Berkenalan Dengan Produk Berasaskan Minyak Argan di Planète des Épices
6:32 PGBismillahirrahmanirrahim.
Beberapa tahun lalu ketika PKP, Amie pernah beli minyak argan secara online. Harganya tidaklah mahal. Amie beli untuik tujuan rawatan rambut. Setelah melihat sendiri proses, penerangan dan produk yang dihasilkan di Planète des Épices, fahamlah Amie bahawa minyak argan yang dibeli itu sudah kurang aslinya dan terdapat campuran bahan lain. Barangkali kadar peratusan minyak argan sangat sedikit. Untuk mengetahui keaslian minyak argan, ia akan meresap ke dalam kulit apabila kita memakainya.
Beberapa tahun lalu ketika PKP, Amie pernah beli minyak argan secara online. Harganya tidaklah mahal. Amie beli untuik tujuan rawatan rambut. Setelah melihat sendiri proses, penerangan dan produk yang dihasilkan di Planète des Épices, fahamlah Amie bahawa minyak argan yang dibeli itu sudah kurang aslinya dan terdapat campuran bahan lain. Barangkali kadar peratusan minyak argan sangat sedikit. Untuk mengetahui keaslian minyak argan, ia akan meresap ke dalam kulit apabila kita memakainya.
Berdasar laporan penyelidikan, minyak argan daripada biji pokok yang banyak tumbuh di Maghribi mengandungi unsur antipenuaan, baik untuk penjagaan kecantikan, merawat kulit, menghilangkan jerawat, kesan hitam, kulit kusam dan berminyak.
Diguna sejak 1,500 SM oleh ratu dan puteri raja di Asia Barat untuk merawat wajah dan tubuh, akhirnya manfaat argan digunakan dalam kalangan doktor dan pengamal kecantikan Eropah dan Amerika. Bahkan ia kini diguna dalam produk kecantikan, sama ada untuk kulit atau wajah di negara ini.
Sumber: HARIAN METRO
Apabila berada di ruang pameran, rasa takjub mendengar penerangan yang diberikan berkaitan dengan penghasilan produk berasaskan minyak zaitun. Setiap produk bukanlah dihasilkan menggunakan minyak argan semata-mata tetapi dicampur dengan pelbagai bahan terutamanya herba.
Oleh kerana tertarik dengan gambar-gambar di dinding, Amie pun ambil kesempatan rakam beberapa keping.
Sesungguhnya memang tertanam rasa kagum dengan pemilik dan pengusaha Planète des Épices atas usaha gigih mengkaji dan menghasilkan produk yang berkualiti dan terkenal di seluruh dunia ini.
Video penerangan tentang minyak argan.
Balang-balang yang tersusun di rak berisi pelbagai jenis herba yang digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan.
Allahu Akbar!
Subhanallah, Tuhan yang menjadikan segala macam makhluk termasuk tumbuh-tumbuhan yang setiap satunya memberi manfaat kepada makhluknya yang lain di muka bumi ini.
Subhanallah, Tuhan yang menjadikan segala macam makhluk termasuk tumbuh-tumbuhan yang setiap satunya memberi manfaat kepada makhluknya yang lain di muka bumi ini.
Gambar di atas smenunjukkan pelbagai jenis tumbuhan herba yang diletakkan di dinding ruang masuk Planète des Épices.
Memang seronok dan puas hati mendengar penerangan yang diberi.
Kami bukan sahaja diberi peluang merasai sendiri produk kecantikan seperti losyen, ubatan seperti herba untuk menghilangkan resdung, selsema dan imsomnia tetapi juga dapat minum argan oil dan minuman herba seperti dalam gambar di bawah.
Sambung rakam video.
Gambar Safron |
Selain membeli pelbagai jenis produk kesihatan terutamanya untuk rambut dan minyak urut, ramai di antara kami yang membeli safron.
Selesai menyaksikan demonstrasi dan membeli pelbagai produk minyak argan pilihan masing-masing, beberapa orang di antara kami masuk ke bilik khas untuk urut badan menggunakan produk minyak argan. Tak ingatlah pula berapa bayaran yang dikenakan.
Urut badan dan membeli barangan di sini boleh dibayar menggunakan mata wang EURO.
Amie hanya sempat ambil beberapa keping gambar sahaja disebabkan begitu banyak jenis produk kecantikan dan kesihatan yang dihasilkan.
Memang tidak rugilah melabur sedikit di sini kerana dapat melihat sendiri keaslian bahan yang digunakan. Harganya juga mampu beli. Cuma, waktu yang agak terhad tidak dapatlah Amie menulis lebih teliti memandangkan tidak banyak gambar yang Amie rakam.
Minyak argan yang asli mempunyai sedikit bau tengik tetapi ditambah dengan pelbagai aroma seperti mawar, jasmin, lavender dan sebagainya maka baunya lebih sedap dihidu.
Sebelum meninggalkan Planète des Épices, setiap seorang daripada kami yang seramai 36 orang diberi sebotol kecil pati minyak wangi aroma mawar.
Pokok Argan |
Oh, ya! Kami keliru yang mana satu pokok zaitun dan mana satu pokok argan. Oleh kerana bas bergerak agak laju jadi tidaklah dapat tangkap gambar dengan jelas. Apabila belek-belek galeri ada juga sekeping dua gambar pokok argan seperti di atas.
Video di bawah ini tidak pasti pula apakah pokok zaitun atau pokok argan. Apabila hendak dijadikan entri barulah sibuk hendak tahu mana yang betul... ahaks! Sewaktu di Maghribi tak pula bertanya kepada tour guide.
Video diambil dari Majorel Voyage.
Alhamdulillah. Di pagi yang dingin itu kami dapat menambah ilmu baharu tentang minyak argan. Kami keluar dari Planète des Épices dengan rasa puas hati.
3 comments
Best nya dapat ke Planète des Épices, dapat tengok dan dengar semua info dari mula hingga akhir, serta sejarahnya. Dapat free gift jugak. Macam2 produknya kan.
BalasPadamSeronoknya dapat ke sini, byk informasi yg diperolehi.
BalasPadamSy pun pakai produk yg berasaskan minyak argan utk rambut. Cuma, pastinya bukan asli atau sedikit saja campuran minyak argannya. Untunglah Kak Amie dapat beli yg original 👍🏻
Oh, baru tahu minyak angan ni boleh diminum jugak. Sejujurnya tidak berapa ambil tahu tentang minyak ni. Mujurlah dapat baca info Kak Amie di sini, sungguh bermanafaat infonya.
BalasPadam