Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 16) : Cerita Selepas Pendakian

11:11 PTG

Oh! Lamanya tak sambung cerita Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu....
Kali ini nak cerita setelah semua ahli ekspedisi turun semula ke kaki gunung, melepasi Pondok Timpohon dan bersedia untuk ke destinasi yang seterusnya.

Kata Misa:
Peduli sakit... yang penting sampai puncak!
Bila turun gunung.... bilalah mau sampai, mau patah sudah kaki ini. Ini kali jak... tidak yang ke 3. Tapi selepas dari Kundasang, mau naik lagi ambik gambar di puncak banyak-banyak!

 Apahal ni.... adeeehhh... Along @ Anwar, Fauzan & Faiz bantu Junizam!


Cerita Ramlee:
1. Tangga batu kuning 3km buat kakiku kejang.
2. Minum 5L air bukit.... sejuk & nyaman.
3. Merangkak semasa 200m menuju ke puncak.
4. Pendaki terakhir dalam kumpulan yang sampai ke Timpohon.
5. Otot membengkak.
6. Berjalan umpama penguin.
7. Sakit perut, tak ada selera makan.
8. Menghabiskan masa dalam van lebih dari kawan-kawan yang lain.
9. Alhamdulillah mampu menawan pergunungan dan berakhir di lautan.
10. Berharap supaya program yang seterusnya mendapat sambutan seperti program ini.
11. Terima kasih kepada rakan-rakan yang terbaik di dunia!


Junizam... gambar atas, sebelum naik gunung.
Gambar bawah... setelah turun dari atas gunung.


Yang tak dapat Junizam lupakan:
1. Semasa naik ke puncak, hampir-hampir putus asa, badan sakit-sakit dan rasa macam tak boleh sampai lagi ke puncak tapi kuatkan semangat dan berdoa dan bersyukur kepada Allah sebab dapat menawan sekali lagi puncak pada 2015. Teringat masa first time naik 2010, di km4 sebelum sampai ke Laban Rata, terfikir yang rasanya ini kali terakhir naik gunung dan perasaan itu berulang untuk 2015.
2. Selepas naik gunung, kaki dan badan sakit-sakit. Rasa lagi teruk dari dulu. Tapi yang paling besat tu... MACAM MAU NAIK LAGI (sama macam 2010 selepas 2 hari).

Anwar kata:
Semasa mendaki... peduli sakit, yang penting sampai puncak.
Setelah turun dari gunung... sumpah! Mau naik lagi... mau limpang-limpang macam Misa!

Cerita Suderajat:
Semasa mendaki ... dalam perjalanan 1 km pertama masih jalan sama Along. Lepas tu dikasi tinggal oleh Along.  Sampai pondok ketiga tidur selama 1 jam sebab terlampau mengantuk. Lepas pondok kelima pun tidur lagi sebab masih mengantuk. Tengok-tengok di belakang, sangka orang terakhir sampai, rupanya Kak Kamsiah ada... yang sakit-sakit dan paling diingat kami jalan kejap lepas tu tidur ganti-gantian. Sampai Laban Rata jam  petang dan lelaki paling lambat sampai. 
Semasa naik dari Laban Rata ke puncak gunung... mulanya rasa okey, tapi sampai check point 1.1km mula sudah kapus-kapus! Kaki masih boleh berjalan tetapi kekurangan oksigen. Terjumpa Ramlee dan kami sama-sama berehat 5 minit tiap meter diambil peluang untuk tidur! Sampai ke 50 meter jumpa Kak Darwisah dan dekat sudah sama puncak tapi ndak naik puncak sebab ramai betul orang. Walaupun ndak sampai ke puncak tapi dapat rasa tilam gunung jadilah he hehee....
Selepas mendaki, nyaman perasaan walaupun kaki sakit sikit. Lepas ni kalau ada pendakian yang seterusnya, confirm training berhabis.

Dengarkan kisah Bell:
Mulanya mau angkut beg sendiri... belum sampai 1 km sudah panik! Angkat keropok pun rasa berat. Adus... antara dialog sepanjang ke Laban Rata...
Berapa km lagi? 
Mana pondok ni? 
Kenapalah saya bodoh ikut xpdc ni! 
Kan best cuti di rumah. 
What did I put myself in to?
Sepanjang 4 km onwards saya sudah give up... dada sakit, kaki sakit, pening lagi... lapar pun ada. Nasib baik ada kawan, Cikgu Nano dan Cikgu Salami... harap guide entah di mana.
Selepas xpdc...
No regrets... memang itu saja kudrat yang mampu. Happy di usia begini dapat aoutings dengan kawan-kawan. Saya tidak pernah aoutings begini after I got married.
Mau pegi lagi.... Yaaa... tapi dengan guide yang lebih baik, bersuara dan lebih prihatin.
Thanks Along and Jill tarik sepanjang 30 meter terakhir.... huhuhuu... Ramlee orang pertama di depan pintu dan bagi towel, dan geng lain yang sudi serve minuman dan makanan time di restaurant... sudi stok tempat VIP untuk saya. Thanks a thousand time for not giving up on me....


Yang tak dapat Nano lupakan:
1. Masa mula mendaki.... naaaa matailah aku putus nyawa di kaki gunung ni.
2. Nampak jalan-jalan berbatu meninggi tanpa ada yang rata, hati saya sudah putus asa, meyesal pun ada, tapi bila stamina dah ok, km 2 itu saya dah rasa semangat semula, mesti sampai Laban Rata.
3. Akhirnya cipta rekod sampai Laban Rata jam 6.45 pm he he heee...
4. Syukur kakiku ok... tidak sakit sangat.
5. Tq Kemi & Kak Kam simpankan makanan... bulur kami dari pagi makan sandwich je panjat gunung
6. Pengajaran untuk saya:
6.1 Stamina kena kuat so kena exercise selalu supaya cergas.
6.2 Kena makan nasi sebelum naik gunung... lapar woo 9 jam di jalanan mendaki terus.
6.3 Peralatan kena lengkap sebab saya main apa ada aje.
6.4 Ikut kemampuan diri sendiri.
6.5 Jaga emosi dan sentiasa ingat untuk bergantung dan mohon pertolongan Allah.
6.6 Sabar dan redha, itulah ketentuan-Nya.
6.7 Jaga keselamatan diri sendiri, so jangan gopoh.
6.8 Bantu orang dalam kesusahan dengan apa yang kita ada.
6.9 Rai kejayaan dengan rasa syukur kepada Ilahi.
6.10 Muhasabah diri supaya lebih dekat pada-Nya.
6.11 Tambah kawan baru. Bertegur sapa dan ucap salam dengan orang yang kita jumpa. Sebab ada orang offer makanan dan kasi pinjam tongkat. Bagi ubat, bagi semangat, informasi dan sebagainya sedangkan kita tak pernah kenal dia. Dalam keseorangan tu ada je orang yang sapa kita buatkan kita rasa tidak sendirian dalam hutan.


Dengarkan kisah Jill:
1. 4km pertama sangat excited hingga tak sedar lelah...
2. 5km, penat dan sejuk mula menunjukkan belang. Saya cuma risau sesuatu yang tak terduga berlaku, so saya pastikan kadar nadi sentiasa di paras yang mampu saya tanggung. Prinsip tak lari gunung dikejar dan selagi melangkah, selagi itu akan sampai, banyak membantu...
3. Syukur... tongkat mendaki Misa banyak juga membantu. Akhirnya kami sampai juga ke Laban Rata. Lepas makan dan rehat, semangat kembali berkobar untuk menawan puncak. Rasanya tak ada yang dapat menghalang saya lagi untuk menawan puncak bila dah sampai ke Laban Rata.
4. Bab turun paling senang. Syukur dah training 2 minggu sebelum daki gunung.
5. Rasa amat puas hati sebab berjaya menawan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara. Pasti akan ada lagi versi yang ke- 2 jika hayat masih dikandung badan.
Terima kasih Dominican Hikers!

