Hari ini sempat tanak nasi, goreng ikan dan masak sayur daun kelor. Daun kelor tu Amie masak lemak putih. Aduhai....! Aroma masak lemak putih mengimbau kenangan lampau semasa tinggal di kampung halaman nun jauh di sana! Kalau balik sekolah, buka gerobok nasi di dapur, terus terpandang sayur masak lemak putih (ta kiralah sayur pucuk ubi, sayur petola atau lain-lain sayur) memang terus duduk bersila makan sampai kenyang, barulah buka baju sekolah! Pada Amie, masak lemak putih (tanpa campuran kunyit dalam masakan) merupakan satu hidangan yang sungguh menggoda selera! Ia memiliki aromanya yang tersendiri, terasa segar dan harum bau santan kelapanya!
Daun kelor ini datangnya dari pokok kelorlah kan.... ahaks! Nama lain pokok kelor ni yang pernah Amie dengar termasuklah merunggai, rambungai, lemunggai dan entah apa lagi! Kadang-kadang tersalah pandang pulak, sebab adakalanya kita menyangka daun kelor itu sama seperti daun geti atau daun turi. Tak sama tu!
Selain daun kelor, Amie tambahkan keledek oren dan lokan. Lokan ni pulak jenis yang isinya lembut, jadi taklah liat seperti lokan saiz besar yang Amie selalu masak tu.
Bahan-bahan:secekak(lebih kurang 10-12 tangkai) daun kelor - lurutkan daun dari tangkainya
1 biji keledek oren - kupas kulit dan potong ikut suka
1 cawan isi lokan
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 biji cili merah - hiris
1 batang serai - diketuk
garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumbuk :
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Jerang air di dalam periuk.
2. Masukkan keledek, isi lokan, serai, cili merah dan bahan tumbuk.
3. Masak sehingga keledek menjadi empuk.
4. Masukkan daun kelor dan kacau sekali dua.
5. Tambahkan santan pekat, garam / perasa pilihan secukup rasa.
6. Apabila santan mula mendidih, padamkan api dapur.
7. Hidangkan semasa masih panas.
Tak sabar nak makan nasi panas dengan Daun Kelor Masak Lemak. Lebih enak kalau ada sambal belacan kan, sebab dah ada ikan goreng. Tapi tak apalah. Perut pun dah lama berkeroncong, jadi tambah sahajalah dengan jeruk tuhau dalam pinggan!
Hi Amie. First time kat sini. Sayur masak lemak macam ni sedap. Letak sambal belacan, wah! Mesti tambah nasi :)
BalasPadamPhong Kong,
BalasPadambetul tu... sambal belacan pelengkap hidangan!
fuhhhh sodap ni...
BalasPadamFaizah,
BalasPadamjemput... masakan kampung memang sodap!
Lokan tu org itaLi masak pasta.. vongole..tapi kecil atau sedang.. sbb mHal
BalasPadamInilah cara orang Kelantan masak sayur Amiey,menjadi kesukaan di sini..
BalasPadam