Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 15) : Perjalanan Dari Laban Rata ke Timpohon Gate
6:13 PTG
Catatan ini bukan semata-mata catatan naik dan turun gunung....
Catatan ini kalau boleh ingin kuabadikan di dalamnya tentang kesyukuran di atas nikmat yang Allah kurniakan kerana diberi peluang ... diberi kekuatan dengan kudrat yang ada untuk melihat sendiri keajaiban ciptaan-Nya.
Catatan ini ... aku ingin nukilkan tentang semangat....
Dalam catatan ini biarpun ianya tersirat di sebalik yang tersurat ingin turut kutitipkan tentang sifat rendah diri... betapa kerdilnya kita di dunia ini... sehingga ketika kubersendirian dalam perjalanan panjang... mencari laluan di atas batu-batu besar kuning dan hitam itu... tiba-tiba aku terfikir bahawa suatu hari nanti yang memang sudah pasti (walaupun kita tidak pasti bila) aku juga pasti akan kembali padaNya... kembali menjadi tanah, asal-ususnya kejadian Adam dan anak cucunya!
Betapa kecilnya aku... betapa kecilnya kita!
Di saat langkah demi langkah meninggalkan jejak tak bertapak, menemui situasi baru... dari udara yang nyaman bertukar menjadi dingin, dari kaki gunung yang redup dipenuhi tumbuhan... berubah kepada suasana yang berbeza. Tumbuhan semakin renek dan berkurangan... dan akhirnya dipeluk kedinginan yang amat mencengkam!
Perlahan-lahan kususuri laluan berbatu....
Melihat Malim Gunung memimpin pendaki yang tak berdaya untuk melangkah sendiri...
Menyaksikan Malim Gunung mendukung di belakangnya pendaki muda, gadis India usia 20-an ....
Malim Gunung lebih kecil tubuhnya berbanding pendaki yang didukung di belakangnya... yang besar dan panjang!
Berapa bayarannya?
RM10 untuk berat 1kg! Kalau berat 60 atau 70 kg?
Kulihat lagi... Malim Gunung yang lain membantu mendudung pendaki tadi... oh! Bertukar-tukar rupanya... penat? Bayangkan 5km ke bawah mendukung manusia!
Perjalanan turun sejauh 5km lagi... tiba-tiba hujan!
Benar-benar hujan!
Tak berhenti!
Tiba di laluan curam, licin dan berbatu.
Seseorang menegur... dia pendaki yang baru naik!
Tak pakai baju hujan?
Ada... tapi porter yang bawa... di belakang!
Hujan....
Pakaianku basah. Beg sandangku basah! Kameraku.... oh! Tak dapat ambil apa-apa gambar lagi seperti kelmarin .... seperti di bawah ini.
Mimie jalanlah dulu... saya kalau ada kesempatan nak ambil gambar.
Tapi Mimie tetap jalan sama, dan akhirnya Mimie mendahuluiku. Lama-lama Mimie dengan baju hujannya yang kekuning-kuningan hilang dari pandangan.
Begitu juga Misaaa....
Ada nampak Darwisah? Ada nampak Kamsiah?
Ada... di belakang.
Dan Misa meneruskan langkah dengan baju hujannya yang berwarna merah jambu.
Hujan masih turun... tapi setitik dua!
Kaki melangkah hingga ke kilometer terakhir.... bau cendawan di sana-sini! Maklumlah aku ini anak kampung! Peka terhadap alam terutamanya hutan!
Dan... asyik tertoleh-toleh ke belakang menanti kawan-kawan!
Akhirnya......
Inilah satu-satunya gambar kenangan yang sempat aku rakam!
Darwisah muncul akhirnya... kelihatan lesu tapi wajahnya riang. Kami bertemu berhampiran dengan air terjun! Hampir dengan Timpohon Gate. Diikuti dengan Akmi, Azman dan Kamsiah.
Kupeluk seorang demi seorang... kecuali Azman ha ha haaa....
Kamsiah... kulihat ada riak terkilan di wajahnya, dan airmatanya seakan mahu tumpah ketika memelukku.
Kenapa tak ikut sampai puncak?
Oh! Tahniah Kam.... (aku tidak menjawab pertanyaannya).
Kam...
Sudah kutunaikan janjiku padamu... kita sama-sama mendaki, tapi akhirnya aku turun kembali! (Itu suara hatiku berbisik sendiri)
Buat Darwisah..... Maafkan daku Darwisah.... aku sangat menghargai segala sokongan dan semangat yang kau berikan! Aku sangat terharu.... sungguh!
Dan terbayang di ruang mataku, Nano mengetuk pintu bilik 7 di Laban Rata:
Saya tak sempat sampai check point. 100 meter lagi akan sampai Sayat-Sayat, tapi mountain guide suruh turun. Katanya saya dah terlambat....
Seketika kemudian muncul Bell dari bilik sebelah dan terus memelukku sambil menangis.
Bell... okeeeyy... semuanya okeeeyy... !
Bersambung.....
Entri berkaitan dengan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu:
CUTI-CUTI MASAK : LALUAN MENAWAN GUNUNG KINABALU
EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU : HASRAT CIKGU MUNIM
MEMBAWA SEMANGAT CIKGU MUNIM DALAM EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU
PERSEDIAAN & PERSIAPAN SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU
PERJALANAN LAHAD DATU-KUNDASANG
TAMAN KINABALU
BERTEMU MALIM GUNUNG & BERTOLAK KE TIMPOHON GATE
PONDOK TIMPOHON & SELAMAT MENDAKI
PERJALANAN DARI TIMPOHON KE LABAN RATA
MENDAKI KE LABAN RATA
BERMALAM DI LABAN RATA
DARI LABAN RATA KE PUNCAK KINABALU
MENAWAN PUNCAK KINABALU
TURUN DARI PUNCAK GUNUNG KINABALU
CERITA SELEPAS PENDAKIAN
DARI GUNUNG TURUN KE LAUT
BERSANTAI DI PULAU SAPI & PULAU MANUKAN
SEMALAM DI KOTA KINABALU
BILA NAK MENDAKI GUNUNG KINABALU LAGI?
CUTI-CUTI MASAK : LALUAN MENAWAN GUNUNG KINABALU
EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU : HASRAT CIKGU MUNIM
MEMBAWA SEMANGAT CIKGU MUNIM DALAM EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU
PERSEDIAAN & PERSIAPAN SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU
PERJALANAN LAHAD DATU-KUNDASANG
TAMAN KINABALU
BERTEMU MALIM GUNUNG & BERTOLAK KE TIMPOHON GATE
PONDOK TIMPOHON & SELAMAT MENDAKI
PERJALANAN DARI TIMPOHON KE LABAN RATA
MENDAKI KE LABAN RATA
BERMALAM DI LABAN RATA
DARI LABAN RATA KE PUNCAK KINABALU
MENAWAN PUNCAK KINABALU
TURUN DARI PUNCAK GUNUNG KINABALU
CERITA SELEPAS PENDAKIAN
DARI GUNUNG TURUN KE LAUT
BERSANTAI DI PULAU SAPI & PULAU MANUKAN
SEMALAM DI KOTA KINABALU
BILA NAK MENDAKI GUNUNG KINABALU LAGI?
1 comments
seronoknya kak ami kalau saya dapat join sama
BalasPadamteringin nak tengok views kat situ live :)