Berbuka Puasa dengan Masakan Tradisi Bugis
8:21 PTG
Assalamualaikum.
Hari ini gantung periuk.
Rasa letih sangat, sampai susah nak buka mata! Lepas solat Zohor kononnya akan keluar menguruskan hal-hal personal, tetapi disebabkan rasa mengantuk yang amat sangat akhirnya terlelap sehingga menjelang Asar. Azan yang berkumandang mengejutkan lena, dan bingkas bangun tunaikan solat. Kemudian terus bersiap untuk keluar. Urusan selesai pada pukul 4 petang. Memandangkan sudah agak lewat, kami singgah di bazar Ramadan di Fajar dan beli sajalah apa yang boleh dimakan.
Jadi tiada perkongsian resepi dari dapur sendiri tetapi masih juga kongsikan hidangan masakan tradisional masyarakat Bugis LD yang banyak dijual di mana-mana bazar Ramadan di LD.
- Barobbo
- Ayam Palekkok
- Nasu Likku
- Buras
- Barongko
Barobbo @ Bubur Jagung ini Encik Suami bawa pulang dari sekolah. Katanya, guru-guru bergotong-royong masak bubur ini untuk majlis berbuka puasa di sekolah. Alhamdulillah. Rezeki Allah.
Beli dua ikat buras (isi pulut) dengan harga RM2 setiap ikat.
Buras ini Amie temankan dengan Nasi Likku (Ayam Masak Lengkuas), gambar di bawah.
Selain itu, Amie tambahkan sejenis lauk lagi iaitu Ayam Palekko.
Ayam Palekkok ini pedas tau!
Pedas cili padi kampung!
Dan satu lagi makanan tradisional masyarakat Bugis yang terkenal, iaitu Barobbo sebagai pencuci mulut.
Untuk Firdaus, kami belikan Nasi Ayam Penyet seperti di atas. (Nasi Ayam Penyet tertulis di atas bekas nasi di atas). Mungkin Nasi Ayam Penyet versi LD.
Fairuz pesan nasi kerabu. Kami beli 3 bungkus nasi kerabu lauk ayam percik.
Memenuhi permintaan Fairuz lagi, kami belikan tau foo fah, karipap dan popia salut sambal. Jadi, hidangan berbuka puasa kami nampak pelbagai! Dari masakan tradisi Bugis sehingga ke tau foo fah!
3 comments
Rezeki Ramadhan ni , semua sedap sedap tu , alhamdulillah..
BalasPadamkat sana mmg terkenal ngn masakan bugis ya? selama ni kalau masakan bugis dana cuma kenal ketupat lui, burasak je... tp ni ada mcm2 lg ye makanan masyarakt bugis... nampak menyelerakan betul
BalasPadamsesekali gantung periuk best gk kak
Maqnie,
BalasPadamAlhamdulillah. Tak semua yang dibeli di baza Ramadan itu tidak boleh diterima tekak...hehehee.
Norhidana,
kebanyakan penjual makanan di sini memang orang Bugis, dan yang menonjol memang masakan tradisinya.