Sedapnya Kek Lumut!
8:35 PTG
Terima kasih buat empunya resepi Kek Lumut yang sangat sedap ini : DAYANG JACK, dari Dapurku Sayang. Ini merupakan kali pertama Amie cuba resepi Kek Lumut dari dapur beliau, dan entah kali keberapa Amie cuba pelbagai resepi kek yang lain dari dapurnya. Terima kasih banyak-banyak DJ! Moga DJ kembali aktif berkongsi resepi dengan kami ye....
Mmmmm.... rasa tak sabar nak makan Kek Lumut ini tau!
Gambar pun simple dimple saja ni, kek posing atas redai aje, tanpa sebarang aksesori. .... sebab dah ada yang sedang menunggu, tak sanggup nak tunggu lama-lama nak makan Kek Lumut yang orang kata sangat sedap! Jadi, jamu mata sajalah dengan gambar yang sempat Amie ambil ini yea....
Berbaloi-baloi sangat rasanya walaupun dah lama tak mengukus kek. Amie gunakan separuh adunan dari resepi asal, dan dapat jimatkan masa yang sepatutnya kukus selama 4 jam untuk satu adunan. Jadinya, Amie hanya perlu tunggu 2 jam 1/2 sahaja sehingga kek ini masak sempurna. Biar pun hanya 1/2 adunan tapi banyak pulak hasilnya... dapat pula hantar ke kampung, dan bawa ke tempat kerja!
Semua memuji keenakan Kek Lumut ini... tak seorang pun yang kata tak sedap! Baik di kampung... ipar duai dan anak buah, mahu pun rakan-rakan di tempat kerja! Istimewanya Kek Lumut ini tidak menggunakan sebarang agen penaik! Tapi.... teksturnya lembut, gebu.... lembap! Rugi rasanya tak cuba dari dulu-dulu.... ini kes ketinggalan keretapilah nih!
Kata Dayang Jack, Kek Lumut ini ada banyak versi mengikut citarasa masing-masing. Apa pun resepi asalnya sudah tentunya menggunakan bahan-bahan seperti serbuk horlicks, seri kaya dan nestum. Katanya lagi, sesetengah resepi Kek Lumut menggunakan tepung Samolia atau tepung Almond, tapi penggunaan tepung gandum pun masih dapat mengekalkan kelazatannya! Untuk resepinya, Amie panjangkan dari dapur Dayang Jack di bawah ini:
Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
- 1 cawan tepung gandum (diayak)
- 1 cawan horlicks - Amie tambah 1/2 cawan nestum
- 3/4 cawan gula halus
- 250 g mentega
- 4 biji telur A
- pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
- 4 sudu besar seri kaya
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sk esen vanilla
Masih terasa-rasa betapa sedapnya Kek Lumut ini.... tapi dah habis! In shaa Allah akan buat lagi....
Mengukus kek sampai ke pagi,
Lupakan bantal, lupakan selimut,
Lupakan bantal, lupakan selimut,
Tak cukup sepotong nak makan lagi,
Itulah bahayanya resepi Kek Lumut!
13 comments
cantik warna hijaunya,nanti saya pun nak cuba buat juga. nampak mudah saja resepi yang Amie kongsikan ini.
BalasPadamWarna hijau yang cukup menarik. Nanti nak cuba hasil tangan Kak Amie la. Boleh order ke? Hehehe
BalasPadamsalam kak amie.. tun makan laju, nk buat tu malas nk menunggu kukusan lama sgt.. hahaha
BalasPadamInsyAllah nak cuba buat ni sis...terima kasih atas perkongsian resepi ni..
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamAku tanya Apa Khabar.......(sambil nyanyi lagu Joe Flizzow,) hehehe. Ku dtg dgn hidangan pengantin.
Kek ni.mmg dlm senarai menunggu, entah dah berapa tahun sampai la ni tak jadi jadi lagi, hehehe. Hasilan tangan Amie nampak lembut dan sedap sgt, Ambil gambar cam gini pun cantik jadinya Amie.
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamAku tanya Apa Khabar.......(sambil nyanyi lagu Joe Flizzow,) hehehe. Ku dtg dgn hidangan pengantin.
Kek ni.mmg dlm senarai menunggu, entah dah berapa tahun sampai la ni tak jadi jadi lagi, hehehe. Hasilan tangan Amie nampak lembut dan sedap sgt, Ambil gambar cam gini pun cantik jadinya Amie.
dah malam ni mmg teringin nk makan yg lumut2 ni Mie
BalasPadamSuzana,
BalasPadamsilakan Suzana... bahannya pun tak cerewet, cuma kena sabar sikit masa mengukusnya yang agak lama tu.
Pojie,
tq Pojie.. bila kakak tangkap gambar lumut di kaki Gunung Silam pagi kelmarin tu... teringat2 kat kek lumut yang hijau ni he hehhee.
Tun,
memang kena tahan hati nak tunggu kek ni dikukus Tun.
Mardiah,
BalasPadamsilakan ... in shaa Allah menjadi, sedap!
Wattie,
waalaikumussalam Tie... kita pun bertahun simpan resepi, asyik tertangguh2 nak buat. Sekali buat ni rasa nyesal pulak sebab tak cuba dari dulu... bukan apa Tie... sedaaaappp!
Kak Noor,
jemput Kak Noor... tak boleh berhenti makan ni kak, sebab sedap ooo!
Cantik warnanya, ya seakan warna lumut.. nampak sedap sangat!
BalasPadamPerghhhh..mmg sedap kek lumut ni amie. Akak dah try bnyk resipi termasuk resipi dayang n alongroz juga. Semua pun sedap sgt hasilnye!
BalasPadamnak tanya kak . ni adunan untuk loyang 7x7 ke atau setengah adunan loyang 7x7 ?
BalasPadamNurul,
BalasPadamBahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
Maksudnya: 1/2 adunan (dari 1 adunan resepi asal)
Sesuai dikukus dalam loyang ukuran 7" X 7 ".