Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Padi

10:45 PTG

Petang tadi riuh semula rumah setelah sunyi sepi sejak 5 hari lalu.... Fairuz ikut aktiviti pengakap di Kem Tiku di Tawau. Mulanya Fairuz tak mahu pergi sebab nak ikut latihan robotik di sekolah, tapi bila difikirkan semula markah kokurikulum lebih banyak dikumpulkan jika ikut aktiviti pengakap yang melibatkan pengakap dari Indonesia dan Brunei itu, jadi pergilah anak bujang kami tu ke sana.... 
Adapun pemergiannya selama 5 hari sangatlah dirindui oleh Firdaus.... aduhai anak! Bila Fuad ke gym atau ke perpustakaan, tinggallah berdua di rumah dengan Firdaus! Petang tadi kakak ipar, pengasuh Firdaus meminta supaya Firdaus dihantar ke kampung....  oh! Ingatkan cuti sekolah selama seminggu ini Amie ingin habiskan masa bersama anak-anak, bermain, bergurau, berkelahi..... Seronoknya melayan Firdaus yang tak berhenti bercakap itu dan ini, memanjat sana sini! Kalau tak buang air besar 2 kali, kalau tak menyusu 3 kali dan kalau tak makan tengahari, jangan haraplah Firdaus mahu tidur! Dan tidurnya pulak, mesti berteman... kalau kita tinggallah dia sekejap pun, dia akan jaga! Kebetulan pula sewaktu menemaninya tidur lewat pukul 3 petang tadi, Encik Suami pulang awal. Bolehlah gantikan tempat Amie di sebelah Firdaus... dan bolehlah Amie menyelinap ke dapur!
Tentu Fairuz lapar bila sampai rumah nanti. Eloklah sediakan hidangan makan malam lebih awal, jadi bolehlah Fairuz berehat. Biasanya kalau balik dari perkhemahan memanglah penat, letih... dengan muka terbakar, dengan pakaian dan kasut kotor....

Alhamdulillah, sebaik sahaja siap semua masakan, Fairuz pun sampai ke rumah bersama sepupunya Faiz. Seperti yang dijangkakan... nampak kering layu wajah anakku! Tapi.... Firdaus tak peduli itu semua... terus diterkamnya sang abang yang dirindui siang dan malam itu! Wokeeeyyy.... salah satu menu hidangan seisi keluarga petang tadi ialah Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Padi.

Bahan-bahan:
2 ekor ikan tongkol seberat 500 gram - bersihkan dan potong 4 setiap seekor
7 biji belimbing buluh - belah tapi jangan sampai putus
400 ml santan pekat
1 batang serai - dititik
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
10 biji cili padi

Cara:
1. Masukkan santan bersama bahan tumbuk serta serai dan sebuk kunyit di dalam periuk. Gaul sebati.
2. Pasangkan api sederhana panas. 
3. Masukkan ikan tongkol bersama belimbing buluh.
4. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
5. Apabila mendidih, dan ikan sudah masak, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

Terima kasih Encik Suami sebab 3 kali puji masakan ini sedap.... siap hirup kuahnya lagi. Dalam hati tertanya-tanya... asyik memuji sampai 2-3 kali ni ada apa-apa ke? Rupanya si dia baru tahu masak lemak cili padi bubuh belimbing buluh tu rasanya sedap.... ahaks!

2 comments

  1. alahaiii kak Amie cayang..yana tgk ni pun dh terliur.. yana suka sgt klu masak lemak cili api letak belimbing buluh..sedappnyaa

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe