Rumah Terbuka Raya 02 Syawal 1443
1:13 PTGKita tak sempat buat kuih. Beli sejenis dua saja. Fuad bawa pulang dari Johor kuih putu kacang hijau, batang buruk, dodol durian dan bahulu gulung.
Jeruk dan manisan termasuk dodol duria, pudin Cocos, jeruk mangga dan lain-lain.
Bahulu gulung dari Ayer Hitam, Johor.
Antara tetamu Encik Suami yang paling awal datang. Rumah terbuka kami dijangka bermula pada pukul 12:30, selepas waktu zohor. Amie sempat siapkan hidangan mi bandung. Fuad beli rempah mi bandung Mak Pon di Muar. 14 paket dibawanya ke Lahad Datu! Para tetamu dijamu dengan mi bandung pada hari tersebut. Selain itu Amie masak nasi minyak, rendang daging, sambal udang, acar mentah dan ayam goreng.
Gambar kenangan Encik Suami di hari raya bersama sebahagian pekerja di bawah selannya.
9 comments
salam aidilfitri amie n famili maaf zahir batin
BalasPadamSeronoknya dapat kumpul2...!
BalasPadamSelamat meraikan lebaran, Kak Amie dan keluarga. Maaf zahir dan batin.
BalasPadamSeronok berkumpul ramai-ramai time Rumah Terbuka ini.. Barulah meriah raya kan kak Amie..
BalasPadamkak amie masak semua tu ke? wahhhh hebatttt!!!
BalasPadamSeronok lihat orang buat rumah terbuka, sy awal2 dah surrender, hihi.
BalasPadamselamat hari raya kak amie..maaf zahir batin ..nampak bahulu gulung tu trade mark johor..sy pun suka tu..kena pergi air itam cari ni..hihii meriah rumah terbuka ..seronok dapat berkumpul semua..
BalasPadamTeringin nak buat rumah terbuka tapi tu la..tenaga kerja takde
BalasPadamcantik bekas kuih raya tu. selamat hari raya =D
BalasPadam