Ikan Bilis Segar Goreng Tepung

9:18 PTG

Petang tadi sempat menyelinap ke dapur untuk masak nasi. Nak goreng ikan bilis salut tepung tapi tepung Bestari habis. Lupa pula pesan dengan Encik Suami untuk beli. Kalau ada tepung Bestari memang senang sangatlah nak goreng ikan , udang, sotong atau ayam salut. Tak payah cari bahan lain untuk tambah rasa.
Jadi, kenalah guna alternatif lain untuk salut ikan bilis. Nanti Amie kongsikan resipinya di bawah. Selain ikan bilis goreng, Amie masak singgang ikan tongkol dengan nanas. Ada budu dan tempoyak serta ulam kacang panjang dan kacang bendi. Cukuplah hidangan ringkas kami tapi sudah lengkap dengan keperluan tubuh badan seperti karbohidrat, protein dan fiber.

Ikan Bilis Segar Goreng Tepung


Hidangan nasi berlauk Ikan Bilis Segar Goreng Tepung, singgang ikan tongkol dengan nanas, ulam kacang panjang & kacang bendi serta budu & tempoyak.

Singgang Ikan Tongkol dengan Nanas.

Kacang bendi & kacang panjang celur.

Budu & Tempoyak

Ikan Bilis Segar.

Inilah rupa ikan bilis segar yang Amie goreng salut tepung. Amie bersihkan ikan ini dengan tangan saja. Cabut kepalanya, gunakan ibu jari untuk belah perut ikan dan buang isi perutnya. Seterusnya tarik tulang ikan bilis tadi dan tinggalkan ekornya. Nak buang ekor pun boleh. Amie tinggalkan ekor sebab senang nak pegang sewaktu celup ikan dalam adunan.


Ikan Bilis Segar Goreng Tepung

Sebagai pengganti tepung Bestari, Amie gunakan campuran tepung jagung dengan tepung beras. Tambahkan garam / perasa pilihan, serbuk lada sulah dan air. Untuk rasa yang lebih enak, masukkan 1 sudu kecil halia kisar dan 3 ulas bawang putih kisar.

Bahan-bahan:

  • 600 gram ikan bilis segar - buang kepala - lurut perut hingga ke ekor dan buang isi perut serta tulang - cuci bersih - toskan
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 /2 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan air atau secukupnya
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil halia kisar
  • 3ulas bawang putih kisar / tumbuk
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, masukkan tepung beras, tepung jagung, lada sulah, halia, bawang putih, garam / perasa pilihan dan air secukupnya. Adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali untuk menggoreng tenggelam.
  3. Celupkan seekor ikan bilis ke dalam adunan dan masukkan ke dalam kuali.
  4. Untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik dan ikan boleh 'bernafas' dalam minyak, jangan susun rapat-rapat ikan di dalam kuali. Amie hanya masukkan 5 ekor sahaja untuk sekali gorengan.
  5. Setelah ikan kelihatan kuning keemasan, bolehlah angkat dan toskan.

24 comments

  1. Mula-mula saya bayangkan ikan bilis yang kecil-kecil rupanya ikan bilisnya besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ikan bilis saiz besar. Kalau saiz kecil tak sanggup saya nak bersihkan.

      Padam
    2. Samalah kak NA, saya pun terbayangkan ikan bilis yang kecik tuu, rupanya besar jugakkk ikan bilisnya. Jenuhlah nak siap kalau bersihkan ikan bilis yang kecik tu kannn kak amie hahaha

      Padam
  2. Lama tak jumpa ikan bilis segar ni.
    Ulam kacang rebus cicah budu dgn kuah singgang lagi, adoi sedapnya :)

    BalasPadam
  3. Sedap2 nampaknya
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  4. Tempat saya panggil bilis tembaga ni....

    BalasPadam
  5. Ooo guna bilis besar yg fresh ya..krup krup krup krap..budu tu membuka selera

    BalasPadam
  6. Mula-mula tu terfikir juga ikan bilis apa, bila baca sampai bawah.. "Oooo ikan tu..." hehehehe...
    Nanti kena pi cari la, goreng garing2 pun sedap kan...

    BalasPadam
  7. sedapnya ikan bilis goreng celup tepung

    BalasPadam
  8. ada nampak ari tu..ikan bilis basah...teringin nak beli tapi tak tau nak masak apa

    BalasPadam
  9. Kalau besar masih panggil bilis lagi ke? Hihi.. gemuk2 eh ikan bilisnya, ingatkan kalau dah nama bilis, mesti halus jer tubuhnya

    BalasPadam
  10. tengok tajuk wah ikan bilis goreng tepung. lepas tu baru perasan bilis segar. ingat nak kecik2 tu. hehe. sedapnya...

    BalasPadam
  11. Pernah nampak kat pasar besar ikan bilis besar2 ni..tak pernah beli...

    BalasPadam
  12. Menarik betul ni macam udang salut tepung dah nampaknya. Tak pernah makan ikan bilis fresh lagi. Mesti sedap masak salut tepung ni.

    BalasPadam
  13. mama sy kalau jumpa ikan tu dia dadarkan dgn telur...😊

    BalasPadam
  14. Saya pernah tengok orang jerukkan ikan bilis besar begini, kak. Tapi saya tak pernah rasa lagi.

    BalasPadam
  15. bilis segar ni x pernah aida nampak. best nya.
    goreng tepung. krup krap krup krap :)

    BalasPadam
  16. Masa baca tajuk, jenuh bayangkan macam mana agaknya rupa ikan bilis goreng tepung.. Bila tengok gambar pertama terus Sha macam ... Eh.. kenapa ikan bilis kak amie tak macam ikan bilis.. hehehe..
    Rupanya ikan bilis yang besar2 tu ye.. Susah nak jumpa ikan bilis besar nie di sini..

    BalasPadam
  17. xpernah nmpk ikan bilis besar. tp msti sedap bila goreng tepung mcm tu

    BalasPadam
  18. Lama tak makan ikan bilis goreng tepung. Tak ada org jual dan susah nk dpt lps pkp mula ni

    BalasPadam
  19. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe