Bismillahirrahmanirrahim.
Mengimbau kenangan beberapa hari lepas, tiba-tiba raya!
Hari raya pertama sudah tentulah wajib ziarah keluarga terdekat.
Walaupun keadaan rumah sendiri seperti tongkang pecah, keutamaan berkunjung ke rumah keluarga yang lebih tua perlu didahulukan.
Ikut perancangan awal, Encik Suami ingin mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua untuk tetamu dalam kalangan pekerjanya, adik-beradik dan jiran tetangga.
Pengumuman sambutan raya lebih awal sehari membuatkan semua orang terpinga-pinga tidak terkecuali kami sekeluarga Waktu itu segala persiapan belum sempurna. Kita di bahagian dapur. Encik Suami dan anak-anak di bahagian luar dan ruang tamu. Pandai-pandailah buat kerja masing-masing.
Kita tak sempat buat kuih. Beli sejenis dua saja. Fuad bawa pulang dari Johor kuih putu kacang hijau, batang buruk, dodol durian dan bahulu gulung.
Jeruk dan manisan termasuk dodol duria, pudin Cocos, jeruk mangga dan lain-lain.
Bahulu gulung dari Ayer Hitam, Johor.
Antara tetamu Encik Suami yang paling awal datang. Rumah terbuka kami dijangka bermula pada pukul 12:30, selepas waktu zohor. Amie sempat siapkan hidangan mi bandung. Fuad beli rempah mi bandung Mak Pon di Muar. 14 paket dibawanya ke Lahad Datu! Para tetamu dijamu dengan mi bandung pada hari tersebut. Selain itu Amie masak nasi minyak, rendang daging, sambal udang, acar mentah dan ayam goreng.
Gambar kenangan Encik Suami di hari raya bersama sebahagian pekerja di bawah selannya.
Ada yang selesa duduk di luar sambil menikmati hidangan. Yang memakai baju biru tua itu 'abah' Fuad dan Fairuz. Ke rumahnyalah setiap hari kami hantar anak-anak untuk diasuh isterinya, Kak Siti. Dari kecil Fuad & Fairuz memanggilnya abah.
Fuad di tengah-tengah. Di kanan abah dan di kiri mama (Kak Siti). Sehingga sekarang Fuad dan Fairuz masih memanggil abah dan mama.
Merakam kenangan bersama keluarga abah dan mama Fuad & Fairuz.
Tetamu seterusnya terdiri daripada adik-beradik Encik Suami, diselang-seli rakan-rakan Encik Suami. Tidak banyak gambar yang sempat kita rakam kerana kita sibuk di dapur. Kita pastikan nasi minyak sentiasa terhidang panas,begitu juga dengan kuah mi bandung. Oleh kerana pintu dapur berhadapan dengan meja makan, jadi bolehlah keluar melihat dan berbual dengan tetamu yang ada disitu. Encik Suami yang melayan para tamu. Tetamu datang silih berganti sehingga pukul 5 petang.
Rakam gambar dari pintu dapur. Kuah mi bandung sentiasa dipanaskan supaya keenakannya dapat dinikmati ketika menjamu selera!
Kita dah pesan dengan Encik Suami supaya bentang karpet di luar rumah. Rupanya dibentang tikar entah dari stor mana dipunggahnya! Kita pun dah tak larat nak ingatkan semula!
Anak-anak buah membawa diri makan di sudut rumah.
Fuad membantu mencuci pinggan mangkuk di dapur. Fairuz pula tuang lap pinggan mangkuk dan memastikan semua peralatan makan dan minum tersedia di atas meja.
Setelah tetamu pulang, Fuad dan Fairuz sambung mencuci pinggan mangkuk di luar dapur pula.
Sekian. Rumah terbuka yang seadanya.
Terima kasih kepada para tetamu yang sudi bertandang!
salam aidilfitri amie n famili maaf zahir batin
BalasPadamSeronoknya dapat kumpul2...!
BalasPadamSelamat meraikan lebaran, Kak Amie dan keluarga. Maaf zahir dan batin.
BalasPadamSeronok berkumpul ramai-ramai time Rumah Terbuka ini.. Barulah meriah raya kan kak Amie..
BalasPadamkak amie masak semua tu ke? wahhhh hebatttt!!!
BalasPadamSeronok lihat orang buat rumah terbuka, sy awal2 dah surrender, hihi.
BalasPadamselamat hari raya kak amie..maaf zahir batin ..nampak bahulu gulung tu trade mark johor..sy pun suka tu..kena pergi air itam cari ni..hihii meriah rumah terbuka ..seronok dapat berkumpul semua..
BalasPadamTeringin nak buat rumah terbuka tapi tu la..tenaga kerja takde
BalasPadamcantik bekas kuih raya tu. selamat hari raya =D
BalasPadam