Latok, Ikan Bakar, Kicap Lada & Mangga
6:11 PTG
Meriahnya dunia masakan!
Penuh dengan kemewahan pelbagai jenis resepi dari pelbagai suku kaum.
Setiap satunya mempunyai keunikan yang tersendiri.
Dan masih tidak dapat dilupakan, di suatu waktu beberapa tahun lepas, di kala tengahari ketika perut sedang lapar, tiba-tiba mendapat pelawaan dari beberapa orang pekerja am untuk menikmati makan bersama mereka. Waktu itu Amie bertugas menggantikan pengetua, sewaktu musim cuti sekolah.
Mereka menghidangkan nasi panas (masih dalam periuk), ikan kayu saiz kecil yang dipanggang di bawah pokok mangga, sebungkus latok yang masih bertangkai, segenggam cili padi, sebotol kicap dan setangkai mangga muda yang sedang dikupas!
Pada mulanya Amie tidak tahu bagaimana untuk memakannya.....!
Akhirnya Amie manmbah 3 kali nasi ke dalam pinggan!
Begitu enaknya makan nasi berlaukkan ikan kayu panggang! Patahkan sahaja cili padi, dan tuangkan kicap, kemudian tambahkan hirisan mangga!
Amie ingin mengulanginya lagi ketika berbuka puasa!
Sediakan sahaja ikan kayu, ;llatok, mangga muda dan cili padi serta kicap.
Hiris cili padi, tuangkan kicap dan perahkan limau kasturi. Gunakan kicap cukup rasa seperti Kicap Cap Kipas Udang, jadi tak perlu tambah sebarang perasa lain.
Cuci bersih latok, toskan. Sedia untuk dihidangkan.
Ikan kayu panggang yang Amie makan bersama mereka dahulu tidak berkunyit, hanya bubuh sedikiot sahaja garam! Amie bubuh garam kunyit dan sedikit minyak. Panggang dalam kuali ajaib.
Walaupun tidak dapat menandingi keenakan rasa ikan panggang mereka, tapi sekurang-kuirangnya dapat mengurangkan rasa rindu untuk menikmatinya!
Siaplah hidangan berasakan masakan tradisi suku kaum Bajau di meja makan.
Azan Maghrib pun berkumandang di udara.
Bismillah.
3 comments
Kecur air liur tgk lauk yg simple begini..
BalasPadamdana sgt terliur dengan latok tu kak,tak pernah dana jumpa di sini... mesti sedap rasanya meletup2 dlm mulut kan kak
BalasPadamikan kayu tu ikan tongkol ke kak?? tp nampak saiznya kecik sikit dari ikan tongkol yg biasa tuh
menu yg simple tu kadang lg membuka selera kan...
Unknown,
BalasPadamyang simple itulah yang selalu menggugat selere heheee.
Norhidana,
latok tu rasa masin2 air laut, orang sini panggil anggur laut,
ikan kayu itu ikan tongkol, banyak saiznya tapi yang sedap dan manis saiz kecil.