 Apa kata Azman:
1. Dari Timpohon ke Laban Rata masih rasa okeh... walaupun letih.
2. Tengok orang yang turun semasa ke Laban Rata... ada yang lebih 50series... eh! Macam gua pun boleh ni... ada motivasi sikit.
3. Kat Laban Rata... tetiba pening dan kesejukan... adeeehhh bolehkah ni? Nasib ada kawan-kawan... Thanks Pyan, ubat Cynthia, maggi cup Junizam, panadol Ramlee, air minum James... kejutkan saya dari tidur, dan semangat kawan-kawan. Saya tabahkan hati... eh! Lupa pulak Along.. sedap betul ko massage saya masa tu.
4. Laban Rata ke puncak, paling mencabar saya... nafas.... kurang oksigen. Ada ketika saya terlelap ketika berdiri... bahaya oooo... tak ambil gambar pun... tak mampu! Pening menyerang lagi. Mabuk! Rasa nak muntah... adooi! Tapi tabahkan diri.... akhirnya sampai puncak. Alhamdulillah.
5. Turun dari puncak ke Laban Rata pun payah... Junizam dan Ramlee... kita macam yang terakhirkan tu he he heee.....
6. Dari Laban Rata balik ke Timpohon... peha dan betis terasa sakit, dalam kepala... ini yang terakhir!
7. Balik Lahad Datu.... penat, sakit kaki, mengantuk... nasib ada Pyan tolong drive.
8. Alhamdulillah sampai... rehat di rumah...eh! Bangun-bangun macam mau naik lagi lain kali... jealos tengok gambar Misa... baring-baring lagi gambarnya di puncak. In shaa Allah ada peluang.
9. Terima kasih kepada penganjur kerana memberi saya peluang dan rasa menikmati keajaiban Allah dan pengalaman yang berharga. Semua rakan... saya bersyukur adanya kamu. Terima kasih yang tak terhingga. Love you all.
Dengan ringkasnya Jamasri berkata:
Saya first time daki bila umur dah 40 series... terlambat rasanya. Lepas ni tak tahu mau naik lagi atau tidak....


Darwisah:
Semasa mendaki.... adui seksanya melalui batu-batu kuning dan melalui 2km sebelum sampai Timpohon. Kuatkan semangat menuju puncak namun jadi orang terakhir sampai ke puncak Kinabalu.
Selepas mendaki, sakit kaki rasa nak patah... tapi Alhamdulillah misi berjaya akhirnya menawan puncak Kinabalu. Sampai KK... ada kesempatan rasa nak jejak padahal mula-mula rasa serik tak nak mendaki lagi! 
Terima kasih buat kawan-kawan terbaik di dunia... kita berjaya menawan puncak Kinabalu!


Suara hati Fauzan:
Allahurabbi.... hanya berserah pada Yang Maha Esa. Allah.. kuatkanlah semangat untuk sampai ke puncak. Alhamdulillah sampai... biarlah peserta yang ke 6 sampainya.... Jika diberi keizinan, diberikan semangat, ada trip lagi, in shaa Allah panjang uur dapat ke sana lagi.


Cerita Faiz:
Peduli sakit... yang penting sampai puncak.
Perlu diteruskan untuk next year, kalau ada rezeki, saya ikut lagi... in shaa Allah.



Akmi said:
Need a lot of patient.
Wanna repeat again maybe to see + beat my sister 40series record arrived @ 5am.


Ini kisah Pyan:
Semasa mendaki masih juga rasa takut tapi terus saja berdoa dalam hati dan kuatkan hati, semangat untuk terus mendaki sampailah jumpa check point, then terus mendaki sampailah satu tempat... saya tanya orang, apa di atas tu banyak-banyak orang. Dorang cakap tulaaa... puncak! Alhamdulillah sampai sudah. Lega rasanya, tak sangka dapat sampai puncak.
Rasa puas dapat menawan puncak dan bersyukur sangat semuanya dipermudahkan dengan izin Allah. Cuma dalam hati tak nak naik lagi sebab penat sangat.... tapi tiba-tiba ada semangat pulak nak naik gunung lagi next time. Apa pun Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat kepada Allah S.W.T.
Luucu oooo... sampai jak rumah, turun dari kereta macam ndak boleh berjalan... terkengkang-kengkang berjalan... ha hahaha betapa sakitnya kaki!

