White Castle : Luxury Cream Wafers

8:48 PTG

Kadang-kadang rasa kasihan melihat Firdaus menyiapkan tugasan PDPR setiap hari. Tentu anak sekecil ini berasa tidak selesa. Apalagi kalau terpaksa rakam suaranya, pergerakannya dalam mengikuti sukatan Pendidikan Jasmani,  dan macam-macam lagi. Kadang-kadang berlinangan air matanya kerana ketakutan apabila suaranya dirakam untuk dihantar kepada gurunya. Mudah-mudahan 1 Mac 2021, Firdaus akan gembira dapat mengikuti PDP bersemuka di sekolah.

Amie penuhi permintaannya dengan membelikannya Luxury Cream Wafers seperti yang dimintanya minggu lepas. Firdaus minta 4 tin, tapi Amie hanya dapat 3 tin dengan 3  perasa yang berbeza. Itu pun dia sudah rasa sangat seronok!


Rupanya Fuad pun  peminat wafers ini juga! Terpaksalah Firdaus bahagi dua dengan Fuad. Amie pesan Firdaus  supaya makan cara berjimat. Jangan makan semua sekali. Lagi pun wafers ini manis.  Tak elok untuk gigi.


Petang tadi Firdaus tercari-cari satu tin yang hilang. Rupanya Fuad yang ambil dan bawa masuk biliknya! Alahai! Fuad pun macam budak keciklah pulak.... ahaks! 

Sebenarnya Amie belikan Firdaus sebab dia dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru-gurunya. Sesekali perlu juga kita tunjuk penghargaan atas usaha anak-anak bersusah-payah menyiapkan kerja sekolah secara online.

11 comments

  1. Selamat bersekolah Daus handsome..!
    Ramai ibu bapa lain juga sedang sibuk membuat persiaPn. Sana sini jalan jem. Kat tempat saya ni pasaraya Hari Hari & kedai kazut penuh sesak.

    BalasPadam
  2. Seronok dia walaupun dapat 3 tin. Alhamdulillah rewards untuk firdaus siapkan tugasan. boleh bagi semangat kat dia. kesian firdaus tak selesa nak kena rakam tu. faham sangat. semoga masuk sekolah nanti semuanya akan kembali seperti biasa. face to face lagi selesa untuk firdaus. Alahaii ada pulak geng suka yang sama. Takpelah, sharing is caring :)

    BalasPadam
  3. Ank sy pun mcmtu kak.bila kena meyanyi paling dia x reti..alhmdulillh esok dh sek

    BalasPadam
  4. Wah, tiga tin sekali dapat tu, untunglah Firdaus, tahniah tau Daus Hensem

    BalasPadam
  5. HILANG BOSAN PDPR DPT KUNYAH WAFERS YA DAUS

    BalasPadam
  6. Saya tak jumpa la white castle wafer ni masa pi kedai. Seronok Firdaus dapat nikmati wafer, walaupun kena share dengan abangnya ye. :)

    BalasPadam
  7. betul, tak elok utk gigi.. jgn makan byk sngt... gigi firdaus cantik.. jga gigi tau :)

    BalasPadam
  8. wah bekas dia cantik lah...nak kena carik ni hehehe terikut cam firdaus lah pulak

    BalasPadam
  9. Hari ni dah 1 Mac. Selamat kembali ke sekolah ye Firdaus. Belajar rajin-rajin . Nanti ibu upah wafer lagi. Hehe

    BalasPadam
  10. apalah abg fuad ni...sian adik ;-)

    BalasPadam
  11. Sha suka waffers.. tak kira jenam..
    seronoknya dia dapat rewards..
    Sha setuju dengan sis.. sesekali memang kena bagi rewards dekat anak2 nie..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe