang dipilih.
Bentuk rumah atau kediaman di sini seperti kotak-kotak.
Selain pemandangan ladang dan kebun yang menghijau, mata terpesoma memandang hamparan rumput dengan bunga-bunga kecil berwarna kuning!
Tanaman yang subur menghijau!
Suasana perkampungan yang tenang.
Ada sesuatu yang menarik dikongsikan oleh Mr. Rachid tentang tanah dan hasil pertanian. Misalnya, hasil tanaman pokok argan tidak diproses dikilang untuk menghasilkan minyak. Memang wujud kilang memproses minyak argan tetapi dihentikan operasi kerana menutup peluang perani kecil untuk hasil sara diri. Jadi, proses menghasilkan minyak secara menual diteruskan kembali.
Tentang minyak argan di Maghribi, boleh baca entri di sini:
Sekarang kami sudah sampai di pekan kecil di Laghdir.
Pemandangan di hadapan masjid. |
Pusing ke belakang masjid untuk masuk ke tempat solat wanita. |
Sempat meninjau kawasan sekitar masjid.
Menurut Mr. Rachid, kami sudah menghampiri kawasan sempadan menuju ke Sepanyol.
In syaa Allah, Sepanyol kami akan datang!
Gambar kenangan jejak kaki di sini. |
Sekian.
14 comments
Seronok tengok kebun menghijau macam tu..
BalasPadamDari Morocco ke Spain pengalaman cross border dan naik ferry yg sgt seronok.... Cantik pemandangan...
BalasPadamMemang tak terlihat dingin ya kak amie. Hijaunya pun terang merata .. jadi kesannya dah masuk summer 😍. Cantiiiik sangat view di sana.
BalasPadamTenang rasa memandang kehijauan ladang. Macam macam tanaman sayuran ada. Bagus juga mereka ambil kisah tentang pekebun kecil untuk menyara hidup.
BalasPadamDapat juga singgah solat di sini kan. Wah dekat sempadan Sepanyol sudah.
Subahanallah. Lawanya view view tu. Suka betul tengok alam menghijau
BalasPadamSikit lagi nak cross border... dapat plak nengok view yang cantik!
BalasPadamMenghijau, saujana mata memandang. Senang hati dah jamak solat awal, tak terkejar², boleh jalan² dengan senang hati.
BalasPadamsyoknya kalau dapat join sama kat ladang. Mari kita ke ladang oiiiii mari kita ke ladang oiiii
BalasPadammasjid cantik alam sekitar indah tumbuhan tanaman subur saujana luas
BalasPadamTanaman ke tu? Ingatkan padang rumput je
BalasPadamsubahanallah cantiknyaaa view padang menghijau! suka betul suasana mcm tu! terima kasih kak amie bawa kami jalan-jalan! tak sabar entry sepanyol!
BalasPadamMasyaa Allav cantiknya perkampungan dorang...Rasa nak masuk dalam pic tu😍
BalasPadamCantiknya. Saujana mata memandang ladang dan kebunnya. Cantik dan unik design hadapan Masjid Souq El Had Laghdir ni. Thanks for sharing Kak Amie.
BalasPadamSA suka tnegok pemandangan macam tu..luas pemandnagan, hijau dan nampak tenang je
BalasPadam