Masuk Pasar Lagi!
3:59 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Entri jalan-jalan di Morocco yang seterusnya ini memang Amie tak puas hati. Amie sudah kehilangan catatan, dan juga ingatan dalam setiap persinggahan dan lawatan. Maklumlah memori sudah usang, tak dapat menampung segala maklumat dan peristiwa.
Sebaik keluar dari kawasan masjid dan University of al-Qarawiyyin, kami menghala ke pintu gerbang pasar. Entah mana satu nama pasar yang kami masuk! Apabila tanya Pak Google, katanya nama-nama pasar di Medina of Fez termasuklah:
- Souk el Henna
- Souk al-Attarine
- Souk Serrajine
- Souk Tillisse
- Souk Haik
- Souk Jeld
Apabila dilihat dengan mata kasar, dari pandangan luar bangunan kelihatan usang dimakan usia. Namun ketika melangkah ke bahagian dalam, terlihat pula keindahannya. Kali ini bumbung pasar lebih moden dengan lampu hiasan yang cantik dan seni bina yang menarik. Ia agak berbeza berbanding pasar yang kami kunjungi sebeluk ini seperti di Marrakesh.
Kita lihat-lihat sahajalah gambar yang sempat dirakam.
Banyak pakaian siap ada di sini tetapi Amie tak dapat kongsikan kerana gambar kabur.
Terjumpa lagi kelibat busker berbaju merah yang menghiburkan kami di hadapan pintu Masjid al-Qarawiyyin.
Banyak manisan yang sedap-sedap dijual di sini.
Boleh singgah beli untuk dijadikan oleh-oleh. |
Mata tidak puas memandang ukiran indah bersulam kalimah suci di sini.
Kepingan manisan bersaiz besar! |
Pelbagai bentuk fridge magnet yang menarik. |
Asyik memandang ke hadapan, rupanya di atas kepala banyak bergantungan barangan kraf tangan yang unik dan menarik!
Takut pula hendak memandang mata itu lama-lama! |
Paling lega apabila keluar dari lorong sempit di dalam pasar dan dapat hirup udara di ruang terbuka serta berjumpa matahari.
Sekian, perkongsian di Medina of Fez untuk kali ini.
Jumpa lagi.
10 comments
Wah luar lain, dalam nya memang terpegun sangat macam2 ada dijual. Rambang mata kalau masuk ni. Moga kami sampai ke sana nanti.
BalasPadamMacam2 ada jualannya tu. Menarik semuanya.
BalasPadamCantiknya hiasan jubin dekat pasar ni.
BalasPadamRambang mata juga ni, macam² barangan menarik dijual...
Berseni betul pasar diorang ni pun, ada je ukiran ukiran cantik yg kalerful
BalasPadamrindu nak travel bila tengok gambar-gambar ni. biasalah kalau travel ikut tour memang kita tak berapa ingat detail. lainlah kalau DIY
BalasPadamPasar yang kat dalam tu dah macam dalam mall.
BalasPadambanyak ke shopping kak?
BalasPadamSyoknya amie masuk pasar macam ni. Rasanya kena azan kat telinga supaya hantu shopping lari. Kalau tak emmm memang melekat kat situ. hehehe
BalasPadamKalau SA memang confirm la kena tarik keluar..hahahha...SA akan leka tengok semua benda kat situ Kak Amie
BalasPadamLepas ni kalau travel kena terus update kak Amie, baru tak lupa. hihi...Tapi takpe, letak gambar pun ada kenangan juga. Di sini nampak lebih selesa untuk berjalan dan membeli belah. Saya dapat rasakan kelegaan tu. Terasa terkurung kalau melalui lorong begini.
BalasPadam