Coretan Mimie:
Pendakian dari Laban Rata ke puncak... hampir-hampir.... bila sampai pendakian guna tali, bila lagi ni mau sampai?
Akhirnya kini pasti aku selamat sampai puncak pada ketinggian 4095.2 meter. Yes! Thank you Allah... selamatkan perjalananku pergi dan balik, walaupun masa mendaki tu teramat seksa, tapi berbaloi juga segala kesakitan.
Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
Tinggi lagi hajat saya sama kamu,
Biru-biru hujung Gunung Kinabalu,
Tengok dari jauh hati saya rindu.
Untuk Boss Munim... semangat dan hajat kamu sudah kubawa sampai ke puncak. Aku telah meneruskan perjalanan ini tanpa kami... Al-Fatihah untukmu.
Naik Kinabalu hati saya rindu.


Luahan rasa Kamsiah:
Terlalu banyak keajaiban sepanjang pendakian. Yang penting mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya sebagai pencipta alam ini untuk kita menikmatinya.... Subhanallah!
Sepanjang pendakian, cukup menguji kemampuan diri, walaupun dah pernah mendaki 2 kali, 15 tahun yang lalu. Tuhan saja yang tahu betapa peritnya melangkah anak-anak tangga, laluan batu kuning, batu putih.... aduuiiii....
Terbayang semua wajah... terutama wajah arwah Cikgu Munim.... kuteruskan jua melangkah saat laluan sukar itu... kala tak siapa bersamaku. Namun semangat yang tinggi dan berkat doa keluarga dan kawan-kawan akhirnya berjaya menuju puncak menawan puncak Kinabalu kali ke 3. Syukur Alhamdulillah....
Semasa turun ke lembah, aku tak pasti perasaanku. Selain terus bersyukur, mungkin cukuplah 3 sijil yang ku kumpul ini.
Selepas turun dari gunung...dalam menahan sakit, lutut betis macam nak tercabut semua hilang bila.... apa pun semua ini kenangan terindah buatku. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Sokongan, harapan dan doa, sekurang-kurangnya aku dapat membuktikan usia midi bukan penghalang untuk menuju puncak. Tanggapan bahawa usia midi tidak mampu menawan puncak gunung ternyata salah!
Inilah kisah pendakianku... Arwah Abdul Munim Khan Abdul Wahid... al-Fatihah.... amin.


Cynthia...
Cynthia kata dia tak tau nak cerita macamana he he heee....

Kenangan terindah....

 Entah bila lagi dapat menikmati suasana sebegini...

Moga ikatan persahabatan terus terjalin mesra.... selamanya!

Jangan lupa... turun dari gunung kena ambil sijil.

Sijil di atas yang warna-warni ini dianugerahkan kepada pendaki yang sampai ke puncak. Yang tak sampai puncak tu dapatlah sijil hitam putih macam di bawah ni... macam sijil yang Amie dapat!


Sekian... untuk kali ini.

Bersambung.....


3 comments

  1. berazam nak miliki sijil baru tu....dengar cerita mereka di sini, 4 series pun bolah sampai puncak, semangat terus kembali...kena intai peluang ini.

    BalasPadam
  2. Seronok dan sayu baca kenangan Amie dan kawan-kawan...terutama semangat utuk meneruskan pendakian serta semangat demi arwah Cikgu Munim...walaupun tidak mengenali..air mata saya mengalir..

    BalasPadam
  3. Nasa,
    yang penting semangat, 40, 50 series... dr luar negara ada yang 60series.... pelan-pelan...

    Cik Wan,
    terima kasih sudi baca... kami pun sangat sayu bila terkenang arwah... itulah arwah hanya mampu merancang, tapi Allah Maha Perancang untuknya...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe