Ikan Masak Cuka
6:48 PTG
Masak ikan lagi...hiks!
Hari ini olah ikan masak cuka. Masakan ini cukup digemari Fuad. Dia pun pandai masak resepi ini kalau dah terpaksa! Maknanya kalau di nak makan, kita malas masak... dia pun berusaha sendiri untuk masak di dapur!
Amie terlupa nama ikan yang Amie masak ni! Ada rupa ikan tenggiri tapi bukan ikan tenggiri. Saiznya kecil sedikit tetapi isinya penuh, dan warna kulitnya lebih hijau dan bersinar berbanding ikan tenggiri. Mungkin berkelluarga dengan tenggiri juga tu.
Bahan-bahan:
8 kepingan ikan - gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - goreng hingga masak dan ketepikan
1 sudu kecil biji sawi
3 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
300 ml air
1/2 cawan minyak
garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan hiris:
1 biji timun - buang isinya - potong 3 cm memanjang
1 batang lobak merah - buang kulit - potong 3 cm memanjang
2 biji cili merah - belah 2
2 biji cili hijau - belah 2
10 ulas bawang putih - belah 2
10 biji bawang merah - belah 2
3 cm halia - hiris memanjang
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng biji sawi seketika.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan cili merah serta cili hijau. Gaul rata.
3. Tambahkan cuka, lobak merah dan timun. Masak seketika sehingga timun kulit timun bertukar warna.
4. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, dan masak selama 4 minit.
6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa pilihan lain jika suka.
7. Padamkan api dapur.
4 comments
sedapnyaaa... saya hantu ikan sekarang ni since kulit sensitif dengan ayam. ikan la jadi faveret selama ni.
BalasPadamfuhhh.. memang sedap menu ni, ni menu yg arwah mak nani suka.. biasa abah gi ke laut dapat ikan duri mesti mak request nak ikan duri masak cuka.. sampai terjangkit dengan anak dia ni, ikan duri, ikan gelama, ikan merah, mmg nani wat masak cuka.. :) menu resepi turun temurun, sekarang ni anak nani pun suka menu ni..
BalasPadamWah! Sedap ni. PH memang blur kalau topic ikan. Yang tahu ikan kembung, salmon, keli and cencaru. Yang lain langsung tak main.
BalasPadamFaizah,
BalasPadammemang lebih bagus makan ikan berbanding ayam.
Nani,
sedapkan Nani... lagilah kalau dibiarkian setengah hari atau sehari sebelum dimakan, waduh! mereseap segala masam masin manisnya...
OH,
memang sedap masak cuka ni...