Ayam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi dengan Nanas

7:55 PTG

Walaupun seharian mengikuti kursus online, tetapi sempat juga bersilat di dapur. Waktu rehat dari pukul 1:15 hingga 2:30 petang Amie gunakan sebaik-baiknya untuk masak, solat dan tepat pukul 2:30 kembali menghadap ZOOM.

Ayam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi dengan Nanas


Tidak banyak pilihan bahan untuk dimasak. Melihat cili padi yang masih banyak dan sebiji nanas yang tak berapa masak, timbul selera untuk menikmati masakan lemak cili padi pula! Teringat NUR SLOW RUNNER suka bubuh daun kunyit dalam masakan lemak ayam, Amie pun lari ke belakang dapur cantas dua tiga helai daun kunyit.

Kali ini Amie tidak kira berapa biji gunakan cili padi, sebaliknya Amie ambil satu genggam masukkan dalam mesin pengisar bersma kunyit hidup dan bawang! Teringat sewaktu berkunjung ke rumah kawan di Ampangan, Negeri Sembilan Amie melihat ibu kawan Amie kaut saja segenggam cili padi untuk masak lemak terung dengan ikan! Waktu itu memang tidak dapat bayangkan betapa pedasnya hasil masakan itu nanti. Tetapi ketika makan, tidaklah pedas sangat walaupun gunnakan cili padi kampung. Santan kelapa ada 'kuasa' tersendiri untuk seimbangkan rasa pedas cili padi.

Kali ini nanas yang Amie gunakan belum masak sepenuhnya. Memang keluar rasa masamnya, dan tak perlu Amie tambahkan asam keping, sebaliknya Amie tambahkan satu sudu kecil gula perang ke dalam masakan.

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
  • 500 gram nanas (setengah masak) - potong ikut suka
  • 250 ml santan pekat
  • 600 ml air
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun kunyit siat dan simpul
  • gula perang secukupnya
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 30-40 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Masukkan ayam dan nanas ke dalam periuk / kuali.
  2. Kemudian masukkan air, bahan kisar dan serai.
  3. Masak sehingga ayam empuk dan nanas menjadi kecut. Boleh rasa kuah, sekiranya kurang masam bolehlah masukkan asam keping.
  4. Seterusnya tuangkan santan, garam / gula / perasa pilihan.
  5. Kacau selalu supaya tidak pecah santan. 
  6. Apabila kuah mendidih, padamkan api dapur.

Ayam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi dengan Nanas.

Firdaus makan nasi tuang kuah sampai banjir. Dua kali budak kecil itu tambah nasi. Selepas makan, Firdaus terus lari masuk bilik air.

Mommy masak sedap sangat! Daus suka makan. Tapi Daus nak mandi sebab pedas!

Oh! Wahai Ayam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi dengan Nanas! Kenapalah engkau sedap sangat?

17 comments

  1. Memang kalau masak lemak pekat dan pedas makan Bert am baht am bah.

    BalasPadam
  2. Nampak sedapnyer
    Tapi dah tua2 ni wak tak berapa berani pedas2

    BalasPadam
  3. kak amie suka memasak sebab tu busy mcm mna pun kak amie tetap memasakkkk

    BalasPadam
  4. uiii.. SHa tgk cili tu kak amie... tau dah sedapppp.... xpedas tak sah!

    BalasPadam
  5. sedapnya, kena pulak dgn sambal belacan. umphh!

    BalasPadam
  6. Saya setuju dengan Fatimah Nabila. Masak lemak kalau digabungkan dengan sambal belacan, memang ummmp.

    BalasPadam
  7. Aduiiii.. Sedapnya... Ok ni boleh jadi lauk buka puasa hari ni.. Lama xmakan masak lemak ayam ni

    BalasPadam
  8. Lauk ni kalau ada baki,makan hari ni bertambah sedap ni.Kuayb dah mesra dalam isi nanas.Kalau Daus pun boleh tambah nasi,pastilah sedap masak lemak cili padi tu....

    BalasPadam
  9. sedapnya lemak manis masam pedas terliur pandang

    BalasPadam
  10. sedapnya nmpak..tmbh2 lg bila pedas.
    comel je daus siap kena mandi lps mkn sbb panas. haha

    BalasPadam
  11. Favorite laukkkk! Pedas menyengat! Sedapp sangat tu firdaus makan sampai menambah dua kali. Air tangan ibu kannn tak pernah tak sedapppp!

    BalasPadam
  12. Ada resepi yang masukkan kerisek dalam masak lemak cili api ni, tapi kita tak pernah cuba lagi, kalau masukkan nenas dan daun kunyit tu pernah buat sekali, akhirnya sy berbalik pd resepi asal MLCA yg cuma guna cili api dan kunyit, halia serta serai.

    BalasPadam
  13. guna cili kg buat masak lemak cili api..mmg terangkat la kak Amie..aduhai shida xmkn pedas sgt ^_^

    BalasPadam
  14. Masak lemak kalau taruk daun kunyit lagi sedap, tapi tulah rumah saya semua perut omputih tak makan pedas. Hihi

    BalasPadam
  15. Wah..nanti SA nak cuba...x pernah lagi masak lemak cili api ayam campur nenas

    BalasPadam
  16. Wahh memang terasa pedas terangkat tu huhu.. memang sedap pernah mkn masak lemak letak nenas

    BalasPadam
  17. Sedapnya ayam masak cili api pedas berapi. Berpeluh makan macam ni. Hihi...
    Kalau ada rencah masakan yang masam tu memang tak letak dah asam keping. Sedap juga letak nanas.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe