Pemandangan Pertama The Corniche di Morroco @ Maghribi

7:41 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan: 
Hari kedua - 02 Februari 2025 (Ahad)
7:30 pagi : Tiba di Airport Casablanca.

  • Bertolak ke pusat bandar untuk lawatan ke Corniche, Masjid Hassan II dan sekitar bandar.
  • Bergerak ke Marrakech.
  • Makan tengah hari dan solat jamak.
  • Lawatan ke Medina of Marrakech dan kawasan bandar Marrakech.
  • Bertolak ke hotel dan makan malam.
Majorel Voyage

Sebaik sahaja kami menaiki bas, pemandu membawa kami menyusuri jalan di tepian pantai di pesisir Laut Atlantik. Ketika itu hujan masih renyai-renyai. Turun dari bas, kami redah sahaja titisan hujan. Sejuk!

Casablanca!
Sekarang kami berada di pesisir pantaimu. Rasa sangat teruja melihat beberapa papan tanda dari tingkap bas seperti Tahiti Beach. Tidak sabar rasanya hendak jejak kaki ke situ tetapi bas berhenti agak jauh dari tempat tersebut!


Harap-harap dapatlah bergambar di sekitar kawasan ini. 


Kami turun di hadapan bendera dan papan iklan filem Casablanca. Kami diberi masa lebih kurang tiga puluh minit untuk berada di sini. Kesempatan ini bolehlah digunakan untuk bergambar dan juga minum di mana-mana restoran.



Banyak restoran di tepi laut. Para peniaga sedang bersiap-siap memulakan hari mereka untuk menerima kedatangan pelanggan.

Jangan risau tentang makanan halal di Morocco kerana lebih 98% penduduknya beragama Islam.


Ruangan terbuka di hadapan restoran yang kelihatan basah selepas hujan.


Makanan dan harga yang dipaparkan. Mata wang Morocco ialah dirham. Kami bawa mata wang EURO untuk ditukar dengan mata wang dirham di negara ini.



Nampak sangat menyelerakan hidangan yang ditawarkan. Kalau 68 dh seperti dalam gambar di atas bermaksud 68 dirham. Dalam EURO, 10 dirham lebih kurang 1 EURO.


Berkenalan dengan nama makanan dan harganya.

Melwy - Roti Canai Morocco

Kami memasuki sebuah restoran dan di sini ada roti canai!
Kami panggil roti canai Morocco. Sebenarnya nama roti canai ini 'MELWY'. Nampak seperti roti canai tetapi cara pembuatannya jauh sama sekali dari roti canai di tempat kita. Sejuk-sejuk begini memang nikmat sungguh makan roti canai dengan secawan minuman panas samada kopi atau coklat.

Melwy yang masih panas sangat enak dinikmati bersama mentega dan juga madu atau jem. Wah! Walaupun roti canai tanpa kuah kari atau dal, nampaknya kami sudah diberi petanda yang sangat baik untuk pertama kali menjejak Morocco! Harap-harapnya selepas ini akan ada lagi rezeki pertemuan dengan melwy! Bukan apa, kami terpaksa tinggalkan restoran ini untuk meninjau ke tempat lain memandangkan masa yang diberi sangat singkat. Kalau ikut kehendak memang Amie dan Kamsiah bercadang duduk makan minum di sini, tapi habislah masa kami di sini sahaja.

Bagi yang hendak menikmati melwy dengan minuman panas, mereka terus berada di sini. 

Melwy & Butter

Minuman Coklat Panas


Sambil menyusuri pesisiran Corniche, sempat juga ambil gambar pemandangan di sekitar yang membelakangi pantai. Casablanca bukanlah bandar yang sibuk! Persekitarannya nampak tenang sahaja.

Pesisiran Corniche

Amie bersama Kamsiah redah sahaja jalan yang basah untuk melihat kawasan dan pemandangan yang lain. Kami menyusuri tepian Corniche yang menyajikan pemandangan Laut Atlantik yang merupakan Lautan kedua terbesar di dunia selepas Lautan Pasifik. Lautan inilah yang memisahkan benua Eropah dan benua Afrika dengan benua Amerika Utara dan Amerika Selatan.



Sambil berjalan meredah gerimis, sempat juga ambil gambar. Selain restoran, banyak hotel mewah ada di sepanjang pesisir Corniche. Kalau menjelang senja waktu matahari terbenam dan ketika malama sudah tentu suasana di sini lebih meriah!

Mesin juruwang automatik (ATM) pun ada di tepi pantai!


Gambar diambil dari tepi jalan susur Corniche menghala ke pantai.



Walaupun belum mandi sejak 31 januari 2025 dari Lahad Datu, di negara sejuk begini memang badan tak rasa melekit. Segar dan nyaman jew.... ahaks!


Jom bergambar di hadapan restoran di Casablanca : La Terrazza.


Untuk sampai ke salah satu papan tanda Tahiti Beach, kami terpaksa menapak cepat-cepat agak jauh ke hadapan. Beberapa kali juga kasut termasuk dalam air yang bertakung. Akhirnya dapatlah juga abadikan gambar kenangan di sini.


Ketika berjalan kembali menuju ke Majorel Voyage, rakamlah juga beberapa keping pemandangan darat dari pesisir Corniche.



Nampak tenang!
Dan jalan raya kelihatan masih basah oleh hujan. Yang pastinya tanaman landskap kelihatan segar menghijau.


Walaupun masih musim sejuk tetapi taman-taman sudah mula ditanami dengan tanaman berbunga.


Gambar terakhir di Corniche sebelum naik Majorel Voyage.

Chicken Puff

Dalam Majorel Voyage, tiba-tiba perut rasa lapar. Raba-raba beg sandang terjumpa kotak berisi Chicken Puff, makanan ringan yang diberikan kepada penumpang pesawat MAS (KL - Doha). Nampak seperti masih elok. Makan sajalah. Bismillah.

Tak sempat jamah melwy, dapat makan karipap sejuk pun jadilah.

2 comments

  1. Seronoknya bermusafir di negara orang. Dapat banyak pengalaman.

    BalasPadam
  2. Wah kak amie dah bergambar di tempat2 menarik..seronoknyaaa....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe