Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol yang sangat sedap!!!!!
11:33 PG
Jemput makan Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol!
Sedapnya ya ampuuunnn!
Terima kasih buat rakan sekerja Cikgu Nor Kamilah Khalil dan Fauziah Deraman, anak Terengganu yang sudi kongsi resepi Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol. Resepi ini sudah 5 tahun Amie gunakan sekiranya ingin masak nasi dagang. Apa yang membuat Amie terpikat ialah gulai ikan tongkol yang sangat sedap walaupun hanya menggunakan rempah buatan sendiri.
Lama tak dengar khabar kedua-dua orang rakan yang sudah berpindah ke Malaya ini. Terakhir kali, beberapa minggu lalu berkongsi gembira Nor Kamilah dengan kelahiran anak keduanya. Moga kita dapat berjumpa lagi.
Tak teringin ke nak makan sama...ahaks? Ikan tongkol yang Encik Suami beli bersaiz kecil saja, jadi nampak comel-comel heheeeee! Aroma ketumbar, jintan, santan dan sebagainya yang menyatu menjadi kuah gulai ikan tongkol memang sungguh menggamit selera!
Jom kita lihat resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan untuk nasi dagang:
800 gram beras wangi
200 gram beras perang
500ml santan pekat
5 biji bawang merah - hiris nipis
5cm halia - hiris halus
1 sudu makan halba
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan gula melaka parut
Cara:
1. Rendam beras wangi dan beras perang selama 8 jam.
2. Toskan kedua-dua beras dan campurkan.
3. Kukus selama 20 minit.
4. Masukkan halba, bawang merah dan halia. Gaul rata. Tutup kembali periuk pengukus.
5. Campurkan gula melaka dan garam ke dalam santan.
6. Buka kembali tutup pengukus dan renjiskan santan pekat ke atas nasi. Gaul hingga sebati.
7. Kukus semula selama 10 minit.
8. Sedia dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar mentah.
Bahan-bahan untuk gulai ikan tongkol:
Bahan A:
1 kg ikan tongkol - bersihkan dan potong ikut suka
3 keping asam gelugur
1 sudu gula melaka parut
sedikit garam
Bahan B:
1 liter santan
3 keping asam gelugur
7 biji cili padi - belah 2
3 biji lada hijau
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu besar gula melaka parut
garam / perasa pilihan secukupnya
4 sudu besar minyak
Bahan kisar:
20 biji lada kering
7 biji bawang merah
7 biji bawang putih
5 cm halia
Cara:
1. Rebus bahan A hingga masak dan toskan airnya.
2. Gunakan air rebusan ikan untuk memerah santan kelapa.
3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar hingga pecah minyak.
4. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
5. Masukkan cili padi, cli hijau dan asam gelugur.
6. Masukkan ikan tongkol, garam dan gula melaka.
7. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Tutup api.
Jom makan!
4 comments
msk sndiri compom sedap kan kak...
BalasPadamdana dh bebrapa kli belajar msk nasi dagang ngn mil tp tak pernah cuba msk sdndiri kt kl, kalu takat gulai nya tu biasa jugak lah buat nya
Terima kasih perkongsian resepi rempah gulai nasi dagang.Dah lama cari resepi rempahnya. Susah sangat nak cari rempah gulai cap bunga Rose tempat saya ni. Nak buat nasi dagang kena buatlah rempah sendiri tapi saya tak tahu campurannya. Terima kasih seklai lagi perkongsiannya.
BalasPadamBaru jumpa resepi buat rempah sendiri..nk cari rempah cap bunga ros kat sni mmg xde la.terima kasih pd empunya resepi
BalasPadamTerima kasih berkongsi resepi. saya merantau memang takkan jumpe rempah nasi dagang. dengan adanya sumber dari Puan boleh lah buat melepas rindu
BalasPadam