Makan Besar Tengahari

4:05 PTG

Hari ini tak mahu berlama-lama di dapur. Nak rehatkan diri sambil menonton drama Korea saja. Orang lain cuti Tahun Baru Cina, kita pun nak cuti juga dari masuk dapur. Tengahari tadi minta tolong Abang Farid order pizza & KFC. 15 minit kemudian abang angkat Foodpanda Abang Farid sampai depan rumah hantar KFC, dan 15 minit berikutnya abang angkatnya yang kedua datang hantar pizza pula.

Amie tambahkan:

  • kentang goreng
  • salad
  • baby carrot
  • buah epal


Pizza, regular & stuffed crust..... huurrmmm budak-budak suka yang hujungnya gemuk dipenuhi cheese!
  • Island Supreme
  • Veggie Lover
  • Beef Pepperoni
  • Cream of Mushroom Soup (FOC)

Yang di tengah hujung tu baru bangun tidur terus masuk dapur!

Sebiji pizza dipotong 6. Oleh kerana ada 3 biji, jadi Amie susun 3 jenis dalam satu pinggan. Taklah panjang tangan nak capai jauh-jauh waktu makan.

Berlaku salah faham sewaktu Abang Farid tolong order KFC. Amie minta Abang Farid order 2 kotak 3-pc Golden Butter Cereal. Jadi, nanti ada 6 ketul ayam goreng. Rupanya Abang Farid salah dengar. Yang sampai ialah Golden Butter Cereal Box Meal, yang mengandungi seketul ayam goreng, Zinger Classic, Crispier Fries & Whipped Potato dan air minuman!

Inilah ayam dua ketul yang sangat kita suka sangat tu! Tapi bila sudah ada banyak pilihan makanan, tidaklah teringin sangat nak makan, cuma ambil sedikit saja. Lagipun isi Zinger Classic sama juga, ayam goreng. Nak rasa butter cereal, makan saja dengan serdak dalam dua bekas kecil itu.

Kentang goreng dari dapur. Tuangkan Jalapeno Cheese Sauce saja di atasnya.

Pizza yang tak habis dimakan, boleh panaskan semula. Rasanya petang nanti pun macam malas nak turun ke dapur. Malas nak masak ler tu!

Gembira sangatkan orang yang suka makan lobak merah tu bila ada baby carrot dalam hidangan. Siapa peminat lobak merah d rumah ini kalau bukan Fuad!

Fairuz nampak lapar betul. Maklumlah baru balik dari menghadiri kelas tambahan!

Sekian.
Gong Xi Faa Chai.

10 comments

  1. Wah.. Ni betul makan besaq ni.. Nyumss kak.. Selamat bercuti n mrehatkan badan dan minda

    BalasPadam
  2. Penuh satu meja hidangan hari nie amie. Selamat tahun baru cina & selamat beristirehat bersama seisi keluarga :)

    BalasPadam
  3. Hihihi.. Kita pun samalah tak masak sempena public holiday, dari pagi membaca ke petang ni dok melingko aje kerjanya.

    BalasPadam
  4. Uish... Memang makan besar tu.... Siapa yang raya ni?
    Hihihihi

    BalasPadam
  5. Wahh makan besar style Kak Amie. Sekali dua orang abang angkat datang. hihi..
    Meriah makan besar sempena cuti santai santai. bial order makanan, dapatlah rehat sikit dan buat kerja lain gitu :)

    BalasPadam
  6. Seronok plak makan besar style kak Amie anak beranak ni....meriah...

    BalasPadam
  7. Amie.. Kejamnya.. hahaha.. Tertengok di waktu malam lah pula entry ini.. Hahaha.. Terus rasa macam nak cari makanan kat dapur.. kakaka..
    sedap-sedap semuanya Amie..

    BalasPadam
  8. Sekali-sekala kena cuti masak juga. Chef pun perlu berehat. Hehe. Tengok gambar keluarga tengah nikmati hidangan, macam-macam muka ada. Macam family saya juga. Hehe, ada yang baru bangun tidor, baru lepas buat kerja, hehe. Sedap, sedap, kfc dan pizza. :)

    BalasPadam
  9. perlu utk angkat kuali sekali sekala.. haha
    kalau masak hari2 pun jemu juga. baru makan pizza hut yg terbaru tu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe