Sarapan Msemen @ M'lawi @ Roti Canai Morocco

2:23 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan pagi : 05 Februari 2025. 
Hari : Rabu
Suhu : 6'C

Tidur lena. Cukup rehat. Bangun pagi lebih bertenaga.
Peringatan daripada tour leader:
Solat subuh : 6.50 pagi
Sarapan : 7.00 pagi
Bas bergerak : 9.00 pagi

Sarapan apa pagi ini? 
Eh, sudah pukul 1:30 tengah hari. Waktu makan tengah hari laaaa... ahaks!

Jom kita imbas kembali sarapan di Morocco. Pagi Rabu itu memang bertuah sungguh dapat makan roti msemen yang kami gelar roti canai Morocco! Kelmarin pagi, jumpa juga roti canai Morocco buat kali kedua sewaktu sarapan di Smarts Hotel, Rabat di sini: Pertama Kali Jumpa Telur Rebus di Otantik Restaurant. Kali pertama melihat roti canai Morocco ini sewaktu hari pertama sampai di Casablanca di sini: Pemandangan Pertama The Corniche di Morroco @ Maghribi.

Rupa sahaja seperti roti canai tetapi cara pembuatan dan rasanya memang berbeza dengan roti canai kita. Msemen @ melvy ini tidak perlu ditebar seperti roti canai, sebaliknya hanya dilipat-lipat sahaja. Roti canai kita dinikmati dengan kuah kari, kuah dal, kari kambing atau sambal tumis tetapi roti canai di sini dimakan bersama butter dan madu.


Msemen @ Melwy @ Roti Canai Morocco


Msemen @ Melwy

Kalau di Smarts Hotel, Rabat, roti canai sudah sedia terhidang dan hanya perlu ambil sahaja. Di Sofea Hotel pula, tukang masak berdiri di tempat hidangan sambil menekan-nekan doh roti msemen menjadi segi empat dan meletakkannya di atas kuali leper.

Amie tanya doh roticanai kepada pekerja hotel wanita Morocco  cantik manis yang sedang meleperkan doh tadi.
Jawabnya : Malawi.
Tiga kali Amie tanya, jawabnya tetap : Malawi.

Amie sempat mesej tour leader yang membawa kami ke Balkan pada 2024, sambil tunjukkan gambar roti canai Morocco itu. Beliau pernah belajar di Morocco selama tujuh tahun dan sudah tentu sedikit sebanyak banyak mengetahui dunia kulinari di sini.
Tidak lama kemudian mesej dijawab.

Tulisnya : Melwy.

Jawapannya hampir sama dengan jawaban pekerja hotel iaitu malawi.
Apabila tanya Pak Google, katanya roti msemen atau disebut juga rghaif.

Setakat ini ada beberapa jenis roti yang Amie temui dan makan sepanjang berada di Morocco, antaranya:

Khobz:
Ini adalah roti yang paling banyak ditemui dalam hidangan di Maghribi. Khobz merupakan sebuku roti yang bulat dan rata, sering digunakan sebagai perkakas untuk mencedok makanan semasa makan.

Harcha:
Harcha ialah roti leper yang dibuat dengan semolina dan tekstur sedikit lebih kasar daripada roti rata yang lain.

Krachel:
Krachel ialah roti gulung manis gaya brioche, selalunya dihidangkan bersama teh pudina Maghribi.

Msemen, juga dikenali sebagai rghaif:
Sejenis roti leper berlapis yang sering dimakan untuk sarapan pagi atau sebagai snek. Ia boleh dibuat manis atau berperisa, dengan atau tanpa inti.

Akhirnya terjawablah persolan tentang m'semen @ malawi @ melwy di sini:The Breads of Morocco:

M'lawi (atau M'Semen)

Roti leper beragi berlapis, m'lawi (atau m'semen) dihidangkan semasa sarapan dengan jem, sebagai makanan jalanan, atau, jika dimakan pada waktu siang, berlapis dengan daging dan sayur-sayuran yang lazat. Ia dibuat dengan gabungan tepung putih, semolina halus, semolina kasar dan yis segera

Bebola butter dan madu inilah nanti yang akan menjadi pelengkap roti msemen @ melwy.

Sementara menanti roti canai masak di atas kuali, mari kita tinjau menu lain untuk sarapan. Nampaknya, ada beberapa jenis roti dan pastri turut dihidangkan termasuklah croissant seperti di bawah ini.



French Baguette


Krachel






Jus Oren

Minuman Panas


Jom kembali semula melihat msemen @ m'lawi. 


Dapat sekeping, dan terus bubuh ketulan butter serta madu. Memang sedap sangatlah makan panas-panas. Nampak bebola butter mencair atas m'semen. Terasa hendak minta lagi sekeping. Kita pun berjalan menuju ke dapur m'lawi dengan piring kosong. Di hadapan kita ada seorang rakan rombongan minta sekeping setelah habis makan sekeping. Pekerja hotel letakkan sekeping di atas piringnya tetapi rakan tadi minta tambah sekeping lagi. Dengan menggunakan bahasa isyarat, pekerja hotel menerangkan bahawa doh dan roti yang sedang dimasak adalah untuk semua tetamu hotel yang ada di dewan makan.

Eh, kita pun terus bawa pinggan kosong ke meja makanan lain. Betul juga kan. Kena ingat orang belakang. Kalau semua minta tambah, nanti yang lain tak dapat pula! 

Lupa diri sekejap sebab sedap sangat sampai terlupa segala keluarga roti di tempat sendiri. Terlupa roti tisu, roti jala, murtabak dan sebagainya... ahaks!


Seperti biasa, Amie tidak ambil minuman panas sebaliknya ambil segelas jus oren dan jus epal.


Selain sekeping m'semen @ m'lawi, Amie ambil hirisan timun bersama tomato, keju dan beef slices. Ambillah juga sebiji croissant bersama bebola butter dan jem serta sepotong kek yang sangat sedap, tapi tak tahu apa namanya. Kalau boleh hendak ambil sebiji lagi croissant tapi perut sudah rasa penuh!


Sekian, cerita sarapan di negara orang.

12 comments

  1. Teringat arwah Mak dulu, roti canainya 4 segi, akan² roti m'semen @ m'lawi ni. Ditebar atas talam bulat berbunga² kemudian dilipat 4 segi.
    Dah tahu ramai peminat, patut pihak hotel kena sediakan lebih banyak m'semen @ m'lawi ni hihi

    BalasPadam
  2. Sedap juga tu makan dengan butter & madu.

    BalasPadam
  3. Agak tebal roti canai morocco tu. Mesti sedap, sebab rasa nak tambah lagi, ye kak.

    BalasPadam
  4. Petang² ni nampak macam² jenis roti buat kita lapar.

    BalasPadam
  5. Makan panas2 memang sedap...
    Segala jenis roti ada... Seronok pula tengok bfast nya..

    BalasPadam
  6. Kita yang nengok roti m'semen tu pun rasa terliur.

    BalasPadam
  7. geramnya tenguk macam-macam roti ada. Rasa nak cuba semua tapi kantungnya satu je.

    BalasPadam
  8. Bebola butter dan madu makan dengan roti tu, rasa sedap nya. Kalau travel memang best dapat cuba makanan local kan. Sebab tak akan dapat di tempat kita. Buffet spread tu aihh geram je tengok, semua sedap.

    BalasPadam
  9. Macam sedap juga tu makan dengan butter dan madu. Makan panas-panas masa cair tu. Lagilah sedap. Takpelah bukan rezeki dapat menambah sebab makanan terhad. Rezeki kak Amie dapat makan yang lain-lain.

    BalasPadam
  10. Sebagai penyuka aneka roti, memang saya sukaaa kalo ada banyak macam begini kak. Roti khas mereka yg mirip canai itu pun menarik. Dimakan dengan topping manis yaaa. Saya jadi ingat roti maryam pula.

    BalasPadam
  11. Nampak sedap plak roti canai tu...cicah topping manis ye Kak Amie..bukan kari atau lauk lain

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe