Sarapan Mi Goreng Pedas di Hari Minggu
9:08 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen.
Sudah tentu hari ini merupakan hari yang sibuk buat sebahagian daripada kita. Pada hari mungkin ada yang sedang menghantar anak-anak kembali ke asrama atau ke kolej. Apa pun semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan. Bagi yang sedang memandu, sentiasalah berhati-hati semasa berada di jalan raya.
Jangan lupa alas perut terlebih dahulu.
Mi Goreng Pedas |
Seperti biasa tugas kaum ibu sudah tetulah menyediakan sarapan pagi untuk keluarga. Rutin sebelun bulan puasa berulang kembali!
Jom sarapan pagi dengan mi goreng pedas. Amie bubuh cili padi potong sebagai perencah. Firdaus akan bertanya kenapa tidak ada rasa pedas kalau makan mi goreng atau nasi goreng.
Mi Goreng Pedas |
Kena tambah beberapa biji cili padi buat ulam!
Sekian, sembang dari dapur di pagi minggu. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. In syaa Allah.
6 comments
Uish.. Cili padi jadi ulam.. Seram Sha.. hehehe.. Rutin kembali seperti biasa ye Kak Amie..
BalasPadamSedapnya, mee goreng. Memang sarapan yang mengenyangkan. Ada telor mata pula. :)
BalasPadamsaya kalau makan mi ke bihun goreng mesti nak timun. rs lain kalau x ada hehehe
BalasPadamselamat kembali bertugas untuk kak Amie dan kembali ke sekolah untuk Firdaus
BalasPadamPedas tu menambah selera, Kak Amie.
BalasPadamMee goreng adalah fav SA...tengok mee goreng ni rasa lapar plak perut padahal baru je sarapan
BalasPadam