Resepi Mee Sup Ayam Yang Mudah dan Sedap!
8:39 PTG
Assalamualaikum.
Selamat berbuka puasa buat semua umat Islam yang menunaikan ibadah puasa walau di mana juga anda berada.
Kami, orang LD berbuka puasa pukul 6.13 petang. Solat tarawih pun kira lebih awal berbanding waktu di Malaya. Mungkin ketika entri ini ditulis, rakan-rakan di Malaya sedang menunaikan solat tarawih. Moga Ramadan kali ini lebih bererti dari yang sebelumnya. Mudah-mudahan bulan penuh keberkatan ini menjadi milik kita hingga ke penghujungnya. Aamiin.
Hari ini, Amie sediakan menu berbuka puasa dengan hidangan Mee Sup Ayam yang sangat ringkas. Cuaca di LD mendung, jadi dapur pun agak gelap. Gambar pun tak berapa terang. Tapi yang penting Amie dapat kongsikan resepi yang sangat ringkas, tapi masih tetap ketika dinikmati.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
1 sudu besar rempah sup
1 pokok sawi - potong ikut suka
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
3 sudu besar minyak
1.5 liter air
garam / kiub ayam / perasa pilihan
Bahan hiris:
2 cm halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
Bahan lain:
mee kuning secukupnya - celur - toskan
hirisan daun sup
bawang goreng
sambal kicap
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga layu kekuningan.
2. Masukkan rempah sup, lada putih dan ayam. Kacau rata hingga keluar air ayam, dan biarkan sehingga ayam layu.
3. Tuangkan air dan biarkan masak mendidih sehingga daging ayam empuk.
4. Masukkan sayur sawi / garam / kiub ayam / perasa pilihan.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
Hurrrmmm... tak jumpa pulak di mana menyoroknya bawang goreng! Apa pun, sedap jew Encik Suami hirup kuah Mee Sup Ayam tu! Bukan apa. Sambal kicap itulah penggoda utamanya...hiks! Kiranya, Mee Sup Ayam hidangan berbuka puasa kami ini menyihatkanlah, sebab ada sayur sawi di dalamnya.....ngeeee!
Selain Mee Sup Ayam yang simple dimple, Amie sempat goreng sayap ayam dan juga nasi goreng. Ada nasi lebihan sahur pagi tadi, jadi eloklah jangan membazir. Bila digoreng, sedap juga dibuat hidangan berbuka puasa.
Fairuz rajin pula sediakan air minuman. Air kundur kot!
Dah pesan dengan Encik Suami : Tak payah beli apa-apa kuih. Nanti tak habis makan, membazir pula! Tapi, diam-diam dibelinya juga. Tak banyak, tiga ketul jew setiap jenis, tapi kalau dah tiga jenis, jadi 9 ketullah semuanya!
Wokeh!
Terima kasih sudi baca bebelan makcik.
Jumpa lagi!
Oh...ya! Ada lagi mee kuning dengan sup di dapur. Encik Suami dan Fairuz baru balik dari tarawih. Marilah, kita panaskan kuah. Makan lagi Mee Sup Ayam.
5 comments
Alaa...lambat buka blog akak..pg tadi si kecik request mee sup tuk sahur....tp sup mama pagi tadi versi campak2 jer..hehehe..Selamat Menyambut bulan Ramadhan kak
BalasPadamdana suka mee sup yg simple2 mcm tu kak, boh sambal kicap sikit jd sedap...
BalasPadamok jugak menu tuh, blh jadikan salah satu antara menu berbuka nnti
Selamat menyambut Ramadan !!!
BalasPadamAlahai sedapnya buat buka Pon sodap
BalasPadamShidah,
BalasPadamversi campak2 tu lagi sedap tau!
Norhdana,
sambal kicap memang pelengkapnya, kalau tak ada rasa puas makan hahaaa.
FHA,
terima kasih... sama-sama kita berpuasa.
Mamapp,
jemput.