Hadiah Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Sudah Selamat Melintas Laut China Selatan!

9:57 PTG

Petang tadi, sementara menunggu sambungan kolokium maya pada pukul 3 petang, kita berehat dahulu  di dalam bilik.  Amie suruh Firdaus siapkan tugasan sekolahnya kerana dia pun ikut masuk bilik dengan membawa buku. Sewaktu Amie tidur, Firdaus asyik bercerita tanpa henti. Tak dapatlah Amie tidur. Kerja sekolah tidak dibuat pula! Amie suruh Firdaus turun di bawah bersama Encik Suami kerana Amie ingin lelapkan mata seketika. 

Tidak lama kemudian Firdaus ketuk pintu bilik dan masuk membawa bungkusan. Dalam mamai-mamai mata tertutup separuh, Amie sambut bungkusan itu dan letakkan di bucu katil. Mungkin bungkusan berisi belacan Siam sebab beberapa hari lepas Amie minta Abang Farid belikan belacan Siam dan gula Siam dari Shopee. Amie sambung tidur. 

Dalam tidur boleh pula terfikir kenapa bungkusan tadi tak ada bau belacan! Amie bingkas bangun, dan terus buka.

Rupanya bungkusan berisi Mellow Crunch kiriman blogger ATIQAH NAJIHAH. Amie tersenarai sebagai salah seorang di antara 3 pemenang Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah.

Apabila terpandang sudah pukul 3:15 di skrin telefon, Amie bergegas turun ke bawah! Alamak! Kolokium maya bersambung pada pukul 3 petang! Terlewat daftar masuk pula. 

Amie gunakan HP untuk ikuti kolokium dan buka PC untuk paparkan tugas PDPR Firdaus. Amie tunjukkan Firdaus Mellow Crunch di tangan Amie. Firdaus nak makan tapi Amie beri syarat supaya siapkan dahulu tugasan  yang guru subjek beri pada petang ini.

Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah.


Tugasan yang perlu Firdaus selesaikan ialah Matematik Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi : Membahagi Dalam Lingkungan Fakta Asas.

Mata memandang tugasan, hati dan perasaan membayangkan Mellow Crunch.

Seterusnya Firdaus menyiapkan tugasan Bahasa Arab berkaitan tubuh badan sihat.


Guru Bahasa Arabnya kata kalau murid-murid mewarna gambar dalam buku aktiviti, markah bonus akan diberikan. Jadi, Firdaus pun melengkapkan tugasannya dengan mewarna.


Mellow Crunch sudah tersedia untuk Firdaus!

Mellow Crunch


Sedapnya!
Tak sabar nak sudu bawa masuk mulut!



Sedapnya!
Memang krup krap krup krap Firdaus makan!
Kita pun tolong makan juga. Sedap sangat!
Kalau kanak-kanak dapat sebalang Mellow Crunch memang tak boleh berhenti mengunyah!
Firdaus kena sambung tugasan yang lain pula iaitu melukis poster bertajuk Hargai Keluarga. Nanti boleh sambung makan Mellow Crunch lagi.


Firdaus mewarna poster Hargai Keluarga.


Tiba-tiba Firdaus hilang dari pandangan. Ditinggalkan  lukisan yang belum siap bersama warnanya di atas lantai! Apabila Amie seru namanya, ini jawabnya dari dapur:
Daus makan Mellow Crunch!


Terima kasih Atiqah atas kiriman Mellow Crunch yang sangat sedap ini. Jauh perjalanannya melintas Laut China Selatan! Firdaus pun ucapkan terima kasih juga sebab dapat banyak bahagian!
Marilah luangkan masa berkunjung ke rumah ATIQAH NAJIHAH. Banyak perkongsian menarik serta info terkini yang dipaparkan dari semasa ke semasa oleh blogger comel dan manis ini!

33 comments

  1. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Semangat firdaus nak siapkan kerja dapat upah Mello Crunch. Senyap senyap repeat makan kat dapur. Hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang jew nak beli jiwa anak-anak ye Fizah heheheee.

      Padam
  2. Hehe kena umpan dengan Mellow Crunch.
    Alhamdulillah selamat sampai pada tuannya.

    BalasPadam
  3. Tahniah. Nampak best sangat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap. Anak-anak suka, orang tua pun suka!

      Padam
  4. alhamdulillah rezki firdaus n amie terbag dari malaya siap landing ataih pokok lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaaa... sementara tunggu Firdaus siap buat kerja, cari idea nak tangkap gambar akhirnya landing dia kat atas pokok hihihiii!

      Padam
  5. tahniah..adik aritu ada beli juga

    BalasPadam
  6. Yy, dapat upah ya, Firdaus... Tahniah, Kak Amie memang Mellow Crunch, kita pun ada sebalang tu, tapi beli sendiri, hihi

    BalasPadam
  7. Comelnya Firdaus. Semangat ye siapkan tugasan demi nak cepat makan Mellow Crunch.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak hatinya masih lembut....senang nak pancing hehehee.

      Padam
  8. Alhamdulillah selamat sampai jugakkkkk, ingatkan kak amie tak dapat lagi sebab tengok dalam tracking shopee, dia cakap tak berjaya hantar sebab penerima tak ada di rumah ehh tup tup kak amie up entri. Apa apa punn selamat menjamu Mellow Crunch kak amie dan firdaus :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih banyak Atiqah. Jauhnya MC menyeberang, selamat sampai ke LD. Kadang-kadang tak betul tu kenyataan dalam tracking. Nanti buat aiveaway lagi ye.

      Padam
  9. alhamdulilah tahniah kak. nampakkkkk sedapppp nyaaa

    BalasPadam
  10. Kudapan sedap ni time BDR...Tahniah cikgu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! Sedap sangat. Makan dengan sudu, tak kotor meja BDR.

      Padam
  11. Terliur plak tengok Mellow Crunch u ha...nampak sedap...

    BalasPadam
  12. sedapnya nmpk mellow crunch tu. msti firdaus suka

    BalasPadam
  13. Wow.. Sampai atas pokok coklat tu.. hehe. Seni tu.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah sampai dgn selamat hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe