Pertama Kali Jumpa Telur Rebus di Otantik Restaurant
11:45 PGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ke-4 : 04 Februari 2025 (Selasa)
RABAT - FEZ
- Sarapan pagi dan check out hotel.
- Lawatan di sekitar bandar Rabat - Mohammed V Mausoleum, Kasbah Udayas dan Hassan Tower.
- Bertolak ke Fez (3 - 4 jam)
- Makan tengah hari dan solat jamak.
- Lawatan di Royal Palace, Masjid Al Qouraouiyine dan Medina of Fez.
- Bertolak ke hotel dan makan malam.
Harap-harapnya hari ini tidaklah banyak berjalan seperti kelmarin. Rasa hendak tercabut kaki dibuatnya!
Turun ke dewan makan, rasa seronok pula sebab ada yang beritahu ada telur rebus. Setakat ini kami belum jumpa telur rebus atau telur goreng sepanjang berada di Maghribi. Rasanya hendak ambil dua biji, sebiji dimakan waktu sarapan dan sebiji lagi simpan dalam beg sandang. Bolehlah makan dalam bas sekiranya rasa lapar.
Jom tengok muka orang yang tak boleh buka mata sebelah malamnya... ahaks! Kuranglah sedikit bengkak sebab tidur lena sampai ke pagi.
Tamak betul orang ni! |
Kami bersarapan di Otantik Restaurat di Smarts Hotel, Rabat.
Pemandangan sebahagian tempat makan di Otantik Hotel. |
Ambil kesempatan rakam video di Otantik Restaurant sebelum ramai orang.
Terpandang yogurt, memang hendak ambil satu tapi tidaklah makan di sini. Takut perut meronta-ronta pula. Eloklah makan di waktu malam sebelum tidur supaya sistem pencernaan berjalan lancar di waktu pagi.
Yang dicari-cari : telur rebus! |
Hendak belajar-belajar makan keju!
Rasa keju di sini boleh diterima tekak. Boleh jew ditelan. Ada rasa masam-masam sedikit.
Buah-buahan dipotong pula. Tak dapatlah ambil sebiji buat bekal di jalanan.
Merah hijau kombinasi warna hirisan timun dan tomato ceri. |
Di hujung sanun ada kendi air.
Entah apa nama roti ini. Sedap sangat! Mungkin gunakan tepung semolina. |
Sudah rasa seronok jumpa telur rebus, berganda seronoknya sebab bertemu dengan roti canai Morocco! Sebenarnya namanya msemmen atau rghaif iaitu sejenis roti rata tradisional yang berasal dari Maghreb. Msemmen juga biasa ditemui di Algeria, Maghribi, dan Tunisia. Msemmen dilipat menjadi lempeng segi empat sama dengan berbilang lapisan dalaman dan dimasak di atas griddle. Msemmen enak dinikmati bersama madu. Msemmen juga boleh disumbat dengan daging (khlea) atau bawang dan tomato. Eh, kiranya macam murtabaklah kalau di tempat kita.
Kena cari resipi msemmen jugalah nanti. Walaupun kami panggil roti canai Morocco tetapi rasanya tidaklah sama dengan roti canai kita. Msemmen sedap!
Sarapan pilihan. |
Cukuplah ambil beberapa hiris buah, sekeping msemmen tambah madu dan telur rebus.
Nak rasa juga bubur Morocco. |
Ada dua bekas yogurt. Satu Amie punya, dan satu Ann punya. |
Sedap betul makan msemmen dengan minuman panas. Amie tak ambil minuman panas. Ini Hana dan Ann punya.
7 comments
sedap roti msenment ada resepinya boleh cuba buat sendiri lepaskan rindu nak rasa
BalasPadamMacam mana nak menyebut roti canai morocco tuu hahaha
BalasPadamAyuh, Kak Amie. Nanti buat sendiri handsome man (msemmen) tu kongsi resipi ngan kami ya.
BalasPadamMeriah juadahnyer
BalasPadamBerbelit lidah nak sebut Msemmen
BalasPadamSarapan sihat² belaka tu ...
BalasPadamTunggu juga kot² ada menu nasi² macam kita :)
Sedapnya menu semua tu. Msemmen nampak sedap dan bubur Morocco tu macamana lah rasanya.
BalasPadam