Kenangan Aidil Fitri 04 Mei 1992- 04 Mei 2022
10:44 PGSelamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Mohon maaf zahir dan batin andai pernah terkasar bahasa dan menyinggung perasaan sepanjang kita menjalin ukhuwah di alam maya.
Sambutan Aidil Fitri kali ini lebih bererti buat Amie, kerana pada 4 Mei 2022 tepat 30 tahun berada di negeri Sabah. Teringat 30 tahun lalu, pada minggu ketiga sambutan Aidil Fitri, 01 April 1992 dapat surat penempatan ke Sabah. Ketika kita baca surat tersebut, kita lihat air mata Bonda terus bercucuran!
Beberapa hari sebelum berangkat ke lapangan terbang Subang, jiran-jiran datang bertandang dan sempat berpesan : Jangan sampai terkahwin dengan orang sana ye!
Takdir Allah, siapa yang tahu?
Bukan 3 tahun berada di Sabah, tapi sudah 30 tahun!
Kahwin?
Jodoh itu rahsia Allah.
Akhirnya terkahwin dengan orang Sabah!
11 comments
Salam aidilfitri kepda puan Amie sekeluarga..maaf zahir batin
BalasPadamSalam Aidilfitri.
BalasPadamMaaf zahir dan batin..
Salam aidilfitri, maaf zahir batin....
BalasPadam30 tahun? Mesti cakap pun dah bunyi sabah kan?
Selamat hari raya, Amie. Maaf zahir batin.
BalasPadamLamanya, sudah 30 tahun di Sabah.
Eid Mubarak.
BalasPadamlamabya menetap di sabah. Selamat Hari Raya Aidilfitri Amie, maaf zahir dan batin :)
BalasPadampost posting sy di SMK Majakir, Papar. Mula2 x nak gi tp bila pi sana, rasa best plak. Rezeki sy cuma 4 thn di sana. Mohon balik sbb arwah ma sdg sakit. Sempat la jaga dia sblom dia pergi ke alam baqa....
BalasPadamSalam Aidilfitri buat Kak Amie sekeluarga..
BalasPadamkita hanya merancang, perancangan Allah lebih baik. lama tu 30 tahun
BalasPadamwahh lamanya Kak Amie di Sabah. Syu baru nak masuk tahun ke 8.
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidil Fitri Amie, maaf zahir & batin...
BalasPadamlama tu 30 tahun, menabur bakti di bumi dibawah bayu..