Daun Kelor Masak Lemak

2:24 PTG

Hari ini sempat tanak nasi, goreng ikan dan masak sayur daun kelor. Daun kelor tu Amie masak lemak putih. Aduhai....! Aroma masak lemak putih mengimbau kenangan lampau semasa tinggal di kampung halaman nun jauh di sana! Kalau balik sekolah, buka gerobok nasi di dapur, terus terpandang sayur masak lemak putih (ta kiralah sayur pucuk ubi, sayur petola atau lain-lain sayur) memang terus duduk bersila makan sampai kenyang, barulah buka baju sekolah! Pada Amie, masak lemak putih (tanpa campuran kunyit dalam masakan) merupakan satu hidangan yang sungguh menggoda selera! Ia memiliki aromanya yang tersendiri, terasa segar dan harum bau santan kelapanya!

Daun kelor ini datangnya dari pokok kelorlah kan.... ahaks! Nama lain pokok kelor ni yang pernah Amie dengar termasuklah  merunggai, rambungai, lemunggai dan entah apa lagi! Kadang-kadang tersalah pandang pulak, sebab adakalanya kita menyangka daun kelor itu sama seperti daun geti atau daun turi. Tak sama tu!
Selain daun kelor, Amie tambahkan keledek oren dan lokan. Lokan ni pulak jenis yang isinya lembut, jadi taklah liat seperti lokan saiz besar yang Amie selalu masak tu.
 
 Bahan-bahan:
secekak(lebih kurang 10-12 tangkai)  daun kelor - lurutkan daun dari tangkainya
1 biji keledek oren - kupas kulit dan potong ikut suka
1 cawan isi lokan
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 biji cili merah - hiris
1 batang serai - diketuk
garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan tumbuk :
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara memasak:
1. Jerang air di dalam periuk.
2. Masukkan keledek, isi lokan, serai, cili merah dan bahan tumbuk.
3. Masak sehingga keledek menjadi empuk.
4. Masukkan daun kelor dan kacau sekali dua.
5. Tambahkan santan pekat, garam / perasa pilihan secukup rasa.
6. Apabila santan mula mendidih, padamkan api dapur.
7. Hidangkan semasa masih panas.

Tak sabar nak makan nasi panas dengan Daun Kelor Masak Lemak. Lebih enak kalau ada sambal belacan kan, sebab dah ada ikan goreng. Tapi tak apalah. Perut pun dah lama berkeroncong, jadi tambah sahajalah dengan jeruk tuhau dalam pinggan!

6 comments

  1. Hi Amie. First time kat sini. Sayur masak lemak macam ni sedap. Letak sambal belacan, wah! Mesti tambah nasi :)

    BalasPadam
  2. Phong Kong,
    betul tu... sambal belacan pelengkap hidangan!

    BalasPadam
  3. Faizah,
    jemput... masakan kampung memang sodap!

    BalasPadam
  4. Lokan tu org itaLi masak pasta.. vongole..tapi kecil atau sedang.. sbb mHal

    BalasPadam
  5. Inilah cara orang Kelantan masak sayur Amiey,menjadi kesukaan di sini..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe